Windows Live Movie Maker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Windows Live Movie Maker
Windows Live Movie Maker
PembangunMicrosoft
Keluaran stabil
2011 (Binaan 15.4.3508.1109) / 01 Disember 2010 (2010-12-01)
Sistem pengendalianWindows Vista, Windows 7, Windows Server 2008, Windows Server 2008 R2
JenisPerisian suntingan video
LesenProprietari
Tapak webhttp://download.live.com/moviemaker

Windows Live Movie Maker (nama kod Sundance) merupakan perisian suntingan video yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Microsoft Windows Live. Ia bertujuan untuk menggantikan Windows Movie Maker yang disertakan dalam Windows Vista. Windows Live Movie Maker tidak serasi dengan versi Microsoft Windows sebelum Windows Vista.[1]

Windows Live Movie Maker merupakan penulisan semula aplikasi Windows Movie Maker. Dengan menumpukan kepada keperluan umum pengguna, reka bentuk yang dipermudahkan ini termasuklah pembuangan sebahagian besar ciri yang dianggap tidak penting kepada pengguna umum.[2] Program ini termasuklah antaramuka reben.

Windows Live Movie Maker membenarkan pengguna menerbitkan video ke Windows Live SkyDrive, Facebook, YouTube, dan Flickr, di samping mencipta video HD. Walau bagaimanapun, ia menerima kritikan kerana pembuangan sebahagian besar ciri daripada versi terdahulu, terutamanya garisan masa.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Empat judul video animasi baharu yang disertakan dalam Windows Live Movie Maker 2011 (Wave 4).

Versi 2009 (Gelombang 3)[sunting | sunting sumber]

Aplikasi ini mula-mula dikeluarkan dalam bentuk beta sebagai sebahagian daripada Gelombang 3 bagi suite produk Windows Live pada 17 September 2008 dalam Windows Live Essentials 2009,[2] dan versi akhir dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2009.

Versi 2011 (Gelombang 4)[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2010, versi beta Windows Live Movie Maker 2011 (Gelombang 4) dilancarkan kepada umum sebagai sebahagian daripada versi beta Windows Live Essentials 2011, dan tidak lama selepas 17 Ogos 2010, versi beta diperbaharui dilancarkan kepada umum. Dengan keluaran tahun 2011, pengguna wajib memasang Windows Live Photo Gallery semasa memasang Windows Live Movie Maker, dan sebaliknya. Versi baharu ini termasuklah keupayaan untuk merakam video daripada webcam, di samping penyertaan judul video animasi. Versi akhir Windows Live Movie Maker 2011 dilancarkan bersama-sama versi akhir Windows Live Essentials 2011 pada 30 September 2010. Windows Live Movie Maker 2011 juga memperkenalkan semula keupayaan (yang sebelum ini dibuang daripada versi terdahulu Movie Maker) untuk menambah fail ke dalam projek yang disimpan pada peranti rangkaian seperti pelayan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Windows Live Downloads System Requirements
  2. ^ a b "LiveSide.net: Getting ready for Windows Live Wave 3". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 2011-03-03.
  3. ^ Criticism on a Microsoft Forum

Pautan luar[sunting | sunting sumber]