Yang Dipertua Dewan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara.

Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti berikut:-

  • bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin;
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalaha

Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah YB Tan Sri. Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh

Senarai Yang Dipertua Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Yang Di-Pertua Dewan Negara:-

Yang Di-Pertua Tempoh Perkhidmatan
Dato' Haji Abdul Rahman Mohd Yassin 11 September 1959 - 31 Disember 1969
Tuan Syed Sheh bin Syed Hassan Barakhah 27 Januari 1969 - 05 Februari 1969
Dato' Haji Mohamad Noah Omar 24 Februari 1969 - 28 Julai 1970
Tan Sri Haji Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan 20 Februari 1971 - 22 Februari 1973
Tun Datuk Haji Omar Ong Yoke Lin 23 Februari 1973 - 31 Disember 1980
Tan Sri Ismail Khan 05 Januari 1981 - 13 April 1985
Tan Sri Datuk Benedict Stephens 15 April 1985 - 11 April 1988
Tan Sri Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datu Hakim Abang Haji Mohideen 11 Julai 1988 - 09 Julai 1990
Tan Sri Dato' Chan Choong Tak 17 Disember 1990 - 31 Mac 1992
Tan Sri Dato' Vadiveloo a/l Govindasamy 13 April 1992 - 12 Jun 1995
Dato' Adam Kadir 13 Jun 1995 - 30 November 1996
Tan Sri Dato' Haji Mohamad Ya'acob 10 Disember 1996 - 05 Disember 2000
Tan Sri Dato' Michael Chen Wing Sum 07 Disember 2000 - 11 April 2003
Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh 07 Julai 2003 - 06 Julai 2009
Dato' Ir Wong Foon Meng 07 Julai 2009 - 12 April 2010
Tan Sri Abu Zahar Ujang 26 April 2010 - kini

Lihat juga[sunting | sunting sumber]