Xanthona
| Xanthone | |
|---|---|
| Nama IUPAC | 9H-xanthen-9-one |
| Nama lain | 9-okso-xantena difenilin keton oksida |
| Pengecam | |
| Nombor CAS | [] |
| SMILES | O=C2C3=C(C=CC=C3) OC1=CC=CC=C12 |
| Sifat | |
| Formula molekul | C13H8O2 |
| Jisim molar | 196.19 g/mol |
| Rupa bentuk | pepejal putih sejuk |
| Takat lebur |
174 °C (447 K) |
| Takat didih |
351 °C (624 K) |
| Keterlarutan dalam air | sedikit larut dalam air panas |
| Bahaya | |
| Frasa R | Templat:R36/37/38 |
| Frasa S | S26,Templat:S37[1] |
| Sebatian berkaitan | |
| Sebatian berkenaan | xantena |
| Kecuali sebaliknya dicatatkan, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawai (pada 25 °C, 100 kPa) Penafian dan rujukan Infobox |
|
Xanthona ialah sejenis sebatian organik dengan formula molekul C13H8O2. Ia boleh disediakan dengan memanaskan fenil salisilat.[2] Pada tahun 1939, xanthona telah diperkenalkan sebagai suatu racun serangga dan pada masakini ia didapati boleh digunakan sebagai racun bagi telur-telur anak rama-rama dan sebagai suatu racun larva.[3] Xanthona juga digunakan di dalam penyediaan xanthydrol, yang digunakan untuk menilai urea di dalam darah.
Xanthona merupakan sejenis super-antioksida yang mujarab, ia berkesan terhadap pengkulturan tisu barah misalnya: barah buah dada, barah paru-paru, barah perut dan sejenis leukemia.[perlu rujukan] Menurut kajian dari pakar penyelidik J. Frederick Templeman, (M.D), Xanthona mempunyai kesan positif terhadap keseluruhan sistem badan.[perlu rujukan] Kini kajian saintifik telah menemukan bahawa terdapat lebih 200 jenis super-antioksida Xanthone di alam semula jadi.[perlu rujukan]