Yakovlev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Biro Rekabentuk A.S. Yakovlev
Industri Aeroangkasa dan pertahanan
Ditubuhkan 1934
Perancang utama Alexander Sergeevich Yakovlev
Produk Pesawat tentera
Laman web Yakolev

Biro Rekabentuk A.S. Yakovlev (singkatan pejabat rekabentuk Yak) merupakan pereka dan pengeluar pesawat di Rusia. Ia telah ditubuhkan pada 1934 oleh Alexander Sergeevich Yakovlev sebagai OKB-115 (Yakovlev memiliki kilang pengeluarannya sendiri di kemudahan №115), akan tetapi hari lahirnya dianggap pada 12 Mei 1927, hari di mana penebangan sulung pesawat AIR-1 yang dibangunkan oleh Jabatan Pesawat Ringan GUAP (Ketua Agensi Industri Penerbangan) di bawah pengawasan A.S. Yakovlev.

Semasa Perang Dunia II, Yakovlev telah mereka dan mengeluarkan designed barisan pesawat-pesawat pejuang yang terkenal.

Yakovlev telah bergabung dengan Kilang Penerbangan Smolensk pada Mac 1992 dan menjadi Syarikat Penerbangan Yak, walaubagaimanapun dua syarikat ini masih diuruskan secara berasingan. Ia kemudian diswastakan dan menjadi Perbadanan Pesawat Yak. Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan syarikat ini dengan Mikoyan, Ilyushin, Irkut, Sukhoi dan Tupolev sebagai syarikat baru bernama United Aircraft Building Corporation.[1]

Syarikat ini merupakan pereka bagi pesawat dron pengawasan Pchela (Bahasa Rusia: Пчела, "lebah") dan dipercayai merupakan pesawat pejuang berenjin jet yang paling berjaya semasa selepas era Perang Dunia II.

Nama Yakovlev biasanya digunakan di negara-negara Barat, tetapi di Rusia namanya diringkaskan sebagai Yak (Bahasa Rusia: Як) sebagai sebahagian daripada nama pesawat.

Senarai pesawat[sunting | sunting sumber]

Yak-11 dari Tentera Udara Poland.
Pesawat latihan Yak-130

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Russian Aircraft Industry Seeks Revival Through Merger." The New York Times. February 22, 2006.
  • A book by A.T.Stepanets. Yak Fighters in WWII [ISBN 5-217-01192-0] (in Russian)
  • Степанец А.Т.- Истребители "Як" периода Великой Отечественной войны. Справочник. - М.: Машиностроение, 1992. - 224 с.: ил:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]