Yang di-Pertuan Negara Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang di-Pertuan Negara Singapura
GelaranTuan Yang Terutama Paduka Yang Mulia
Bidang kuasaNegeri Singapura Edit the value on Wikidata
KediamanIstana Negara Singapura
Dibentuk3 Jun 1959
Dimansuhkan1965 Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang di-Pertuan Negara Singapura atau secara rasminya ketua negara merupakan gelaran yang digunakan di Singapura antara tahun 1959 sehingga kemerdekaan negara itu pada tahun 1965. di-Pertuan Negara di ganti nama kepada Presiden.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1959, menyusul semakan perlembagaan Singapura, yang mengakui pemerintahan mandiri Singapura, kedudukan istiadat Yang di-Pertuan Negara menggantikan jawatan Gabenor Singapura. Dibawah aturan peralihan, gabenor terakhir Singapura, Sir William A.C. Goode, menjawat sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura yang pertama, dari 3 Jun sehingga 3 Disember 1959. Dia digantikan oleh Tun Yusof Ishak, yang mengangkat sumpah pada hari yang sama dengan diterimanya bendera, lambang, dan lagu kebangsaan.

Gelaran itu dipertahankan ketika Singapura menjadi negeri ke-14 Malaysia pada 1963, namun pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia untuk menjadi negara republik yang merdeka. Pada 22 Disember pada tahun yang sama, perlembagaan dipinda, mengubah gelaran Yang di-Pertuan Negara Singapura menjadi Presiden dengan dikuatkuasa berlaku dari tanggal kemerdekaan.

Senarai Gabenor[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah Gabenor Singapura dari 1959 sehingga Merdeka 1965, antaranya;

# Nama Tempoh berkhidmat
Mula Tamat
1 Sir William A.C Goode 3 Jun 1959 3 Disember 1959
2 Tun Yusof Ishak 3 Disember 1959 9 Ogos 1965

Lihat juga[sunting | sunting sumber]