Yaakob Sapari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr.

Yaakob Sapari
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
5 Disember 2018 – 4 Disember 2021
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
13 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N40 Kota Anggerik
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 8 Mei 2018
Didahului olehDatuk Ahmad Nawawi M. Zin BN
Digantikan olehNajwan Halimi
Majoriti
Butiran peribadi
Lahir (1961-08-14) 14 Ogos 1961 (umur 62)
Pontian, Johor
Parti politik PH-PKR
Pendidikan

Dr. Yaakob bin Sapari adalah ahli politik Malaysia dan kini adalah Senator Dewan Negara Malaysia.[1]

Dr. Yaakob memenangi percubaan pertama dalam kempen pilihan raya pada tahun 2008 sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), dalam gabungan Pakatan Rakyat yang mengalahkan Barisan Nasional buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya negeri Selangor. Pada tahun 2013, beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Kota Anggerik (N40).[2]

Pada tahun 2008, beliau juga diberi amanah menggalas jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor bagi portfolio Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Sepanjang penglibatan aktif Dr. Yaakob dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak tahun 1999, beliau telah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor dan Ketua Cabang PKR Shah Alam.

Selain itu, Dr. Yaakob menyumbang kepakaran beliau dalam bidang pertanian sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan juga menyumbang khidmat bakti beliau kepada golongan usahawan sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Usahawan Negeri Selangor.

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]