Yap Tjwan Bing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yap Tjwan Bing ialah pejuang kemerdekaan Indonesia, serta juga salah satu anggota Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) dan Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI).

Yap yang memiliki ijazah Sarjana Farmasi bertugas sebagai ahli farmasi dan pensyarah, serta juga merupakan anggota Dewan Kurator Institut Teknologi Bandung. Apabila pemimpin-pemimpin Tionghoa dipenjarakan oleh pemerintah Jepun semasa Perang Dunia II, Yap mengambil alih sebagai ketua Persatuan Tionghoa Bandung. [1] Beliau juga menjadi pegawai tentera Jepun, bersama-sama orang Indonesia yang lain. Tujuan mereka bukannya untuk mengukuh pemerintahan Jepun tetapi untuk membantu mencipta sebuah angkatan tentera yang diharapkan mereka akan dapat mencapai kemerdekaan Indonesia yang kemudian berlaku pada tahun 1945. Selepas kemerdekaan, Yap menyertai Parti Nasional Indonesia, parti politik yang tertua di Indonesia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]