Xenon diflorida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Xenon diflorida ialah satu agen pemflorinaan dengan formula kimia XeF2, dan merupakan salah satu sebatian xenon yang paling stabil. Seperti mana sebatian florida tidak organik berikatan kovalen yang lain, ia sensitif dengan lembapan. Ia mereput apabila didedahkan kepada cahaya atau wap air. Xenon diflorida ialah satu pepejal kristal putih yang padat. Ia juga mempunyai bau yang meloyakan dan tekanan wap yang rendah.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Xenon diflorida ialah satu molekul linear dengan panjang ikatan Xe–F sepanjang 197.73±0.15 pm di dalam fasa wap, dan 200 pm dalam fasa pepejal. Susunan padat molekul-molekul XeF2 pepejal menunjukkan yang atom-atom florin di dalam molekul-molekul yang bersebelahan cuba mengelakkan kawasan khatulistiwa setiap molekul XeF2. Ini bertepatan dengan ramalan teori VSEPR yang meramalkan bahawa terdapat 3 pasangan elektron yang tidak terikat di kawasan khatulistiwa atom xenon.

Dalam tekanan tinggi, xenon diflorida dalam bentuk bukan molekul boleh didapati. Di dalam tekanan ~50 GPa, XeF2 bertukar menjadi bahan separa pengalir yang terdiri daripada unit-unit XeF4 yang dihubungkan dalam struktur dua dimensi, sama seperti grafit. Di dalam tekanan yang lebih tinggi, pada 70 GPa, ia menjadi seperti logam dan membentuk struktur tiga dimensi yang terdiri daripada unit-unit XeF8. Namun, kajian teori yang terbaru menyebabkan hasil-hasil uji kaji ini diragukan.

Kimia[sunting | sunting sumber]

Sintesis[sunting | sunting sumber]

Sintesis XeF2 mengikuti formula ringkas yang berikut:

Xe + F2 → XeF2

Tindak balas ini memerlukan haba, radiasi atau nyahcas elektrik. Tindak balas ini menghasilkan bahan bergas, tetapi ia boleh dimeluwapkan dalam suhu -30 °C. Ia boleh ditulenkan dengan penyulingan berperingkat atau pemeluwapan selektif dengan satu talian vakum.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.