Witch Craft Works

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Witch Craft Works
ウィッチクラフトワークス
(Witchikurafuto Wākusu)
GenreAksi, Komedi, Fantasi, Cinta
Manga
PengarangRyū Mizunagi
PenerbitKodansha
Penerbit LainEnglish manga publisher
DemografikSeinen
Majalah Asalgood! Afternoon
Tarikh PengeluaranJanuary 7, 2011 – kini
Jilid14
Siri televisyen anime
PengarahTsutomu Mizushima
Skrip/PenulisTsutomu Mizushima
Lagu/MuzikTechnoboys Pulcraft Green-Fund
StudioJ.C.Staff
Penyiaran AsalTokyo MX, TVA, AT-X, BS11, ABC
Tarikh tayanganJanuary 5, 2014March 23, 2014
Episod12 + OVA
Portal Anime dan Manga

Witch Craft Works (Jepun: ウィッチクラフトワークス, Hepburn: Witchikurafuto Wākusu) ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Mizunagi Ryu. Adaptasi siri anime televisyen arahan Mizushima Tsutomu di bawah studio J.C.Staff kini disiarkan di Jepun.

Plot[sunting | sunting sumber]

Takamiya Honoka ialah pelajar biasa di mana masalahnya ialah duudk bersebelahan dengan Kagari Ayaka. Dia mendapati Ayaka mempunyai kemahiran dalam pen dan bakat, mempunyai muka dan tubuh badan yang menarik dan semua orang memanggilnya puteri. Apabila Honoka terlibat dalam insiden 'Witch of The Tower', dia baru didedahkan bahaya Ayaka adalah ahli sihir yang dihantar untuk melindunginya. Sejak daripada itu, kehidupan persekolahan yang biasa telah mengalami perubahan, dia juga perasan bahawa rakan sekelasnya juga tidak seperti yang disangkakan.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Honoka Takamiya (Jepun: 多華宮 仄, Hepburn: Takamiya Honoka)
Disuarakan oleh: Yusuke Kobayashi
Pelajar tahun dua yang belajar di sekolah tinggi. Dia seorang yang peramah dan sangat suka pada alam semulajadi. Haiwan kesukaannya ialah penguin. Dia duduk bersebelahan dengan Ayaka tapi mereka tidak pernah berinteraksi antara satu sama lain sehinggalah dia diserang oleh kumpulan yang dipanggil Tower Witches dan dia telah diselamatkan oleh Ayaka. Salah satu alasan kenapa Honoka diserang ialah di dalam badan Honoka terdapat Evermillion iaitu White Princess
Ayaka Kagari (Jepun: 火々里 綾火, Hepburn: Kagari Ayaka)
Disuarakan oleh: Asami Seto
Idola di sekolah dan merupakan anak perempuan kepada pengerusi sekolah tinggi Fuyutsuki. Ayaka ialah 'Workshop Witch' yang cantik, bijak dalam akademik dan cemerlang dalam sukan. Dia ialah "Fire Witch" (Jepun: 炎の魔女) yang boleh manipulasi dan mengawal api. Dia telah diamanahkan untuk menlidungi Honoka, tapi Honoka langsung tidak perasan. Misinya ialah melindungi Honoka bukan saja daripada serangan Tower Witches tapi juga daripada pelajar lain yang sering bulinya.

Workshop Witches[sunting | sunting sumber]

Kasumi Takamiya (Jepun: 多華宮 霞, Hepburn: Takamiya Kasumi)
Disuarakan oleh: Ai Kayano
Adik perempuan kepada Honoka dan juga merupakan "Workshop Witches" yang telah ditugaskan untuk melindungi Honoka apabila berada di ruamah dan juga apabila cuti sekolah. Sikapnya sangat kontra dengan Honoka yang pendiam. Dia memiliki seekor patung beruang Teddy yang boelh berubah menjadi mecha gergasi pertarungan. Dia amat cemburu dengan Ayaka dan sering bertarung dengannya.
Kazane Kagari (Jepun: 火々里 かざね, Hepburn: Kagari Kazane)
Disuarakan oleh: Sayaka Ohara
Ibu kepada Ayaka dan pengerusi sekolah tinggi Fuyutsuki. Pada waktu yang sama dia juga merupakan ketua Workshop Witches. Sikapnya amat berbeza dengan Ayaka. Dia seorang yang panas baran, kejam da tidak boleh bertolerasi dengan sesiapa. Dia merupakan penjaga bandar ini kerana memiliki kuasa magik yang sangat kuat dan hebat.
Kyōichirō Mikage (Hepburn: Mikage Kyōichirō)
Disuarakan oleh: Kazuyuki Okitsu
Touko Hio (Jepun: 氷尾 凍子, Hepburn: Hio Tōko)
Disuarakan oleh: Kana Asumi
Rinon Otometachibana (Jepun: 乙女橘 りのん, Hepburn: Otometachibana Rinon)
Disuarakan oleh: Noriko Shitaya
Atori Kuramine (Jepun: 昏峰 あとり, Hepburn: Kuramine Atori)
Disuarakan oleh: Ikumi Hayama

Tower Witches[sunting | sunting sumber]

Tanpopo Kuraishi (Jepun: 倉石 たんぽぽ, Hepburn: Kuraishi Tanpopo)
Disuarakan oleh: Shiori Izawa
Salah seorang Tower Witch. Dia merupaka gadis yang memiliki telinga haiwan. Dia orang pertama yang menyerang Honoka dan menyebabakan Honoka sedar kewujudan dunia magik. Selepas kalah kapada Ayaka, dia dan teman-temannya pindah ke sekolah Fuyutsuki di mana Honoka dan Ayaka belajar. Dia memiliki mecha arnab yang dipanggil 'Hunter'
Kanna Utsugi (Jepun: 宇津木 環那, Hepburn: Utsugi Kanna)
Disuarakan oleh: Shiina Natsukawa
Rin Kazari (Jepun: 飾 鈴, Hepburn: Kazari Rin)
Disuarakan oleh: Momo Asakura
Kotetsu Katsura (Jepun: 桂 虎鉄, Hepburn: Katsura Kotetsu)
Disuarakan oleh: Natsumi Hioka
Mei Menowa (Jepun: 目野輪 冥, Hepburn: Menowa Mei)
Disuarakan oleh: Yuko Iida
Chronoire Schwarz VI (Jepun: クロノワールシュヴァルツ・シックス, Hepburn: Kuronowārushuvarutsu Shikkusu)
Disuarakan oleh: Rie Kugimiya
Medusa (Jepun: メデューサ, Hepburn: Medyūsa)
Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro
Witch di Tower Witch dan merupakan guru kepada kumpulan KKM.
Weekend (Jepun: ウィークエンド, Hepburn: Wīkuendo)
Disuarakan oleh: Aya Hirano