Wonder Girls World Tour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Infobox concert tour

Wonder Girls World Tour merupakan sebuah jelajah 20 persembahan oleh Wonder Girls di AS dan Kanada. Jelajah ini menggabungkan versi hit mereka dalam bahasa Inggeris dan Korea, cover lagu berbahasa Inggeris yang popular, serta lagu-lagu baharu daripada album mereka yang akan datang, 2 Different Tears.[1]

Wonder Girls mendapat sambutan baik di Amerika Utara, sehingga mereka dinamakan sebagai "Artis Bulan Ini" untuk bulan Jun 2010 oleh House of Blues[2] dan kebanyakan persembahan Wonder Girls habis dijual.[3][4][5]

Jemputan khas[sunting | sunting sumber]

2PM[sunting | sunting sumber]

Pada 5 April 2010, Wonder Girls World Tour turut disertai rakan selabel Wonder Girls, 2PM, yang menyertai mereka untuk 9 tarikh di Washington DC, Atlanta, New York, Chicago, Houston, Dallas, Los Angeles, Anaheim dan San Francisco in conjunction with Live Nation[6].

Junsu 2PM mengalami kecederaan kaki pada Mei 2010, dan tidak turut serta dalam minggu pertama Jelajah[7]. Walau bagaimanapun, Junsu sempat sembuh untuk turut serta dalam tiga persembahan terakhir di Los Angeles, Anaheim dan San Francisco[8].

2AM[sunting | sunting sumber]

Dalam Mei 2010, lapan lagi bandar raya AS dan dua bandar raya Kanada ditambah dalam bahagian kedua Wonder Girls World Tour. Dalam bahagian kedua ini, 2AM, , boy band selabel dengan Wonder Girls akan menjadi artis pembuka bagi konsert di San Francisco, San Diego, Las Vegas, Englewood, CO, Chicago.[9], dan Seattle

JYP[sunting | sunting sumber]

Seorang jurucakap JYP Entertainment telah menyampaikan satu pengumuman pada 21 Jun menyatakan bahawa penerbit dan penyanyi Park Jin-young akan turut serta di Hawaii sebagai pembuka acara untuk Wonder Girls.[10]

Senarai set[sunting | sunting sumber]

2PM (Bahagian 1)
  1. Without You
  2. I Hate You
  3. Heartbeat
  4. Again & Again
  5. 10 Points Out of 10
2AM (Bahagian 2)
  1. This Song
  2. Confession of a a Friend
  3. Can't Let You Go Even If I Die
  4. I Did Wrong
  5. One Candle - G.O.D
Wonder Girls
  1. I Wanna
  2. Goodbye
  3. Don’t Cha
  4. So Hot
  5. Nobody (Rainstone Remix)
  6. This Time
  7. Lip Gloss (Solo oleh Lim)
  8. Boom Boom Pow (Solo oleh Yubin)
  9. Mercy (Solo by Yenny)
  10. Single Ladies (Put a Ring on It) (Solo oleh Sohee)
  11. Paparazzi (Solo oleh Sun)
  12. Saying I Love You
  13. Stickwitu
  14. 2 Different Tears
  15. Tell Me
  16. Nobody

Tarikh jelajah[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar raya Jemputan khas Tempat
Bahagian Pertama
4 Jun 2010 Washington, D.C. 2PM Warner Theatre
5 Jun 2010 Atlanta The Tabernacle
6 Jun 2010 New York Hammerstein Ballroom
8 Jun 2010 Chicago House of Blues
9 Jun 2010 Houston House of Blues
10 Jun 2010 Dallas House of Blues
11 Jun 2010 Los Angeles House of Blues
12 Jun 2010 Anaheim House of Blues
13 Jun 2010 San Francisco The Fillmore
Bahagian Kedua
29 Jun 2010 Vancouver, BC Vogue Theatre
30 Jun 2010 Seattle, WA 2AM Moore Theatre
1 Julai 2010 San Francisco The Fillmore
2 Julai 2010 San Diego, CA House of Blues
3 Julai 2010 Las Vegas, NV House of Blues
6 Julai 2010 Englewood, Colorado Gothic Theatre
7 Julai 2010 Chicago House of Blues
10 Julai 2010 Toronto, ON Mod Club Theatre
12 Julai 2010 Mississauga, ON Living Arts Centre
16 Julai 2010 Honolulu, HI[11] Park Jin-young Pipeline Cafe
17 Julai 2010

Wonder Girls dijadualkan untuk membuat konsert di Hawaii pada 25 dan 26 tapi ditangguhkan ke 16 Julai, 17 Julai[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]