Yankee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah Yanki (bahasa Inggeris: Yankee dan kadang-kadang diringkaskan sebagai Yank) mempunyai beberapa makna berkait selalunya merujuk kepada seseorang dari Utara Amerika Syarikat. Di dalam Amerika Syarikat, maknanya pelbagai. Asalnya, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada penduduk New England seperti yang digunakan Mark Twain dalam karyanya A Connecticut Yankee in King Arthur's Court. Semasa dan selepas Perang Saudara Amerika, maknanya berkembang termasuk mana-mana penduduk utara atau penduduk di negeri yang berada dalam Kesatuan dan termasuk siapa saja dari timur laut AS.