XM29 OICW

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

XM29 OICW (Senjata Tempur Objektif Individu ("Objective Individual Combat Weapon") merupakan nama bagi siri rifel tempur prototaip yang menembak grenad 20mm letup udara (airburst ). Prototaip ini dimajukan sebagai sebahagian daripada program Senjata Tempur Objektif Individu pada 1990-an. Istilah Rifel Tempur Gempur Boleh Pilih ("Selectable Assault Battle Rifle" (SABR)) juga digunakan pada satu ketika, tetapi kini semakin jarang digunakan.

Dimajukan oleh Alliant Techsystems, bersama dengan Heckler & Koch sub-kontraktor penting, versi XM29 yang paling biasa dilihat terdiri daripada meriam pelancar grenad pintar 20 mm semi-automatik, karbin gempur di bahagian bawah (underslung) (berasaskan HK G36) menembak peluru 5.56 x 45 mm NATO piawai, dan sistem pembidik bantuan komputer bahagian atas yang disertakan dengan pencari jarak laser, keupayaan penglihatan malam haba, dan penglihatan teleskopik 6x optik. Versi lebih awal menggunakan tatarajah dan (setup) berlainan. Tatarajah sisi diuji sebelum pendekatan bahagian bawah. Variasi lain termasuk meletakkan pelancar 20 mm atau yang menggunakan MP7 menggantikan rifle 5.56 NATO.


Bahagian pelancar telah digambarkan bergilir sebagai meriam 20 mm semi automatik ringan, atau pelancar grenad, atau senjata letup udara. Ia menjadi masaalah pengkelasan, kerana ia tidak tergolong sebarang kategori sepenuhnya. Pada sudut yang lain, ia menggunakan peluru yang lebih kecil dan mempunyai trajektori lebuh lurus berbanding pelancar grenad. Pada sudut lain pula, kaliber dan velisitinya lebih menyerupai meriam ringan, ia turut berkongsi persamaan dengan pelancar grenad infantari lain.

Pelbagai masaalah menyebabkan program ini ditamatkan sebagaimana ia dibayangkan pada asalnya, termasuk berat, besar dan ketiadaan peluru 20 mm letup udara yang berkesan. Dengan pembatalannya pada 2004, ia dipisahkan kepada tiga program berkait. OICW Increment One merupakan program memajukan keluarga senjata tenaga kinetik ringan, OICW Increment Two adalah program memajukan pelancar grenad letup udara sebagai komponen tersendiri, dan OICW Increment Three merupakan program menyatukan kedua komponen tersebut. XM8 dimajukan bagi memenuhi kehendak Increment One, tetapi kini digantikan dengan permohonan terbuka bagi cadangan untuk reka bentuk terbaik dari industri. Dijangkakan XM8 (atau sesuatu yang menyerupainya) akan bersain dalam RFP tersebut. Sementara itu, pelancar letup udara 25 mm XM25 dimajukan bagi memenuhi syarat Increment Two requirements. Increment Three tidak akan bermula sehingga One dan Two sempurna.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Salah satu projek bercita-cita tinggi dalam sejarah senjata ringanbermula pada akhir 1986, apabila Sekolah Infantari Tentera Amerika Syarikat di Fort Benning menerbitkan kertas kerja bertajuk "Sistem Senjata Ringan 2000 - Small Arms System 2000" (SAS-2000). Walaupun trend semasa kearah senjata dan flechette dan peluru tanpa kelongsong, penyelidikan dan pembangunan di bawah program ACR (lihat di bawah HK G11 dan Steyr ACR bagi perincian), kertas kerja ini menyatakan bahawa senjata ringan konventional sudahpun sampai kepuncak teknologi, dan satu-satunya cara bagi meningkatkan kemungkinan kena bagi senjata ringan adalah memperkenalkan senjata yang menggabungkan keupayaan menembak kepala peledak berkecai dan meletup dengan fius pintar dan teknologi pembidik/penjera (sighting/aiming).

Sementara kebanyakan penyelidikan senjata ringan semasa akhir 1980-an di USA dijalankan di bawah program ACR, iden ini dimajukan pertama kali pada SAS-2000 dan disokong oleh kertas kerja tentera US lain, diterbitkan pada 1989 oleh Pusat TRADOC Tentera US (Training & Doctrine). Kertas kerja ini, dikenali sebagai "Pelan Senjata Ringan - The Small Arms Master Plan" (SAMP), memohon keluarga baru senjata "Objektif" Infantari, terutamanya Senjata Tempur Individual Objektif (OICW), Senjata Pertahanan Persendirian Objektif - Objective Personal Defense Weapon (OPDW), dan Senjata Layan Kakitangan Objektif - Objective Crew Served Weapon (OCSW). SAMP menetapkan bahawa senjata seumpamanya mesti menggunakan kemajuan terjini dalam komputer dan teknologi visual, termasuk dalam senjata ringan, dan menggabungkan kedua-dua kepala peledak berkuasa tinggi (high explosive) dan keupayaan tradisional menembak peluru dalam senjata tunggal yang mesti diguna pakai sekitar 2000. Pastinya, jangka masa dan kebanyakan syarat berat dan kos yang ditetapkan dalam kertas kerja ini tidak pratikal pada awalnya, tetapi pembangunan dalam siri senjata Objektif bermula seawal 1990-an.

Pada awal penyelidikan dan pembangunan pada pertengahan 1990-an salah satu dari dua pasukan dipilih sebagai pemenang bagi kontrak pembangunan lebih lanjut. Pasukan ini diketuai oleh korporasi Alliant Techsystems (ATK) di US, bersama Heckler & Koch (HK) dari Jerman, dan juga syarikat Brashear dan Omega (keduanya USA) sebagai ahli kumpulan lain. ATK bertanggung jawab bagi menyepadukan sistem, dan juga bagi memjukan peluru letup udara 20 mm; HK bertanggung jawab bagi kedua-dua rifle 5.56 mm dan pelancar grenad 20 mm; Brashear memajukan perkakasan pembidik dan Omega menyediakan cara melatih. Senjata yang terhasil merupakan dikelaskan jenis oleh Tentera US sebagai XM29 sekitar 2002. Pelan bagi mengguna pakai XM29 akan dilengkapkan empat unit bagi setiap skuad infantari 9 orang.

Ciri-ciri teknologi[sunting | sunting sumber]

XM29 adalah senjata gabungan, yang mempunyai 20 mm semi-automatik, magazine fed cannon/grenade launcher sebagai bahagian utama, dan rifle gempur padat 5.56 mm sebagai bagahian kedua. Kedua bahagian digabung dalam unit mudahalih seorang kendali, dengan tambahan penetap sasaran / sistem kawalan tembakan (TA/FCS), yang merupakan bahagian penting bagi sskeseluruhan sistem. XM29 dirancangkan bagi menjadi bahagian penting bagi sistem Perwira Darat (Land Warrior) masa hadapan, berkeupayaan untuk berhubung dengan bahagian lain sistem ini, termasuk komputer taktikal dan paparan pada topi.

Pelancar HEAB[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2002 prototaip XM29 diuji dengan jayanya dengan peluru 20 mm HEAB (High Explosive Air Bursting) terbaru, yang akan manjadi "faktor pembunuh" utama senjata XM29. Pelancar ini berkeupayaan bagi menembak dalam mod semi automatik sahaja, dan menggunakan gas. Ia mempunyai tata rajah bullpup dengan kelopak peluru boleh alih pada bahagian belakang senjata. Laras rifel berpilin digunakan bagi melancar grenad 20 mm sehingga 1,000 meter dengan tepat. Dalam tatarajah piwaian kebanyakan kawalan tembak bagi pelancar grenad terletak pada bahagian rifle, termasuk satu picu bagi kedua module penembak. Ia mungkin bahawa laras berlainan akan dimajukan bagi bahagian pelancar grenad, membenarkannya ia digunakan secara berasingan tanpa bahagian rifle terlekat.

Pelancar tersebut mempunyai keupayaan bagi sistem TA/FCS untuk dipasang diatasnya, dan antara muka yang bersesuaian, dengan itu data daripada TA/FCS boleh digunakan bagi memprogram fius bom tangan 20 mm. Fius ini, digunakan bagi peluru 20 mm HEAB, mempunyai pelbagai mod letupan, termasuk mod hentaman langsung dan mod letusan udara. Dalam mod kedua fius siap diprogram untuk meletupkan kepala peledak pada jarak yang ditetapkan, yang dikira semasa penerbangan dengan mengira jumlah pusingan bom tangan. Ini membenarkan peluru itu memusnahkan sasaran tanpa hentaman lansung, menggunakan kesan letupan dan serpihan letupan kepala peledak berkuasa tinggi. Serpihan dan kepingan lain diselerakkan oleh letupan udara boleh jadi lebih merbahaya kepada musuh berbanding tembakan lansung. Ini adalah kelebihan utama berbanding senjata ringan kini, yang dalam kebanyakan kes memerlukan tembakan tepat pada sasaran untuk memberi kesan, kerana ia membenarkan kesilapan mensasar yang lebih luas, dan membolehkan sasaran yang berada dibelakang halangan seperti parit dan sebagainya dikalahkan. Kepala peledak berkuasa tinggi turut mempunyai kelebihan tidak bergantung kepada kelajuannya bagi memberi kesan, tidak seperti peluru, keberkesanannya tidak berkurangan dengan jarak yang meningkat.

Kekurangan sistem ini adalah kerumitan fius eletronik, yang menyebabkan harga yang tinggi bagi sebiji peluru. Pelan asal menetapkan bahawa setiap peluru HEAB mesti berharga sekitar US $25, dan harga sebenar masih belum ditetapkan. Amat menarik bagi reka bentuk peluru HEAB kini sebenarnya terdiri daripada dua peledak berkuasa tinggi kecil di hadapan dan belakang projektile, dengan modul fius eletronik terletak ditengah-tengah antara mereka. Sementara HEAB dianggap peluru utama bagi pelancar grenad 20 mm, ia mungkin bagi memajukan peluru 20 mm anti perisai hentaman langsung, berkos rendah dangan kepala peledak Peletup Berbentuk (Shaped Charge), yang akan berkesan pada kenderaan perisai ringan (pembawa personal berperisai - (Armoured personnel carrier APC), MICV dan seumpamanya) dan pelbagai sasaran diperkukuhkan.

Rifel tenaga kinetik[sunting | sunting sumber]

Rifle, atau bahagian "tenaga kinetik" sistem XM29, sebaliknya, agak biasa, rifle tempur (assault rifle) berlaras pendek, diambil dari rifle tempur Heckler & Koch G36. Bahagian asas rifle XM29 tidak mempunyai penampan dan pembidik sendiri, dan dengan itu hanya mampu digunakan tanpa sistem keseluruhan dalam kecermasan, senjata pertahankan diri. Ketika terletak pada sistem lengkap, ia boleh digunakan pada jarak dekat, bagi serangan dan pertahanan (pelancar graned 20 mm mempunyai jarak tembakan minima sekitar 50–100 meter), atau sebagai senjata penyerang jarak serdahana kurang intense berkos rendah. Kebanyakan sistem kawalan XM29 dibina pada bahagian rifle, sekeliling pengawal picu.

TA/FCS[sunting | sunting sumber]

Penguncian sasaran/sistem kawalan tembakan (TA/FCS - target acquisition/fire control system ) adalah unit paling mahal dan sukar dalam keseluruhan sistem, kerana ia perlu menggabungkan keupayaan siang dan malam, unit pengesan-jarak laser, komputer balistik, dan pelbagai antara muka kepada pelancar granad dan sistem luaran. Ia digunakan bagi mencari sasaran dalam sebarang keadaan cahaya dan cuaca, menentukan jarak sasaran, mengira titik hentaman yang diingini, dan kemudiannya membekalkan dan memaparkan data bidikan, agar granad atau peluru boleh ditembakkan kepada titik hentaman, dan kemudiannya membekalkan data kepada pelancar granad, agar jarak boleh di pre-set kepada fius granad. Sekiranya berlaku kerosakan pada TA/FCS, pelancar granad 20 mm masih boleh digunakan secara langsung dalam mod hentaman, sebagaimana juga bahagian rifle dalam sistem tersebut.

Isu keberkesanan/kos[sunting | sunting sumber]

Penyelidikan dan ujian menunjukkan bahawa XM29 boleh menjadi 500% lebih berkesan berbanding senjata ringan biasa. Bagaimanapun, program ini dibatalkan disebabkan kos, bersaiz besar, dan ketiadaan peluru letup udara yang mampu membunuh. Prototaip terakhir XM29 seberat sekitar lima dan setengah kilogram kosong dan hampir tujuh kilo apabila berpeluru. Tentera juga mengadu mengenai saiz besar senjata tersebut. Berkenaan kos, sesetengah pakar turut mengulas bahawa idea XM29 "...kelihatannya menjadikan tentera begitu mahal untuk dipakai sehingga dia tidak boleh digunakan di lapangan. Sama seperti kapal induk."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.