xxxHolic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
XxxHolic
XxxHOLiClogo.jpg
Logo siri xxxHolic
xxxホリック
(Horikku)
Genre Seinen, Fantasi, Ghaib,
Manga
Pengarang Clamp
Penerbit Jepun Kodansha
Penerbit Lain

Brazil Editora JBC
Perancis Pika Éditions
Sepanyol Norma Editorial
Mexico Editorial Vid
United Kingdom Tanoshimi
Itali Star Manga

Sweden Carlsen Comics
Demografik Seinen
Anime
xxxHolic - A Midsummer Night's Dream
Pengarah Tsutomu Mizushima
Studio Production I.G
Dilesenkan oleh Amerika Syarikat FUNimation Entertainment
Dikeluarkan pada 20 Ogos, 2005
Anime
Pengarah Tsutomu Mizushima
Studio Jepun Production I.G
Dilesenkan oleh Amerika Syarikat FUNimation Entertainment
Penyiaran Asal TBS (Tokyo Broadcasting System)
Dikeluarkan pada 6 April, 200628 September, 2006
Episod 24
Novel
xxxHolic: Another Holic Landolt-Ring Aerosol
Pengarang Nisio Isin
Penerbit Kodansha
Anime
xxxHolic: Kei
Pengarah Tsutomu Mizushima
Studio Jepun Production I.G
Penyiaran Asal TBS (Tokyo Broadcasting System)
Dikeluarkan pada 3 April, 200826 Jun, 2008
Episod 13
Video animasi original
Pengarah Tsutomu Mizushima
Studio Production I.G

xxxHolic (disebut sebagai -holic seperti sebutan alcoholic, xxx merupakan pemboleh ubah) ialah sebuah siri manga seinen dirancang dan dibentangkan oleh Clamp. Siri ini telah disirikan dalam majalah KC Deluxe Young Magazine Kodansha secara berkala sejak tahun 2003 dan kini diterbitkan di Amerika Syarikat oleh Del Rey Manga.

Filem animasi berjudul xxxHolic: A Midsummer Night's Dream telah dikeluarkan di Jepun pada 20 Ogos 2005. DVD filem tersebut dikeluarkan pada 24 November 2006 dan diteruskan oleh sebuah siri animasi TV yang mula disiarkan menerusi rangkaian TBS (Tokyo Broadcasting System) pada 6 April, 2006 di Jepun. Filem dan siri animasi TV xxxHolic masing-masing telah dilesenkan di Amerika oleh FUNimation. Sebuah siri animasi TV musim kedua berjudul xxxHolic: Kei telah mula disiarkan pada 3 April 2008 sehingga 26 Jun 2008.

Di penghujung musim keduanya, sebuah episod khas telah diumumkan untuk keluaran DVD sahaja, disahkan untuk disertakan bersama-sama jilid ke-14 siri manganya pada 16 Januari, 2009.

Serupa dengan pengumuman kepada penerbitan siri kembarnya iaitu Tsubasa: Reservoir Chronicle berbulan-bulan awalnya, tepat pada 28 April, 2008, dalam bab ke-157 sebelum bermulanya cuti lima minggu, xxxholic diumumkan akan mendekati penghujung ceritanya.

Ringkasan plot[sunting | sunting sumber]

Kimihiro Watanuki ialah seorang pelajar sekolah menengah yang sentiasa diganggu oleh yōkai, iaitu makhluk-makhluk halus yang tertarik kepadanya. Makhluk-makhluk ini tidak dapat dilihat manusia lain dan pertemuan dengan mereka membawa kepayahan kepadanya. Namun, apabila Watanuki terserempak sebuah kedai yang dapat memakbulkan sebarang hajat dan keinginan, kejadian dalam kehidupannya sah menjadi lebih luar biasa.

Kedai tersebut dimiliki oleh Yūko Ichihara, seorang perempuan ahli sihir yang cantik dan penuh misteri, terkenal dengan beberapa nama oleh golongan tertentu. Yūko menawarkan bantuan untuk menghalau makhluk-makhluk halus yang seringkali menggangu Watanuki, namun dengan bayaran khas, iaitu, menurut Yūko, haruslah mempunyai nilai yang setaraf dan serupa; sebagai bayaran, Watanuki menjadi pembantu sambilan Yūko di kedainya.

Tugas Watanuki terdiri daripada kerja-kerja suruhan yang membabitkan perkara-perkara ghaib dan kerja-kerja harian di rumah. Gadis yang diminati Watanuki, iaitu Himawari Kunogi, dan "lawannya," iaitu Shizuka Dōmeki, seringkali menyertainya dalam tugasan yang dijalankan seperti yang diminta oleh Yūko. Mereka bertiga menjadi rapat meskipun Watanuki tidak menyenangi kehadiran Dōmeki.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

  • Kimihiro Watanuki (四月一日 君尋 Watanuki Kimihiro?) ialah seorang pelajar sekolah menengah biasa yang tinggal bersendirian. Watanuki bersifat realistik dan tidak mementingkan diri, tetapi juga sangat menyakitkan hati, lebih-lebih lagi jika disandarkan dengan perintah-perintah Yūko dan perangai Dōmeki yang selalu sahaja kelihatan tabah. Watanuki mula bekerja untuk Yūko sebagai ganti kepada permintaannya kepada wanita tersebut; iaitu menghilangkan makhluk-makhluk halus daripada pandangannya selama-lamanya. Meskipun dia tidak menyukai kebolehannya itu, Watanuki seringkali membantu mereka yang dijumpanya disebabkan kuasanya, meskipun tugas yang diberikan kepadanya tidak memerlukannya berbuat demikian. Berbeza dengan Dōmeki dan Himawari, Watanuki tidak pernah dilihat mempunyai kawan di sekolah; selain itu, Yūko juga pernah mengusiknya dengan mengatakan dia tidak popular.
  • Yūko Ichihara (壱原 侑子 Ichihara Yūko?) ialah seorang ahli sihir perempuan yang sangat kuat, seringkali terkenal dengan kebolehannya menghantar manusia ke dimensi dan era lain, serta kuasanya untuk memakbulkan apa sahaja yang dihajatkan oleh manusia tetapi dengan bayaran yang setimpal. Yūko mengenali ramai manusia dan makhluk lain, termasuklah Clow Reed yang bekerjasama dengannya mencipta Mokona-Mokona. Meskipun bersikap kurang matang dan tidak serius kebanyakan masanya, Yūko boleh juga bersikap arif dan serius pada keadaan-keadaan tertentu.
  • Shizuka Dōmeki (百目鬼 静 Dōmeki Shizuka?) ialah rakan sekelas Watanuki dan "lawannya" yang tidak berbalas. Dōmeki merupakan ahli dalam kelab memanah sekolah dan seringkali mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Dia tinggal di sebuah kuil yang dimiliki oleh datuknya yang telah meninggal dunia. Personaliti Dōmeki adalah antonim kepada personaliti Watanuki, kerana dia selalunya bersifat tenang dan gemar menyindir. Dōmeki memiliki kebolehan untuk menghalau makhluk-makhluk halus jahat dan kekebalan terhadap kebanyakan sumpahan, mungkin sekali disebabkan darah dagingnya dan bagaimana dirinya diasuh dan dibesarkan di sebuah kuil.
  • Himawari Kunogi (九軒 ひまわり Kunogi Himawari?) ialah gadis yang digila-gilakan oleh Watanuki. Himawari bersikap penyayang dan baik hati, tetapi membawa malang kepada sesiapa sahaja yang berhubungan dengannya, kecuali ibu bapanya dan Dōmeki.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Sebuah adaptasi filem berjudul xxxHolic: A Midsummer Night's Dream (劇場版 xxxHOLiC 真夏ノ夜ノ夢 Gekijōban Horikku - Manatsu no Yoru no Yume?), di mana tajuknya diambil sempena A Midsummer Night's Dream oleh William Shakespeare, telah ditayangkan pada 20 Ogos, 2005.

Yūko Ichihara, seperti yang dilihat dalam tayangan filem xxxHolic.

Di dalam adaptasi filemnya, Yūko menerima jemputan daripada seorang wanita untuk membantunya kembali ke rumah agamnya yang, di atas sebab-sebab tertentu, telah menghalangnya daripada masuk. Yūko berkata bahawa Watanuki yang harus bertanggungjawab melaksanakan permintaan wanita tersebut disebabkan dialah yang membawa pelanggan itu kepadanya, lalu membawa remaja tersebut bersamanya. Dōmeki juga turut ikut sama untuk membantu. Yūko menghadirkan dirinya bukan sahaja untuk melaksanakan permintaan pelangganya, tetapi juga kerana dia dijemput menghadirkan diri ke rumah agam yang merupakan tempat perjumpaan para pengumpul terkenal yang juga dijemput dengan surat jemputan yang sama. Di dalam rumah agam tersebut terdapat bilik-bilik aneh dan surat penuh misteri, mengarahkan mereka melakukan perkara-perkara tertentu, sekaligus memainkan peranan sebagai hos perjumpaan tersebut. Meskipun para pengumpul beranggapan bahawa sedang berlangsungnya sebuah jualan lelong misteri seperti di dalam sebuah lagenda bandar, sebaliknya keadaan menjadi semakin jelas bahawa sesuatu yang penuh dengan muslihat dan niat jahat sedang berlaku disekeliling mereka. Satu demi satu para pengumpul di situ menghilangkan diri dan beberapa kejadian pelik berlaku sepanjang malam itu. Motif sebenar disebalik jemputan-jemputan itu haruslah dikenalpasti jika Yūko dan yang lain ingin menjawab persoalan misteri di rumah agam tersebut.

Filem ini telah dipilih dalam pencalonan terakhir untuk Annecy International Animated Film Festival 2006 yang berprestij dalam kategori Feature Films disamping empat pencalonan lain: Asterix and the Vikings, Origin: Spirits of the Past, Wallace and Gromit, dan pemenang anugerahnya, Renaissance.

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Musim pertama adaptasi anime TV siri xxxHolic mula disiarkan di saluran TBS pada 6 April, 2006 di Jepun dan tamat pada 28 Disember, 2006, mengandungi 24 buah episod keseluruhannya. Adaptasi filem dan siri anime TV xxxHolic masing-masing diarahkan oleh Tsutomu Mizushima. Ageha Ohkawa, iaitu pengarah Clamp dan penulis skrip utama, merupakan penerbit eksekutif siri anime televisyennya. Disebabkan perbezaan penglesenan studio siri animenya, plot xxxHolic adalah tidak selengkap plot versi manganya, di mana rujukan terhadap siri Tsubasa: Reservoir Chronicle dan Cardcaptor Sakura dikeluarkan (meskipun tongkat sakti Sakura daripada CCS dan tongkat Fay daripada siri Tsubasa dapat dilihat dalam episod 18 semasa Watanuki berada di dalam bilik stor, dan tongkat Fay pula juga dilihat dalam episod 8, digunakan sebagai pemukul hamparan).

Musim keduanya pula, berjudul xxxHolic: Kei (xxxHOLiC◆継 Horikku - Kei?), mula disiarkan pada 3 April, 2008 di Jepun. Sejumlah 13 buah episod akan ditayangkan. Kakitangan utama serta para pelakon suara latar dikekalkan seperti dalam musim pertama[1]. "Kei", 継 (けい / ケイ?) dalam bahasa Jepun membawa maksud "sambungan" dalam konteks ini. Dalam bab 154 keluaran manga xxxHolic, terdapat sebuah bahagian yang menawarkan kepada para pembaca preview kepada musim kedua siri animenya. Segmen ini menunjukkan episod-episod yang berhubungan dengan babak-babak dalam versi anime dan manganya, misalnya seperti babak Dendam Labah-labah, Kohane Tsuyuri dan Haruka.

Musim pertama anime xxxHOLiC telah bersehaluan dengan plot manga sirinya, manakala xxxHOLiC Kei mengandungi beberapa episod yang telah bertumpu terhadap latar belakang sesetengah babak yang lebih kecil di dalam manga xxxHOLiC. Perubahan yang paling ketara yang muncul dalam xxxHoLiC Kei dan perbandingannya dengan latar masa manganya merupakan babak Kohane Tsuyuri, di mana wataknya diperkenalkan lebih awal di dalam animenya serta dia mampu memasuki kedai Yūko tanpa memiliki sebarang hajat. Dalam episod kesepuluh siri animenya, babak ini telah ditutup dan berakhir, di mana Kohane berjaya mengatasi perbezaannya dengan ibunya dengan sendirinya manakala di dalam manga peranan Kohane masih lagi aktif di dalam keluarannya yang terkini.

Dalam episod ketujuh daripada xxxHoLiC Kei, hubungan bersama siri OVA Tsubasa Tokyo Revelations dilihat melalui penggunaan bekas-bekas air yang juga digunakan untuk mengisi takungan simpanan bawah tanah di dalam Tokyo Government Building.

Novel[sunting | sunting sumber]

xxxHolic: Another Holic Landolt-Ring Aerosol, sebuah novel berdasarkan siri asalnya, karya Nisio Isin, diterbitkan di Jepun pada bulan Ogos, 2006. Bab pertama novel ini menjadi plot asas kepada episod 17 siri animenya. Del Rey telah mengumumkan bahawa mereka akan mula menerbitkan novel tersebut dalam bahasa Inggeris pada tahun 2008.[2]

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Tema-tema[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada peranan siri xxxHolic adalah untuk menggabungkan karya-karya Clamp, justeru dengan ini, sesetengah tema yang berulangan daripada karya-karya lepas disertakan dengan jelas.

Salah satu tema berulangan ini dapat dilihat dalam tumbesaran serta perubahan dalam diri Watanuki, akibat daripada pengalamannya berjumpa dengan seorang individu. Menurut seorang penilik nasib dalam jilid kedua, Yūko merupakan individu yang akan mengubah kehidupan Watanuki. Namun begitu, suatu pembayang diberikan di mana dia akan dikaitkan kepada Yūko dan Dōmeki, serta setiap perhubungan mereka telah diramalkan.

Baru-baru ini dalam ceritanya, menambah kepada perubahan tema, terdapat suatu rujukan terhadap X/1999, sambil Yūko berkata sesuatu yang serupa kepada apa yang dikatakan oleh Kakyou Kuzuki pada satu bahagian dalam cerita sirinya: "Untuk mengubah dunia ini, kamu harus mengubah dirimu sendiri".

Tema lain termasuklah konsep hitsuzen (必然?), asalnya diperkenalkan oleh Yūko sendiri. Hitsuzen tidak mempunyai sebarang penterjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu (termasuklah bahasa Inggeris, mengakibatkan Del Rey menggunakan istilah bahasa Jepunnya apabila ia muncul dalam Tsubasa atau xxxHolic), namun boleh diekstrak seterusnya dijelaskan sebagai merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dielakkan, takdir, atau nasib.

Menterjemah hitsuzen sebagai "takdir" tidaklah tepat, tetapi di dalam konteks penceritaannya, "takdir" ditekankan sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan berkekalan, memberi idea bahawa sesiapa yang dikunci oleh takdir adalah sekadar bonekanya sahaja. Sebaliknya, hitsuzen merupakan idea di mana sesuatu tindakan itu adalah tidak boleh dielakkan kerana tanpa tindakan tersebut, kejadian-kejadian lain yang berhubungkait dengannya pada masa hadapan tidak akan berlaku. Justeru, setiap keputusan dan tindakan adalah berkaitan dengan satu sama lain, dan sesuatu yang berlaku "secara kebetulan" tidak mungkin berlaku, sebaliknya hanya hitsuzen sahaja yang wujud.

Hitsuzen pernah disebut dalam siri Cardcaptor Sakura oleh watak Kaho Mizuki apabila dia mengatakan "tidak pernah berlakunya sesuatu secara kebetulan, hanyalah hitsuzen"[3]. Penterjemahan bahasa Inggeris yang lain terhadap istilah tersebut telah mengaitkan hitsuzen dengan "sesuatu yang tidak boleh dielakkan" ataupun inevitability. Ia juga boleh diterjemah sebagai suatu bentuk keazaman atau konsep kesan rama-rama yang lebih pro-aktif. Mungkin juga ia boleh diterjemah daripada campuran konsep-konsep tersebut.

Sebuah tema yang wujud dalam dunia xxxHolic dan terbitan-terbitan Clamp yang lain boleh dilihat dalam jilid pertama sirinya. Apabila Watanuki memperkenalkan dirinya kepada Yūko, dia memberi nama sebenarnya sebagai tanda hormat yang biasa dilakukan. Disebabkan namanya juga merupakan rujukan yang menonjol kepada tarikh hari lahirnya (1 April, dikongsi juga oleh Sakura Kinomoto daripada Cardcaptor Sakura dan kewujudannya semula bersama-sama Syaoran dalam Tsubasa: Reservoir Chronicle), Watanuki secara tidak langsung telah memberi Yūko dua maklumat penting tentang dirinya yang akan memberi orang lain keupayaan untuk mencungkil segalanya tentang dirinya (berdasarkan tarikh hari jadinya) serta mengawal takdirnya (berdasarkan namanya).

Tema ini juga pernah muncul dalam Tokyo Babylon, di mana Subaru Sumeragi telah melakukan kesilapan yang serupa dengan mendedahkan tarikh lahir sebenarnya kepada Seishirō Sakurazuka.

Hubungan dengan siri lain[sunting | sunting sumber]

Membabitkan Clamp[sunting | sunting sumber]

Satu faktor penting dalam xxxHolic adalah hubungan sirinya dengan siri-siri manga Clamp lain; kebanyakan daripada watak-watak Clamp diluar siri xxxHolic muncul di dalam manga siri tersebut. Dalam Bab 3, Yūko memberitahu Watanuki tentang seorang gadis yang tinggal di dunia bersama-sama teman lelakinya, iaitu Sakura Kinomoto, watak protagonis dalam siri Cardcaptor Sakura. Dalam bab ke-12 dan ke-13, watak-watak daripada Tsubasa: Reservoir Chronicle, karya Clamp yang lain, muncul buat pertama kalinya. Watak xxxHolic Yūko Ichihara pula pernah muncul di dalam sebuah bab dalam siri Tsubasa. Dalam bab ke-13, Watanuki berjumpa dengan Mokona di mana Yūko jelaskan sebagai sesuatu yang dicipta menggunakan model yang sama daripada Mokona asal dalam Magic Knight Rayearth. Dalam Bab ke-8, apabila Watanuki keluar menuju ke sebuah kedai ubat, dia berjumpa dengan Kazahaya dan Rikuo, watak-watak daripada Legal Drug. Seorang rakan penilik nasib Yūko juga muncul dalam Kobato dan juga dalam Bab ke-16 siri xxxHolic, meskipun perempuan tua itu mempunyai peranan yang lebih besar dalam xxxHolic. Tambahan pula, pelbagai jenis barangan, seperti fonkepala yang berbentuk seperti telinga Persocom (daripada siri Chobits), ataupun tongkat sakti Sakura daripada Cardcaptor Sakura, serta buku pertama yang dibaca Chi dalam Chobits masing-masing telah membuat kemunculan mereka. Hubungan di antara siri lain dengan sirinya sendiri adalah salah satu tumpuan utama siri xxxHolic, di mana kedua-dua siri iaitu Tsubasa dan xxxHolic seringkali dikaitkan dan melintasi siri masing-masing.

Selain itu, Yūko juga membuat rujukan terhadap watak-watak lain daripada karya-karya lain kumpulan Clamp namun jarang menyebut nama mereka.

Clamp telah menyatakan bahawa Tsubasa serta xxxHolic telah direka untuk "mengikat" kisah karya-karya mereka bersama, namun tetap bersehaluan dengan kisah mereka sendiri.

Tidak membabitkan Clamp[sunting | sunting sumber]

Siri-siri anime dan manga yang bukan dihasilkan oleh Clamp seringkali juga dirujuk oleh beberapa watak, terutamanya Yūko. Siri-siri tersebut selalunya merupakan siri anime atau manga yang lama.

Dalam bab ke-6, Yūko menggunakan sebatang pen untuk menulis Zantetsuken (Pedang yang Memotong Besi) pada sebatang pemukul besbal. Kemudiannya Yūko melakukan beberapa gaya dan aksi lalu membelah sebuah komputer riba yang berakhir dengan ayat trademark Goemon Ishikawa daripada Lupin III oleh Monkey Punch. Rujukan-rujukan lain termasuklah Urusei Yatsura oleh Rumiko Takahashi dalam bab 46, dll.

Dalam episod 1 siri anime musim keduanya, xxxHolic Kei, Yūko dilihat sedang membaca sebuah keluaran majalah Ookiku Furikabutte, iaitu majalah manga besbal. Dalam babak yang lebih awal lagi pada episod tersebut, penghuni kedai serta Yūko sendiri sedang menonton permainan besbal, di mana pemain besbal dilihat memakai pakaian seragam seperti watak-watak dalam manganya; dalam episod ketiga pula Maru dan Moro sedang bermain dengan Tachikoma plamo, iaitu labah-labah mecha daripada siri Ghost in the Shell: Stand Alone Complex dan Yamamoto battleshp, kedua-duanya dicipta oleh Yūko sambil menunggu kepulangan Watanuki. Francais Ghost in the Shell: Stand Alone Complex dan versi anime xxxHolic masing-masing diterbitkan oleh Production I.G.

Dalam episod ke-4 siri anime xxxHolic Kei, Yūko dilihat memegang sebuah keluaran majalah Weekly Young Magazine (yang merupakan manga di mana xxxHolic manga disirikan).

Media[sunting | sunting sumber]

Buku-buku[sunting | sunting sumber]

Beberapa buah buku peminat telah diterbitkan di Jepun.

Lagu-lagu tema[sunting | sunting sumber]

Siri TV
  • Pembuka: "19-sai" (19才 Jūkyū-sai?) oleh Shikao Suga.
  • Penutup pertama (episod 1-13, 24): "Reason" oleh Fonogenico.
  • Penutup kedua (episod 14-23): "Kagerō" (蜉蝣-かげろう-?) oleh Buck-Tick.
Kei
Filem
  • Pembuka: "Sanagi ~Theme from xxxHolic the Movie~" (サナギ〜theme from xxxHOLiC the movie〜, sanagi bermaksud krisalis/kepompong) oleh Shikao Suga.

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Sebuah adaptasi permainan video oleh Marvelous Interactive[perlu rujukan] telah dikeluarkan untuk konsol PS2 di Jepun pada 9 Ogos 2007, berjudul xxxHolic: Watanuki no Izayoi Sowa (xxxHOLiC 四月一日の十六夜草話?) (meskipun ditulis sebagai "shigatsu tsuitachi", ia disebut sebagai "Watanuki").

Babak cerita[sunting | sunting sumber]

xxxHolic mengandungi banyak cerita dan kisah dalaman yang berbeza. Kisah-kisah ini dirujuk sebagai babak cerita atau story arcs. Babak-babak ini digunakan dalam sepanjang siri-siri anime dan manga Clamp yang berbeza, misalnya seperti Tokyo Babylon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Inggeris) Production I.G, Maklumat Penerbitan "xxxHolic musim kedua diumumkan!", 17 Ogos, 2007
  2. (Inggeris) Del Rey mengumumkan novel xxxHolic
  3. Toya: Tidak pernah berlakunya sesuatu secara kebetulan... Mizuki:...Hanyalah "hitsuzen." Cardcaptor Sakura, Episod 44

Pautan luar[sunting | sunting sumber]