XSLT

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambaran mengenai unsur asas dan aliran proses bagi Extensible Stylesheet Language Transformations.

Extensible Stylesheet Language Transformations (XSLT) merupakan bahasa berasaskan XML yang digunakan bagi transformasi dokumen XML.

XSLT direka bagi menukar dokumen XML kepada dokumen XML lain. Dokumen asal tidak bertukar; sebaliknya, dokumen baru dicipta berasaskan kandungan sedia ada.[1] Dokumen baru boleh dioutput bersiri oleh pemprosesor dalam sintak XML piwaian atau dalam format lain seperti HTML atau teks biasa.[2] XSLT sering kali digunakan bagi menukar data antara dua skema XML berlainan atau menukar data XML kepada dokumen HTML atau XHTML bagi laman web, atau kepada format perantaraan yang boleh ditukar kepada dokumen Format Dokumen Mudah-alih (Portable Document Format- PDF).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.w3.org/TR/xslt#section-Introduction
  2. Lihat contoh, http://www.w3.org/TR/xslt#output, specifying alternate output methods.