William I dari England

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
William I
Raja England, Duke Normandie
Bayeux Tapestry William.jpg
William ditampilkan sebagai Duke Normandie dalam Dewangga Bayeux
Pemerintahan 25 Disember 1066 -
9 September 1087
Pertabalan 25 Disember 1066
Dikebumikan Gereja Santo Peter, Caen
Pendahulu Edgar Ætheling
Pengganti William II
Permaisuri Matilda dari Flanders (10311083)
Anakanda Robert Curthose
(k.k. 10541134)
William II (10561100)
Adela dari Blois
(k.k. 10621138)
Henry I (10681135)
Ayahanda Robert si Cemerlang
(k.k. 10001035)
Bonda Herleva (10031050)

William dari Normandie (bahasa Perancis: Guillaume de Normandie; k.k. 10289 September 1087) memerintah sebagai Duke Normandie dari tahun 1035 hingga tahun 1087 dan menjadi Raja England dari tahun 1066 hingga tahun 1087. William memenangi Perang Hastings pada tahun 1066 ketika menyerang England, dan menumpaskan pemberontakan-pemberontakan Inggeris yang menyusul dalam apa yang kini dikenali sebagai Penaklukan Normandie. Tiada potret tulen William pernah ditemui. Baginda digambarkan sebagai seorang lelaki yang besar dan tegap, kuat dalam semua erti kata, sudah mula botak di depan, dan mempunyai gaya raja.

Dalam tatanama kini, William ialah Duke Normandie sebagai William II, dan Raja England sebagai William I. Baginda juga dikenali sebagai William si Penakluk (Guillaume le Conquérant) dan William si Anak Haram (Guillaume le Bâtard).


Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anak lelaki tunggal kepada Robert si Cemerlang dan Herleva (besar kemungkinan anak perempuan Fulbert, penyamak kulit binatang setempat), William dilahirkan di luar nikah di Falaise, Normandie. Tarikh lahirnya yang tepat tidak dapat dipastikan, tetapi diketahui merupakan tahun 1027 atau 1028, dengan besar kemungkinan pada musim luruh tahun 1028. Beliau adalah cucu saudara lelaki Permaisuri Emma, isteri Raja Ethelred si Belum Sedia (kemudiannya Raja Canute).

Pada tahun 1035, William mewarisi Duchy Normandie ayahnya ketika hanya berumur 7 tahun, dan dikenali sebagai Duke William II dari Normandie (bahasa Perancis: Guillaume II, duc de Normandie). Beliau hilang tiga orang penjaga dalam komplot-komplot untuk merampas kuasanya. Count Alan dari Brittany kemudian menjadi penjaganya. Raja Henri I dari Pernacis mengurniainya darjah kesatria ketika beliau berumur 15 tahun. Menjelang masa William mencapai umur 19 tahun, beliau telah menangani ancaman-ancaman perberontakan dan serangan dengan amat berjaya. Dengan bantuan Raja Henri, William akhirnya menguasai Normandie selepas menewaskan baron-baron Normandie yang memberontak di Caen dalam Perang Val-es-Dunes pada tahun 1047.

Walaupun ditentang oleh Paus Leo IX, William berkahwin dengan saudara sepupunya, Matilda of Flanders, pada tahun 1053 di Katedral Notre Dame, Eu, Normandie (kini Seine-Maritime). Ketika itu, beliau berumur 26 tahun, dan saudara sepupunya berumur 22 tahun. Mereka dikurniakan dengan empat anak lelaki dan enam anak perempuan (sila lihat senarai di bawah).

Adik-adik lelaki tirinya, Odo dari Bayeux dan Robert, Count dari Mortain memainkan peranan yang utama dalam kehidupan William. William juga mempunyai seorang kakak, Adelaide dari Normandie.

Penaklukan England[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Penaklukan Normandie
Kerabat Diraja Inggeris
Kerabat Diraja Normandy
Arms of William the Conqueror (1066-1087).svg
  William I
  Anak-anak
      Robert III Curthose, Duke Normandy
      William II Rufus
      Adela, Countess Blois
      Henry I Beauclerc

Apabila saudara sepupu William, Raja Edward si Pengaku dari England, mangkat pada Januari 1066, William menuntut takhta England, dan menegaskan bahawa Edward yang tidak mempunyai anak dan dikatakan hidup membujang, telah menamakannya sebagai pewaris ketika William melawat baginda (mungkin pada 1052). Selain itu, Harold Godwinson, usahawan yang terutama di England serta adik ipar kepada mendiang Raja Edward, dilaporkan telah berjanji untuk menyokong William ketika Harold mengalami nafas kapal di Normandie (k.k. 1064). Harold telah memberikan jaminannya ketika dalam tawanan dan dilaporkan kena tipu supaya bersumpah pada tulang seorang santo bahawa dia akan memberi takhta kepada William. Bagaimanapun, walaupun jika cerita ini adalah benar, Harold telah memberikan janji itu dalam keadaan dures dan oleh itu, berhak untuk mungkir janjinya. Lebih realistik, menjelang pertengahan dekad 1050-an, Harold telah memerintah England melalui Raja Edward yang lemah, dan tidak mungkin akan menyerahkan takhta kepada seorang bangsawan asing.

Witenagemot, perhimpunan bangsawan yang terutama di England, meluluskan kemahkotaan Harold. Beliau dimahkotai pada 5 Januari 1066, dengan gelaran Raja Harold II dari England. Untuk mengejar tuntutannya, William memperoleh sokongan daripada Paus Alexander II, dan mengumpulkan satu armada yang terdiri daripada lebih kurang 600 buah kapal dan 7,000 askar. William mendarat di Pevensey, Sussex pada 28 September 1066 dan selepas membina sebuah kastil kayu pasang siap berhampiran dengan Hastings sebagai pangkalannya, beliau memulakan pemusnahan tanah. Ini membangkitkan kemarahan Harold kerana kawasan Sussex ini adalah ladang peribadinya. Mungkin disebabkan ini, baginda bertindak dengan semerta merta dan tergesa-gesa, tanpa menunggu sebarang tenaga bantuan dari London.

Raja Harold ketika itu di utara England dan baru sahaja menewaskan Harald III dari Norway, pesaingnya yang disokong oleh adik Harold sendiri, Tostig. Baginda memarakan tenteranya yang lebih kurang sama saiznya dengan tentera William sejauh 250 batu dalam tempoh 9 hari untuk mencabar William dalam perang penentu di Senlac. Perang itu yang kemudian dikenali sebagai Perang Hasting berlaku pada 4 Oktober 1066. Menurut sesetengah laporan yang mungkin mendasarkan tafsiran Dewangga Bayeux yang memperingati kemenangan Normandie, Harold dikatakan dibunuh oleh anak panah yang tertusuk matanya. Angkatan tentera Inggeris melarikan diri dan dengan itu, memberi kemenangan kepada William. Ini merupakan saat pentakrifan yang kini dikenali sebagai Penaklukan Norman.

Tidak berupaya masuk ke London, William menuju ke Wallingford, dan disambut oleh Wigod yang menyokong perjuangannya. Wallingford merupakan tempat penyerahan-penyerahan pertama, termasuk Ketua Biskop Canterbury. [1] Orang-orang bangsawan Anglo-Saxon menyerah kepada William di Berkhamsted, Hertfordshire, dan mengisytiharkan William sebagai Raja England di sana. William kemudian dimahkotai di Gereja Westminster pada 25 Disember 1066.

Walaupun bahagian selatan England menyerah kepada pemerintahan Norman dengan cepat, tentangan berterusan, khususnya di bahagian Utara selama lagi enam tahun sehingga tahun 1072. Anak-anak haram Harold membuat percubaan untuk menyerang bahagian barat daya semenanjang. Pemberontakan-pemberontakan berlaku di Welsh Marches dan Stafford. Serangan yang berasingan oleh orang-orang Denmark dan Scotland juga berlaku. Penewasan pemberontakan-pemberontakan ini oleh William mencetuskan pemusnahan Northumbria sebagai dendaman, serta untuk menidakkan sumber-sumber kepada musuh-musuhnya. Peristiwa ini dikenali sebagai Porak-peranda Utara (kekadang dipanggil Penyikatan).

Tentangan serius yang terakhir berlaku dalam Pemberontakan Earl pada tahun 1075. Satu perlima orang-orang di England dianggarkan maut, akibat perang, pembunuhan beramai-ramai, dan kebuluran.

Pemerintahan William[sunting | sunting sumber]

Tandatangan William I dan Matilda (di sebelah dua X besar yang pertama) dalam dokumen Persetiaan Winchester pada tahun 1072.

William memulakan banyak perubahan yang utama. Supaya dapat menentukan kawasan yang dikuasainya, serta untuk memaksimumkan pencukaian, William menempah penyusunan Buku Domesday, suatu tinjauan keupayaan produktif yang serupa dengan banci moden, pada tahun 1085. William juga membina banyak kastil, menara utama, dan motte, termasuk Menara London, di seluruh England untuk memastikan bahawa pemberontakan oleh orang-orang Inggeris dan pengikut-pengikutnya tidak akan berjaya. Penaklukan William juga menyebabkan bahasa Norman menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa golongan pemerintah selama hampir 300 tahun.

William dikatakan mengusir sebilangan pemilik tanah Anglo-Saxon dan menjadikan mereka sebagai hamba abdi melalui Bristol. Banyak daripada mereka ini akhirnya tinggal di Sepanyol Umayyad dan tanah-tanah Moor. Pemilikan hampir semua tanah di England, jawatan agama, dan jawatan dalam kerajaan diberikan kepada orang-orang Normandie. Banyak orang bangsawan Anglo-Saxon berhijrah ke kemaharajaan-kemaharajaan Eropah yang lain.

Kematian, pengebumian, dan pewarisan[sunting | sunting sumber]

William mangkat ketika berumur 59 tahun di Biara St Gervais, dekat Rouen, Perancis pada 9 September 1087, akibat kecederaan abdomen yang diterima daripada bonggol pelananya ketika baginda jatuh dari kudanya dalam Pengepungan Mantes. William dikebumikan di gereja St. Stephen di Caen, Normandie. Dalam satu post-mortem yang tidak mewah, jasad baginda yang gemuk gedempol tidak padan dengan keranda batunya yang kemudian pecah selepas beberapa percubaan oleh biskop-biskop untuk memasukkannya. Gereja kecil itu dikatakan berbau busuk dan menyebabkan orang-orang yang berkabung bersurai. [2]

William diwarisi oleh William Rufus, puteranya yang lebih kecil, sebagai Raja England, dan oleh Robert Curthose, puteranya yang lebih tua, sebagai Duke Normandie pada tahun 1087. Pewarisan ini mencetuskan Pemberontakan 1088. Henry, puteranya yang paling muda, kemudian juga menjadi Raja England, selepas William II mangkat tanpa mempunyai putera untuk mewarisinya.

Genealogi[sunting | sunting sumber]

Gambar rajah berdasarkan maklumat yang didapati daripada Wikipedia.

Anak-anak William dan Matilda[sunting | sunting sumber]

Bilangan anak perempuan pada jumlahnya masih diragui. Senarai ini termasuk beberapa kemasukan yang kabur.

  1. Robert Curthose (k.k. 10541134), Duke Normandie, berkahwin dengan Sybil dari Conversano, anak perempuan Geoffrey dari Conversano
  2. Adeliza (atau Alice) (k.k. 1055–?), dilaporkan ditunangkan dengan Harold II dari England (Kewujudannya diragui.)
  3. Cecilia (atau Cecily) (k.k. 10561126), Abbess dari Holy Trinity, Caen
  4. William Rufus (10561100), Raja England
  5. Richard (1057-k.k. 1081), dibunuh oleh rusa jantan di New Forest
  6. Adela (k.k. 10621138), berkahwin dengan Stephen, Count Blois
  7. Gundred (k.k. 10631085), berkahwin dengan William de Warenne (k.k. 10551088). Sesetengah cendekiawan menyoal adakah Gundred merupakan anak haram William I atau hanya merupakan anak perempuan tiri, anak dapat, atau anak angkat.
  8. Agatha (k.k. 1064–k.k. 1080), ditunangkan dengan (1) Harold dari Wessex, (2) Alfonso VI dari Castile
  9. Constance (k.k. 10661090), berkahwin dengan Alan IV Fergent, Duke Brittany; diracuni, mungkin oleh pembantu sendiri
  10. Matilda (amat kabur, kewujudannya masih diragui)
  11. Henry Beauclerc (10681135), Raja England, berkahwin dengan (1) Edith dari Scotland, anak perempuan Malcolm III, Raja Scotland, (2) Adeliza dari Louvain

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.berkshirehistory.com/villages/wallingford.html
  2. http://historyhouse.com/in_history/william/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:


Didahului oleh
Edgar Ætheling
Raja England
1066–1087
Diikuti oleh:
William II
Didahului oleh
Robert si Cemerlang
Duke Normandie
1035–1087
Diikuti oleh:
Robert Curthose
                              Raja England
something Alfred • Edward si Lebih Tua • Ælfweard • Athelstan • Edmund I • Edred • Edwy • Edgar I • Edward si Korban • Ethelred • Sweyn I* • Edmund II • Canute* • Harthacanute* • Harold I • Edward si Pengaku • Harold II • Edgar II • William I • William II • Henry I • Stephen • Matilda • Henry II • Richard I • John • Henry III • Edward I • Edward II • Edward III • Richard II • Henry IV • Henry V • Henry VI • Edward IV • Edward V • Richard III • Henry VII • Henry VIII • Edward VI • (Lady Jane Grey) • Mary I • Elizabeth I • James I§ • Charles I§ • Tempoh Peralihan • Charles II§ • James II§ • William III§ dan Mary II§ (sebagai raja bersama William & Mary) • William III§ (pemerintahan diri) • Anne§
Bendera England
* juga Raja Denmark • juga Raja Norway • juga Raja Ireland • § juga Raja Scotland • juga Stadtholder Belanda, Zeeland, Utrecht, Gelderland, Overijssel dan Drenthe