XPDC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
XPDC
Anggota asal kugiran XPDC daripada album studio mereka, Darjah Satu pada tahun 1990 terbitan Life Records.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Tragedy (1985–1989)
Berasal dariKuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
GenreRock, heavy metal, thrash metal, hard rock, nu metal
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman
LIFE Records
Pengkarya berkait
J.S. Kevin
AhliXPDC Militia:
Ali - vokalis
Izo (Ketua kumpulan) - gitar utama
Lola - dram
Eddie - gitar bass
Ariff - gitar kedua

XPDC Kita Peng Yu:
Ary - vokalis
Jeff - gitar utama
Zuar - gitar bass, suara latar
Amy - dram

Bekas ahliMael - vokal (meninggal dunia)
Yazid - dram
Lee Space - dram
Man Tobey - gitar bass
Yan - gitar bass
Pae - dram

XPDC yang menerima asuhan daripada JS Kevin merupakan sebuah kugiran muzik rock Malaysia yang diasaskan oleh Mael dan Izo. Setelah perubahan beberapa anggota awal sehinggalah kemasukan dua orang ahli baru iaitu Zua (bass) dan Lee Space (dram), nama 'XPDC' yang diilhamkan oleh J.S. Kevin, penulis lirik terkenal sekitar lewat tahun 80-an, yang juga penerbit album pertama kugiran tersebut.

Kugiran ini telah menghasilkan 8 buah album studio yang terjual laris bermula tahun 1990 dengan album sulung mereka, Darjah Satu.
2 Timur Barat
3 Kita pengyu
Album studio mereka yang keempat, Brutal, merupakan album pertama mereka yang berjaya dijual melebihi 500,000 unit pada tahun 1997. Berpuluh-puluh lagu mereka mendapat sambutan hangat di corong radio sehingga mereka berjaya mengadakan Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara dengan menampilkan vokalis baru mereka iaitu Ali yang berlangsung pada April 1998 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Konsert tersebut telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC sebagai 'Metallica Malaysia'.

Pada tahun 2009, 4 orang anggota asal XPDC bergabung semula sempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-26 dan merakamkan album terbaru yang berjudul Rasopariso yang memuatkan sebanyak 20 buah lagu. Setahun selepas itu, album tersebut dikeluarkan semula dengan judul yang baharu, Rasopariso (The Relaunch).

Selepas 9 tahun berlalu tanpa sebarang album baharu, pada tahun 2018, XPDC yang dianggotai oleh Ali, Izo, Eddie dan Lola hadir dengan album Doa selepas kepulangan mereka dari mengerjakan ibadat umrah. Album tersebut berkonsepkan dakwah melalui lagu-lagu bersifat ketuhanan & kemanusiaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1985–1990: Era Tragedy (Sebelum kewujudan XPDC)[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, kugiran Tragedy telah di asas dan ditubuhkan pada tahun 1985 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur oleh Izo (gitaris - Kelantan), Mael (penyanyi - Muar), Yazid (dram - asal Johor), Man Tobey (gitar Bass - Johor ) dan di bawah penjagaan Pak Kassim yang mana rumah Pak Kassim di kampung baru menjadi tempat penginapan mereka. Mereka kemudiannya aktif membuat persembahan di beberapa tempat, terutamanya di funfair.

Mereka sering membuat persembahan di majlis perkawinan,Pesta. Namun, perjalanan karier mereka sebagai kugiran tidak semudah yang disangkakan. Pada suatu hari, mereka telah di tipu oleh pihak penganjur yang tidak membayar duit kepada mereka dalam satu persembahan yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah. Ini telah menyebabkan mereka terkandas di sana kerana tidak cukup wang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Pada tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Zuar (bass) dan Lee Space (dram). Ketika Zuar dan Lee Space menyertai Tragedy, di sebalik tragedi yang melanda, nasib mereka akhirnya berubah apabila bertemu dengan seorang komposer terkenal bernama Zul Adnan bin Mohd Razali yang lebih dikenali sebagai J.S. Kevin.

Pada ketika itu, J.S. Kevin datang ke Langkawi bersama kugiran Bumi Putra Rockers (BPR) di mana BPR turut mengadakan persembahan yang disertai kugiran Tragedy. Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Tragedy kepada XPDC. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut kerana mereka menyangkakan bahawa nama baharu tersebut dieja penuh sebagai Ekspedisi yang tidak begitu unik. Namun apabila J.S. Kevin menulis nama tersebut dengan ejaan mengikut bunyi huruf iaitu XPDC, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh J.S. Kevin. Di sinilah mereka menyedari bahawa JS Kevin adalah bukan calang calang insan kerana mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Tragedy (yang sememangnya negatif) kepada XPDC (yang lebih progresif)...

1990-1997 : JS Kevin serta penciptaan XPDC[sunting | sunting sumber]

Mereka telah pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, XPDC telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman oleh Life Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka. Namun, mereka cuma sempat menyiapkan 50% proses rakaman album studio pertama mereka telah selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Yan Lefthanded (bass) dan Amy Handy Black (dram).

Album studio pertama XPDC, Darjah Satu telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, C.I.N.T.A. ciptaan JS Kevin. Namun di kala mereka mula mendapat tempat dalam hati peminat, Lee Space (dram) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan daripada kumpulan ini. Tempat Lee Space kemudiannya digantikan oleh Amy, bekas anggota Kumpulan Handy Black yang turut telibat dalam pembikinan album Darjah Satu sebagai pemuzik undangan.

1997-kini : Pertukaran Vokalis & Pemain drum dan Perkembangan Terkini[sunting | sunting sumber]

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan penggiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 350,000 unit. Ia satu pencapaian jualan album XPDC yang tertinggi dann terbaik sehingga kini.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dan dipasarkan. Kehadiran Ali sedikit sebanyak telah meningkatkan kerancakan sokongan terhadap XPDC kerana beliau secara tidak langsung telah bersama-sama mempromosikan album Brutal dan selepas itu secara tidak langsung juga meningkatkan jualan album Brutal. Sementara itu, Mael terpaksa meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman membuat para peminat berasa terkejut dan kecewa sama sekali. Akan tetapi XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi dan kemasukan Ali berjaya menyelamatkan XPDC yang ketika itu hampir jatuh akibat pengunduran Mael. Amy pula terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan yang mendalam. Lola yang diperkenalkan oleh DJ bapakku FM Isma Halil Hamzah kepada XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.

Konsert berskala besar dan malam rakaman yang berjudul Konsert XPDC Brutal yang dianggotai oleh Ali, Izo, Zua dan Lola telah berlangsung pada bulan April 1998 di Stadium Melawati Shah Alam Selangor telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri apabila ada beberapa pihak dan para peminat menobatkan XPDC adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search dan Wings apatah lagi Amy Search dan Awie tidak lagi menyertai kumpulan mereka tersenut masing-masing. Namun Ali dan XPDC tetap merasa merendahkan diri bahawa tidak layak menobatkan XPDC kumpulan rock nombor 1 Malaysia. XPDC juga dikenali sebagai Big 3 metal Malaysia pada ketika itu selain Cromok, FTG dan vokal garau Ali yang bertenaga sambil diiringi aksi 'Head Banging' ala "Helicopter" telah mencuri ramai perhatian dan keterujaan para peminat yang dilihat seperti kumpulan Metallica. Di tambah pula aksi Zua yang lagi brutal seperti berlari-lari, melompat-lompat dan mengiringan aksi Head banging bersama aksi hangguk kepala Izo dan Lola di atas pentas konsert bersama Ali membuat peminat-peminat menobatkan XPDC kumpulan rock nombor 1 Malaysia. Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi 'Head Banging' seperti yang dilakukan oleh Ali. Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. XPDC semakin popular dengan perhatian aksi 'Head Banging'. Aksi 'Head Banging' Ali juga sesuai dikatakan dengan judul 'Brutal'. Selain itu, kebolehan vokal Ali yang garau dan tinggi telah menjadi faktor penting survival kumpulan XPDC pada ketika itu. Seumpama sebuah revolusi heavy metal (Tema Mael) kepada Thrash (Tema Ali), sekaligus menambahkan kreativiti dan membina identiti yang lebih besar kepada nama XPDC. Konsert berskala besar (1998) ini juga adalah yang terbaik bagi XPDC yang ditonton hampir 10, 000 penonton tetapi XPDC kecewa dan terpaksa akur kerana hajat mereka untuk mengeluarkan album konsert itu dalam bentuk Video Cakera Padat (VCD) tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa kerana rakaman aksi-aksi headbanging, hangguk kepala, melompat-lompat XPDC dan penonton termasuk tidak berbaju adalah luar budaya Malaysia. Namun pengeluaran dalam bentuk VCD konsert tersebut dikeluarkan hasil cetak rompak.

Tetapi juga tidak lama kemudian XPDC sekali lagi mendapat peluang untuk mengadakan konser berskala besar dam malam rakaman yang di beri judul nama Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara Kuala Lumpur. Konsert tersebut itu juga adalah yang terbaik dalam karier XPDC yang berjaya menarik penonton sehingga hampir 20, 000 penonton. Tetapi konsert rakaman itu hanya dikeluarkan di dalam bentuk cakera padat (CD) sahaja yang telah mendapat keluluasan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.

Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali sebagai penyanyi XPDC telah dipasarkan berjudul Samurai. Album studio pertama tanpa perjuangan Mael. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit. Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael. Walaupun demikian, tidak dinafikan masih ramai peminat XPDC menghargai usaha dan jasa Ali sehinggakan begitu ramai yang mengikut 'Trend' rambut cukur tepi Ali. XPDC semakin sibuk seterusnya mengeluarkan klip video album Samurai. XPDC yang telah digelar sebagai kumpulan rock no. 1 Malaysia sering menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti serta mendapat populariti aksi 'Head Banging' Ini Sekaligus membuktikan sokongan peminat kepada XPDC tidak pernah luntur bahkan meningkat kuantitinya. Persembahan di pentas mereka juga sering dibanjiri dengan puluhan ribu penonton.

Pada bulan Februari 1999 Norman KRU telah menjadi penganjur untuk konsert yang dinamakan Konsert Rock Gergasi Berentap Search Vs XPDC yang diadakan dua malam berturut - turut di Stadium Negara Kuala Lumpur. Ternyata kumpulan Search yang popular dengan lagu dengan Nur Nilam Sari serta tidak lagi diwakili penyanyi asal mereka iaitu Amy Search telah memihak kepada jumlah penonton lebih ramai menyaksikan konsert XPDC pada malam kedua namun XPDC tetap ikhlas merendahkan diri yang menyatakan kepada wartawan hiburan bahawa XPDC tidak setanding dan tidak sepopular Search yang jauh lebih senior dan berpengalaman berbanding XPDC di dalam industri muzik. Personaliti mereka amat dipuji dan peminat menerima mereka seadanya.

Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu - lagu rancak lagi telah di ganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menyertai kumpulan Kamikaze. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah Ahmad Nazri Haji Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali, telah membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang Selangor.

Pemain gitar bass XPDC Zuar mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Hasrat Zuar untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan (Lefthanded) menggantikan tempat Zua sebagai pemain gitar bass kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baharu bersama XPDC sebaliknya turut berperanan menaikkan nama XPDC di belakang tabir sejak album Darjah Satu sebagai sessionist.

Namun setelah beberapa lama, penghujung tahun 2003 Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (Search) kembali bersama Search pada tahun 2005.

2005 (penghujung tahun)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan Kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.

2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham J. S Kevin.

Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).Sebelum album ini keluar di pasaran. XPDC REUNION ini telah muncul di kaca TV9 melalui rancangan ROCK KAPAK RAYA BERSAMA XPDC menampilkan artis undangan seperti Atilia, Salmiah Hassan dan Bienda.

2008[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008 XPDC diuar - uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.

2009[sunting | sunting sumber]

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada di pasaran pada bulan November 2009. Walau bagaimanapun, album ini agak hambar sambutanya. Namun masih ada diantara peminat menyokong album tersebut. Antara lagu-lagu yang dimuatkan:

  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD-REUNION

  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

2011[sunting | sunting sumber]

XPDC bersama dua lagi kumpulan rock lagenda iaitu May dan Lefthanded digabungkan dalam satu rakaman program hari raya iaitu Konsert Rock Raya 3 Gegaran di TV3. Konsert ini dirakamkan pada 20 Julai 2011 dan ditayangkan pada 4 September 2011 (hari raya kelima).

2014[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 2014 XPDC menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang dengan konsert Return of Rock XPDC Live in Concert 2014.

2015 - Sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, XPDC telah terpecah kepada dua band berpunca daripada kegagalan konsert Rockestra kerana isu yang tidak dapat dielakkan. XPDC telah berpecah kepada Xpdc Kita Peng-Yu Dan Xpdc Militia. Mael mengambil keputusan untuk meninggalkan XPDC yang line-up pada masa itu (Mael, Izo, Eddie(pemain bass Def Gab C) dan Lola) kerana isu rockestra. Mael kemudian mencari anggota asal XPDC iaitu Zuar, Amy dan memanggil Jeff Giegiel sebagai gitaris untuk membentuk XPDC Kita Peng-Yu yang rasmi. Ali pula telah dilamar semula oleh Izo dan membuat keputusan untuk terus bersama semula dengan Izo (hanya Izo yang hanya kekal dengan XPDC dari 1989 - kini) dan membentuk XPDC MILITIA. Kini kedua-dua band aktif membuat persembahan. Namun atas komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh anggota -anggota XPDC yang lain, XPDC tetap berjaya kekal dalam persada muzik Malaysia dan Muzik XPDC tetap menjadi siualan ramai walaupun XPDC telah berpecah menjadi 2.

Pada 6 Jun 2015, XPDC yang kini dibarisi Mael, Izo, Eddie dan Lola muncul dalam konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini yang diadakan di Stadium Merdeka bersempena menyambut ulang tahun ke-26 penubuhan kumpulan ini. Di penghujung tahun 2015 setelah di landa pelbagai masalah dalaman dan juga kegagalan Konsert Rockestra XPDC Aku Masih Di Sini. Kumpulan XPDC kembali di landa masalah lama termasuk Mael dan Izo kembali bersengketa di mana mengikut sumber daripada pihak Life Records sepatutnya XPDC kembali merakamkan album terbaharu namun Izo membawa kembali barisan XPDC V6 (Ali, Izo dan Lola selain Eddie (bekas gitar bass Def Gab C manakala Mael membawa kembali Zua dan Amy membentukkan kumpulan XPDC juga[1] dan tempat Izo digantikan oleh Jeff (bekas gitar utama kumpulan Real X dan Giegil).

Masalah timbul apabila kedua-dua kumpulan XPDC versi Mael dan Izo mempertahankan hak masing - masing untuk menggunakan nama XPDC.[2] Kedua-dua kumpulan ini masih menggunakan nama yang sama dan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe dan Pesta Pulau Pinang. Sehingga kini penggunaan nama XPDC masih belum diputuskan boleh digunakan oleh kumpulan mana, mengikut Life Records hak dan nama XPDC adalah milik Life Record yang didaftarkan pada tahun 1998.[3]

Akhirnya Band XPDC versi Mael telah memutuskan untuk menggunakan nama XPDC Kita Peng Yu dan menggunakan Logo sendiri pada 2017 manakala XPDC versi Ali/Izo masih mengekalkan nama XPDC namun peminat-peminat lebih mengenali nama XPDC versi Ali/Izo sebagai XPDC Militia bersempena dengan team merchandise mereka yang menggunakan nama XPDC Militia. Dengan itu, peminat boleh membezakan antara dua XPDC ini.

XPDC 'Kita Peng Yu'

  • Mael (meningga dunia) - Ary (Penyanyi)
  • Jeff ( Gitar Utama)
  • Zuar (Gitar Bass)
  • Amy (Drum)

XPDC

  • Ali (Penyanyi)
  • Izo (Gitar Utama / Gitar Irama)
  • Arif Izo (Gitar Irama / Gitar Utama)
  • Eddie (Gitar bass)
  • Lola (Drum)

XPDC Kita Peng-Yu yang dibarisi oleh Mael, Jeff, Zuar dan Amy telah menjayakan beberapa konsert besar antaranya konsert Rockstage - Sound Of War XPDC & FTG yang diadakan pada 7 Oktober 2017 dan telah menjayakan konsert Metal Legends XPDC & Cromok pada Februari 2018. Mereka juga sangat aktif membuat persembahan di karnival-karvinal dan expo di seluruh semenanjung Malaysia.

XPDC (atau juga di gelar sebagai XPDC Millitia) pula, selain dapat menerbitkan album studio berjudul DOA pada 2018, mereka juga telah menjayakan beberapa siri konsert, antaranya konsert Metal Return 1.0 bersama dengan kumpulan May dan Public Distortion 2017 bersama Kumpulan Prime Domestic. Mereka juga telah muncul dalam rancangan TV RTM antaranya Lentera Muzika-XPDC, Hiburan Minggu ini - XPDC Unmetal, Inspirasi Syawal XPDC vs Hujan dan juga Mentor 7. Mereka juga telah menjadi Naib Johan dalam Anugerah Nasyid 2019 anjuran Ikim.Fm menerusi lagu Doa. Berbanding XPDC Kita Peng-Yu yang lebih mendapat sambut penganjur Karnival, XPDC Militia pula lebih di pilih untuk membuat persembahan di pentas-pentas besar dan rancangan TV.

Vokalis XPDC Ali, pada 2021 telah mengalami kemalangan yang mana menyebabkan wajah, badan dan tangannya terbakar dan melecur namun sembuh sepenuhnya. Pada 2022 pula beliau sekali lagi di uji apabila mengalami stroke ketika dalam proses persiapan untuk Konsert XPDC Jualan Hitam 2023, yang mana akhirnya konsert tersebut telah menjadi Konsert Jualan Hitam 2023 - Tribute to Ali, yang mana tempat Ali telah di gantikan dengan Muss, Yabang, Chi Dr Kronik, Aweera dan Daqmie Barongan. Namun beberapa bulan selepas itu Ali telah beransur sembuh dan muncul semula bersama XPDC dalam konsert XPDC- Metal Madness 2023 yang bertempat di Panggung Asia Gombak.


Nama XPDC ini telah di trademark kan oleh Life Record dan Life Record telah memberi kebenaran untuk kedua - dua band menggunakan nama XPDC.

Pada 27 April 2023 penyanyi XPDC(Kita-Peng-Yu) iaitu Syed Ismail bin Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 malam di Hospital Muar[4]

Selepas vokalis XPDC 'Kita-Peng-Yu' Mael XPDC meninggal dunia, Ary Fahrenheit selaku bekas vokalis kumpulan Fahrenheit mengambil alih tugas tersebut selaku vokalis utama XPDC 'KITA PENG YU'.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Sebelum XPDC
Tragedy 1985 - 1988 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Man Tobey - Bass
  4. Yazid - Dram


Album:

Tiada


Setelah XPDC wujud
XPDC 1989 - 1990:

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Lee Space - Dram


Album:
Darjah Satu (1990)


XPDC 1991-1997:

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Amy - Dram


Album:

  1. Timur Barat (1992)
  2. Kita Pengyu (1994)
  3. Kompilasi Rock Ballad (1995)
  4. Kompilasi Headbang (1996)
  5. Brutal (1997)


XPDC 1998-2015:

  1. Ali (Terra Rossa) - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar/Yan Toi (Lefthanded) - Bass
  4. Lola/Amy/Pae - Dram


Album:

  1. Konsert Raksasa 1 (Stadium Negara) (1998)
  2. Konsert Raksasa 2 (Stadium Shah Alam) (1998)
  3. Samurai (1998)
  4. The Industrial Tribute to XPDC [Kenjuro Harada] (1999)
  5. Xpdc Vs Amuk (2000)
  6. Xpdc Vs Rusty Blade (2000)
  7. Metal 50an & 60an (2000)
  8. Real & Reality (2000)
  9. Unmetal I (2000)
  10. V6 (2002)
  11. Unmetal II (2003)
  12. Kompilasi Anti Perang (2003)
  13. Kompilasi medley Mdley Rugged (2005)
  14. Kompilasi Rockerena (2006)
  15. Unmetal III (2013)


XPDC Reunion 2006-2015:

  1. Ali/Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Amy/Lola- Dram


Album:

  1. Rasopariso (2009)
  2. Rasopariso (The Relaunch) (2010)


XPDC 2015:

  1. Mael - Vokal (menggantikan Ali yang mengundurkan diri kerana ingin fokus dengan pengajian agama pada waktu itu)
  2. Izo - Gitar
  3. Lola - Dram
  4. Eddie - Bass


XPDC 2015 - kini:
XPDC telah berpecah kepada dua iaitu XPDC Militia (Ali) dan XPDC Kita Peng-yu (arwah Mael di gantikan oleh Ary). Kedua-dua XPDC diberikan kebenaran oleh Life Records untuk kekal menggunakan nama XPDC.

XPDC :

  1. Ali - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Lola - Dram
  4. Eddie - Bass, suara latar
  5. Ariff - Gitar


Album:
Doa (2019)

XPDC Kita Pengyu:

  1. Ary - Vokal
  2. Jeff (Giegiel) - Gitar
  3. Zuar - Bass, suara latar
  4. Amy - Dram


Album:

Tiada

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1990 Darjah Satu
  • Penerbit album : J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 150,000 unit
1992 Timur Barat
  • Penerbit album : J.S. Kevin, XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
1994 Kita Peng-Yu
  • Penerbit album : J.S. Kevin & XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 350,000 unit
1997 Brutal
  • Penerbit album : Izo, J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 400,000 unit
1998 Samurai
  • Penerbit album : Mahmud Abu Bakar, Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 200,000 unit
2002 V6
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
2009 Rasopariso
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 25,000 unit
2018 Doa
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Blockchain Island Sdn Bhd
anggaran 10,000 unit

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1992 Nadia (Penampilan Khas - XPDC jadi band jemputan serta Eddy Badry di takde dalam film tersebut)
2001 Dari Jemapoh Ke Manchestee Lagu latar
2001 Getaran (Penampilan Khas - XPDC) Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul
2003 Sakinah. Dalam telemovie ini, barisan XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola.
2008 Apa Nak Dikata Dalam telemovie ini, barisan XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Kisah Lola oleh Man Channel