Xenotransplan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Xenotransplan adalah pemindahan sel, tisu dan organ hidup di antara dua spesis yang berlainan seperti di antara haiwan dan manusia. Xenotransplan sel tunjang adalah kaedah rawatan pemindahan sel induk daripada haiwan kepada manusia dan ia telah mula digunakan sejak Perang Dunia Kedua lagi. Lebih 5 juta orang telah menggunakan kaedah ini sejak lebih kurang 70 tahun lalu sehingga kini. Bagaimanapun, kaedah ini gagal berkembang ke seluruh dunia akibat diabaikan institusi penyelidikan di kebanyakkan negara.

Berbanding denagan kaedah pemindahan sel tunjang dari darah tali pusat atau dari sel janin manusia, xenotransplan sel tunjang menggunakan sel yang diambil dari janin arnab, mengikut jenis yang diperlukan untuk rawatan khusus setiap pesakit. Untuk rawatan ini, sel dari ikan lumba-lumba adalah pilihan terbaik memandangkan kesesuaian genetik di antara haiwan itu dengan manusia. Namun begitu, keputusan untuk menggunakan sel dari arnab adalah lebih bersesuaian kerana haiwan itu lebih cepat membiak dan lebih senang dijaga di samping kurang tentangan dari kumpulan pencinta haiwan.

Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan kaedah zenotransplan sel tunjang ialah: