Witwisit Hirunwongkul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Witwisit Hiranyawongkul
Penampilan Witwisit Hiranyawongkul ketika di majlis Anugerah Bintang Hiburan 2007
Kelahiran
Witwisit Hiranyawongkul

(1989-07-20) 20 Julai 1989 (umur 34)
Nama lainPitch, Pchy
PekerjaanPelakon dan penyanyi
Tahun aktif2006 - kini
AnugerahAnugerah Chalermthai
Pelakon utama dalam filem Thai
2007 The Love Of Siam

Witwisit Hiranyawongkul (Bahasa Thai: พิช-วิชญ์วิสิฐ หิรัญวงศ์กุล’, dilahirkan pada 20 Julai 1989) di Chiang Mai, Thailand, beliau merupakan pelakon dan penyanyi remaja Thai.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Witwisit Hiranyawongkul, lebih terkenal dengan jolokan nama sebagai Pitch atau Pchy, beliau dilahir dan dibesarkan di Chiang Mai, Thailand. Beragama Katolik Rom.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan di sekolah Katolik Rom di Kolej Montfort sejak usianya kecil lagi, beliau menghabskan masa disana selama 12 tahun. Dari sana, beliau diasah sebagai penyanyi yang berkarisma, Pitch sering mengetuai / mengepalai pertunjukan band nyanyian di sekolahnya, sehinggakan nyanyian menjadi sebati kepada kehidupannya. Pitch amat meminati lagu dan irama seperti hip hop, R&B, gospel dan muzik kerohanian. Beliau bermain piano dan mencipta lagu-lagu baru ketika beliau mempunyai masa terluang.

Selain muzik, Witwisit juga turut meminati majalah komik bersiri manga seperti Nodame Cantabile dan Lomography.[perlu rujukan] Beliau juga dikatakan turut membawa kameranya sendiri untuk merakamkan set rakaman cerita cinta Siamnya iaitu The Love of Siam.[perlu rujukan]

Beliau kelihatan lebih suka menggunakan istilah "Tiada siapa yang sempurna" dalam perbualannya.

Kehidupan pelajar[sunting | sunting sumber]

Pitch belajar di Kolej Montfort, yang sekolah berprestij di Chiang Mai. Beliau mula melibatkan diri dalam arena perniagaan hiburan ketika umurnya 17 tahun dimana ketika itu beliau berada pada gred ke-12 pengajian sekolah. Atas bakat yang beliau miliki, pengarah dan penulis skrip filem iaitu Chukiat Sakweerakul telah melamarnya menyertai pengambaran filem The Love of Siam sebagai watak utama. Chukiat merupakan pelajar alumni Kolej Montfort dan telah lama berkenalan dengan Pitch kerana mengetahuinya mempunyai minat yang mendalam dalam seni muzik konvensional dan boleh berlakon dengan baik.

Dalam gred 12, Pitch bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Komunikasi di peringkat universiti. Dalam satu sesi interview kemasukan, beliau menyatakan "I suka menulis dan bercerita tentang kisah-kisah, kawan-kawan saya sering memberitahu bahawa mereka suka membaca apa yang saya tulis."Templat:Cite quote Atas bakat inilah pihak Universiti Chiang Mai bersetuju menerimanya sebagai pelajar dalam Fakulti Komunikasi dan Media.

Namun sayangnya, beliau terpaksa membatalkan tawaran pengajian ke universiti tersebut kerana beliau sudah mula membuat pengambaran dalam filem The Love of Siam, dan pada masa yang sama beliau mengetahui bahawa sekiranya beliau ingin meneruskan hasratnya menyertai perniagaan hiburan ini, beliau pasti akan berpindah ke Bangkok. Lalu, beliau bersetuju melanjutkan pelajarannya di Bangkok dalam Fakulti Journalism dan Komunikasi Massa di Universiti Thammasat, Bangkok. Beliau memulakan pegajiannya pada tahun pertama sekitar pertengahan tahun 2007, dan dalam pada masa yang sama kekal menulis skrip filem dan berlakon dalam filem cinta The Love of Siam tersebut. Pada tahun 2008, beliau masih kekal dalam fakulti yang sama tetapi bertukar bidang kepada perfileman dan fotografi.

Karier muzik[sunting | sunting sumber]

Pitch telah memulakan persembahan nyanyian dan muzik sejak kecil. Nyanyian pertamanya adalah untuk soundtrack asli bagi filem "Khao Niew Moo Ping." Dalam filem The Love of Siam, beliau turut menyumbang beberapa versi lagu soundtrack. Beliau juga telah mencipta lirik dan membuat muzik lagu bertajuk "Roo suek barng mhai" (Adakah kamu rasa...?). Pitch memberitahu inspirasi menulis dan mencipta lagu adalah bermula apabila rakannya mengajarnya tentang masalah cinta.

Beliau turut menganggotai kumpulan August suatu kumpulan band yang cukup terkenal yang meletakkan Pitch sebagai penyanyi utama. Pitch dan August telah memulakan kerjaya secara lebih serius menerusi filem The Love of Siam' sebagai suatu bentuk promosi kumpulan. Berikutan kejayaan filem tersebut yang luar biasa, banyak syarikat dan pihak telah melamar band ini untuk membuat konsert. Penonton yang melihat pertunjukan kumpulan ini menujukkan reaksi positif dan sorakan kuat khususnya apabila melihat kemahiran memainkan alatan percussion band oleh golongan remaja muda dengan penuh bertenaga. Pitch pula diakui mempunyai kebolehan yang tinggi dan cemerlang dalam nyanyiannya selain berjaya menghiburkan para penonton. Band August yang terdiri dari 13 orang ahli ini termasuk Pitch telah mengeluarkan album pertama mereka iaitu August*Thanx pada Februari 2008. Album penuh mereka pertama pula berjudul Radiodrome yang dikeluarkan pada akhir Disember 2008.

Nilai kemasyhuran[sunting | sunting sumber]

The Love of Siam difilemkan dari Disember 2006 hingga awal tahun 2007 membuatkan Pitch acap kali pulang dan kembali ke Chiang Mai dan Bangkok untuk perfileman. Dalam tempoh tersebut filem telah berjaya disiapkan dan dikeluarkan untuk tayangan. Selepas tamat pengajian di kolej, beliau telah berpindah ke Bangkok untuk menghadiri sesi kuliah di Universiti Thammasat dan tinggal sebagai pelajar biasa. Selepas keluarnya filem cinta The Love of Siam pada akhir November 2007, Pitch segera menjadi terkenal, khususnya kepada remaja Thai. Beliau menerima ribuan peminat, yang menghantar gambar dan pos di internet. Sehinggakan ada yang mengekorinya sampai ke asramanya. Beliau memberitahu kepada wartawan bahawa "Saya lebih mahu kembali kepada kepada kehidupan normal." Beliau juga merasakan bahawa beliau lebih berminat untuk menyertai anggota pegambaran disebalik tabir sahaja. Dengan nada gembira Pitch turut memberi komen "Saya menghargai peminat saya, Ia baik untuk mengetahui mereka mengekori kerja saya. Mereka memahami saya dan berada pada jarak yang betul."

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pitch dan Mario[sunting | sunting sumber]

Mario Maurer dan Witwisit Hiranyawongkul

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan filem The Love of Siam adalah hubungan kasih sayang antara Mew dan Tong, dilakonkan oleh Mario Maurer, yang kini mula meningkat sebagai bintang popular di Thailand. Pitch memberitahu bahawa Mario dan dia hanyalah rakan baik. Apa yang digambarkan dalam filem adalah bagi menjayakan lakonan filem tersebut. "Kami tidaklah semesra itu antara satu sama lain," Pitch tertawa sambil meneruskan "Biasanya, semasa membaca dialog untuk filem itu, kami akan menghadap kamera berlainan. Pada set movie, mata Pitch akan menghadap krew filem, bagi memastikan beliau mendapat ekspresi yang betul.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

pada tahun 2008, Witwisit telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik dalam Augerah Persatuan Filem Kebangsaan Thailand dalam wataknya yang terbaik dalam filem cinta The Love of Siam.[1] Pitch adalah calon termuda dalam kategori ini. Namun beliau telah kalah kepada Akara Amarttayakul, namun beliau cukup gembira kerana dapat dicalonkan. Dalam Anugerah Dewan Kritik pula, belaiu telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik. Pitch telah menerima Anugerah Chalermthai dalam Pelakon Utama dalam kategori Filem Thai. Anugerah Chalermthai adalah bersandarkan kepada untian atas talian oleh seluruh ahlinya yang terdapat di Thailand.

Tahun Organisasi Anugerah Keputusan Filem
2008 Anugerah Persatuan Filem Kebangsaan Thailand Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Watak Utama Dicalonkan The Love of Siam
Anugerah Chalermthai Pelakon Utama dalam Filem Thai Menang
Anugerah Dewan Kritik Bangkok Pelakon Terbaik Dicalonkan

Muzik[sunting | sunting sumber]

Band August pula memenangi "Artis Baru Popular" dalam [[Anugerah Video Muzik "Channel [V] 2009"]].

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Bite of Love OST
  • The Love of Siam OST
  • august*thanx
  • Chao Wan Mai (Better Morning) Dove Campaign
  • Sunshine (Single 09\2008)
  • august*RADIODROME diterbitkan pada 3 Disember 2008 termasuk 3 OST. of 4romances,11 trak 2disk
  • August band SUMMER (New Single 11/2010)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • The Love of Siam (2007)
  • Dopamine (Short movie)(2008)
  • 4 Romance (2008)
  • Sai Sueb Delivery (Feb - Mar 2009) TV Series on Channel 3 Thailand
  • Old Pals (2011)

Komersial[sunting | sunting sumber]

  • Mama (Instant noodle brand) commercial with August Band (2008)
  • 1-2-Free (mobile carrier) commercial (2008)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]