Yang di-Pertua Dewan Rakyat
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia ialah pengerusi majlis (speaker) setiap kali persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen. Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).
Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari Barisan Nasional. Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-8 dan tidak mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah. Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong-BN) dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee (Beluran-BN).
Tugas[sunting]
Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:
- mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar
- megatur debat seupaya tidak menyimpang dari isu-isu yang dibahaskan
- membuat keputusan mengenai Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
- memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima.
Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.
Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.
Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia dari tahun 1959[sunting]
| Yang di-Pertua Dewan Rakyat | |||||
| Nama | Parti | Mula | Tamat | Tempoh | |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar | Perikatan | 1 September 1959 | 29 Februari 1964 | 4 tahun 5 bulan 28 hari |
| 2 | Dato' Syed Esa bin Alwee | Perikatan | 18 Mei 1964 | 24 November 1964 | 6 bulan 6 hari |
| 3 | Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman | Perikatan | 25 November 1964 | 3 November 1974 | 9 tahun 11 bulan 8 hari |
| 4 | Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud | BN | 4 November 1974 | 20 Disember 1977 | 3 tahun 1 bulan 15 hari |
| 6 | Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail | BN | 9 Januari 1978 | 16 Mac 1982 | 4 tahun 2 bulan 7 hari |
| 7 | Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail ** | BN | 14 Jun 1982 | 14 Oktober 2004 | 12 tahun 4 bulan |
| 8 | Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib | BN | 22 November 2004 | 27 April 2008 | 3 tahun 7 bulan 5 hari |
| 9 | Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia | BN | 28 April 2008 | ||
* menjawat jawatan sebelum Hari Malaysia
*** mula menjawat jawatan sebagai wakil rakyat Parti Perikatan kemudiannya BN
** meninggal dunia dalam jawatan