Wu Teh Yao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Profesor Dr Wu Teh Yao (lahir 1915-17 April 1995) merupakan tokoh pendidikan di Malaysia / Malaya , ahli sains politik dan mahir dalam Konfusianisme.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Belajar di Sekolah Tinggi Chung Ling pada 1936. Kemudian belajar di Universiti Nanjing, China jurusan kesusasteraan. Seterusnya sarjana kesusasteraan di Universiti Tufts di Boston, Massachusetts. Belajar lagi sehingga mendapat Phd jurusan sains politik dari Universiti Harvard di Cambridge , Massachusetts selepas Perang Dunia II 1946.

Semasa di sekolah, beliau mewakili Cina Tanah Melayu di Karnival Sukan Nasional China, Shanghai, China.

Kerjaya pendidik[sunting | sunting sumber]

Profesor Wu menyertai PBB terutama berhubung Hak asasi manusia . 1951 bersama Dr Fenn menulis survival pendidikan Cina di Tanah Melayu menerusi 'Laporan Fenn-Wu 1951.


Beliau dilantik Presiden Universiti Tunghai di Taichung, Taiwan (1957 - 1971). Beliau menjadi ketua Jabatan Sains Politik, Universiti Singapura. Beliau menjadi Profesor dan Dekan Fakulti lepasan ijazah di Universiti Nanyang (1975-1980). Kemudian menjadi Naib Canselor (1976-1977).

Ketika Universiti Nanyang digabung dengan Universiti Singapura pada 1980 membentuk Universiti Nasional Singapura, beliau dilantik sebagai Profesor sains politik dan bersara pada 1981.

Profesor Wu dilantik menjadi pengarah Institut Falsafah Asia Timur yang ditubuhkan oleh Dr Goh Keng Swee pada tahun 1983 yang menekankan falsafah Konfusianisme.

Bersara dan meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Sebagai ahli konfusianisme, hidupnya sederhana.Tinggal di sebuah apartmen HDB di Jurong East , Singapura. Beliau menggunakan teksi untuk ke mana-mana.

Beliau meninggal dunia 17 April 1995 di Taipei, Taiwan. Tugu peringatannya dibina di di Gereja Presbyterian di Jalan Orchard , Singapura.Cucunya Bolin Wu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]