Yaksa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yaksa (Sanskrit: यक्ष yakṣa)[1] adalah gelaran bagi sebuah golongan besar semangat alam yang lazimnya bersifat baik dan merupakan penjaga khazanah alam yang tersembunyi di dalam tanah dan akar-akar pokok.[2] Yaksa terdapat dalam kesusasteraan Hindu, Jain dan Buddha.[2] Istilah tersebut juga terdapat dalam bentuk betina iaitu yaksi (यक्षी yakṣī)[3] atau yaksini (yakṣiṇī, यक्षिणी).[4]

Yaksa Mathura, abad pertama-kedua Masihi

Menurut sastera Hindu, Jain, dan Buddha, yaksa terdiri daripada yang baik dan yang jahat. Yaksa yang baik merupakan semangat alam yang tidak mengganggu, dikaitkan dengan hutan dan gunung, sementara yaksa jahat adalah umpama hantu yang menangkap dan memakan kelana di tengah hutan, seperti mana raksasa.

Contohnya, dalam sajak Meghadūta oleh Kālidāsa, si yaksa tukang cerita adalah watak romantis yang rindu akan kekasihnya yang menghilang. Sebagai perbandingan, dalam dialog didaktik Hindu yang berjudul Yakṣapraśnāḥ atau "Persoalan Yaksa", si yaksa merupakan dewa pengasuh tasik yang mencabar Yudhiṣṭhira. Barangkalinya yaksa pada mulanya adalah dewa-dewi pengasuh hutan dan kampung yang kemudian dianggap sebagai dewa-dewi pengawas tanah dan segala khazanah di bawahnya.

Dalam kesenian India, yaksa jantan digambarkan sebagai pahlawan yang garang atau orang kerdil berbadan bulat dan gempal. Yaksa betina atau yaksini pula dilukiskan sebagai gadis-gadis jelita yang berwajah bulat serba ceria dengan payudara dan pinggul yang berisi.

Yaksa dalam agama buddha[sunting | sunting sumber]

Wajah yaksa di sebuah kuil di Bangkok

Dalam kesusasteraan Buddha, yaksa adalah pengiring kepada Vaiśravaṇa si Penjaga Rumah Utara, dewa mulia yang melindungi yang golongan salih. Yaksa juga bermaksud Dua Belas Panglima Syurga yang melindungi Bhaiṣajyaguru si Buddha Perubatan.

Thailand[sunting | sunting sumber]

Yaksa (Bahasa Thai: ยักษ์, Yak) adalah satu unsur penting dalam seni kuil Thailand.[5] Yaksa sering didapati sebagai penjaga pintu kuil Buddha di seluruh negara sejak selewat abad ke-14. Arca-arca yaksa seramik dihasilkan ke Thailand, sejak zaman-zaman Sukhothai dan Ayutthaya pada abad-abad ke-14 hingga ke-16, di kompleks-kompleks tanur yang terletak di Thailand Utara.[6] Yaksa lazimnya digambarkan dengan mata besar tersembul, gigi taring jongang dan wajah yang serba hijau. Yaksa dan yaksini sering disebut dalam kesusasteraan Buddha dari Thailand. Dalam bentuk bota dan gergasi, yaksa juga popular dalam cerita rakyat Thai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Antara istilah-istilah sama makna dalam bahasa-bahasa lain: Bahasa Pali: यक्ख yakkha, (Untuk yakkha sebagai "rare use in Pali" rujuk Franklin Edgerton, Buddhist Hybrid Sanskrit Grammar and Dictionary, vol. 2., Motilal Banarsidass, First Edition, 1953, p. 442.) Tamil: யக்கர், Bahasa Kannada: ಯಕ್ಷ, Bahasa Thai: ยักษ์ yak, Vietnam: dạ xoa, Cina: 夜叉 yèchā atau 藥叉 yàochā, Korea: 야차/夜叉 yacha, Jepun: 夜叉 yasha, Bahasa Burma: ဘီလူး [bìlú], Bahasa Tibet: གནོད་སྦྱིན་ gnod sbyin
  2. ^ a b "yaksha". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2007-07-15accessdate=2007-07-15. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ Untuk यक्षी sebagai bentuk betina यक्षः see V. S. Apte, The Practical Sanskrit-English Dictionary, ms. 776.
  4. ^ Untuk yakṣiṇī (यक्षिणी) sebagai istilah Sanskrit yang umum buat yaksa betina, dan yakṣaṇī sebagai varian Buddha, rujuk Franklin Edgerton, Buddhist Hybrid Sanskrit Grammar and Dictionary, vol. 2., Motilal Banarsidass, First Edition, 1953, ms. 442.
  5. ^ Thai temples
  6. ^ Samuel P. Harn Museum of Art, Gainesville, Florida