Yang di-Pertua Negeri Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Melaka. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Melaka sebagaimana Perlembagaan Negeri Melaka.

Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Melaka tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka. Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.


Rujukan [sunting]