World Financial Center

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

{{{[[

World Financial Center (kelihatan kerja pembinaan One World Trade Center)
Pemandangan World Financial Center dari USS New York (LPD-21).
Bayangan matahari terbenam di World Financial Center.
Winter Garden di WFC
Pemandangan separa World Financial Center dari World Trade Center.

World Financial Center ("Pusat Kewangan Sedunia") ialah sebuah kompleks bangunan yang terletak menghadap Sungai Hudson, di seberang West Street dari tapak World Trade Center di Lower Manhattan, Bandaraya New York. Dalam kompleks inilah letaknya ibu pejabat pelbagai syarikat terkemuka seperti Merrill Lynch, Nomura Group, Wall Street Journal, American Express, Dow Jones dan lain-lain. Seluruh kompleks adalah milik Brookfield Properties, kecuali ruang yang diduduki oleh American Express (iaitu milik American Express). Kompleks ini juga merupakan tempat letaknya ibu pejabat korporat Brookfield Properties di Menara 3.

Direka oleh César Pelli bersama Adamson Associates, kompleks ini dibina oleh Olympia and York pada tahun 1985 hingga 1988 di atas kambus tanah yang digunakan untuk membina Battery Park City. Bahan kambus datangnya dari tanah yang digali ketika pembinaan World Trade Center, di samping sampah-sarap dan runtuhan.

Sesetengah bahagian kompleks, terutamanya Winter Garden, musnah teruk pada serangan 11 September 2001, tetapi berjaya dipulihkan jua.]]}}}

Bangunan dan penyewa[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 40°42′47″N 74°00′56″W / 40.71306°N 74.01556°W / 40.71306; -74.01556