Yarrow Shipbuilders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yarrow Shipbuilders Limited (YSL) adalah sebuah syarikat limbungan kapal yang terbesar di United Kingdom. Sayrikat ini kini menjadi sebahagian daripada kumpulan BAE Systems Naval. BAe System juga memiliki limbungan Govan yang terletak berdekatan. Limbungan kapal Yarrow terletak di daerah Scotstoun di Glasgow di tebing Sungai Clyde.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini diasaskan oleh Alfred Yarrow (kemudiannya diangkat menjadi Sir Alfred Yarrow, 1st Baronet) dalam tahun-tahun 1870-an sebagai Yarrow & Company Limited. Pada asalnya syarikat ini beribu pejabat di London tetapi berpindah ke Scotstoun, Glasgow dalam tahun 1906. Syarikat Yarrow menjadi limbungan paling ulung dalam pembinaan kapal pembinasa dari permulaan syarikat tersebut sehinggalah Perang Dunia II. Yarrow membina kapal untuk Tentera laut Diraja British dan juga untuk negara-negara asing. Yarrow juga membina dandang, dan sejenis dandang tiub air yang dibangunkan oleh syarikat ini dipanggil sebagai dandang jenis Yarrow

Pemilikan Negara[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 197, kerajaan Buruh di bawah pimpinan James Callaghan meluluskan Akta Industri Kapal Terbang dan Pembinaan Kapal yang membolehkan kerajaan memiliknegarakan Yarrow Shipbuilders Limited dan menyatukan syarikat berkenaan dengan lain-lain limbungan kapal yang besar. Tetapi tindakan itu tidak berjaya dan syarikat yang dimiliknegarakan menghadapi kerugian besar.

Penswastaan Semula[sunting | sunting sumber]

Dalam bulan Mei 1979, Margaret Thatcher dilantik menjadi Perdana Menteri dan pentadbirannya memulakan Program Penswastaan. British Aerospace diswastakan semula dalam tahun 1981. Tetapi syarikat British Shipbuilder (syarikat induk yang memegang kepentingan di dalam syarikat-syarikat limbungan kapal) tidak dapat diswastakan dengan cepat, tetapi sebaliknya dijualkan satu persatu. YSL dijual kepada GEC-Marconi, satu syarikat di bawah syarikat GEC. Yarrow ditukar nama menjadi Marconi Marine (YSL). Dalam tahun 1999, Marconi electronic dijual kepada British Aerospace untuk mewujudkan BAE Systems. Marconi Marine bertukar menjadi Bae Systems Marine (YSL).

Yarrow Dan Malaysia[sunting | sunting sumber]

KD Hang Tuah dibina di Limbungan Yarrow
KD Rahmat kini sudah dilucut tauliah
KD Jebat dan Lekiu frigat paling moden milik TLDM

Syarikat ini mempunyai pertalian baik dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. 4 buah kapal frigat Tentera Laut Diraja Malaysia dibina oleh Yarrow Shipbuilders.

Kapal frigat F76 KD Hang Tuah seberat 2,300 adalah sebuah kapal yang dibina oleh Syarikat Yarrow. Kapal ini pada asalnya dibina untuk kerajaan Ghana tetapi tidak diambil terima oleh kerajaan tersebut. Kapal tersebut kemudiannya ditauliahkan sebagai F 76 HMS Mermaid dan ditugaskan di Timur Jauh. Dalam tahun 1971, Tentera Laut Diraja Malaysia membeli kapal ini dan ditauliahkan sebagai KD Hang Tuah bagi menggantikan kapal sebelumnya (juga dinamakan Hang Tuah ex-Loch Insh) yang sudah usang. Dalam tahun 2006, Kapal F76 KD Hang Tuah masih digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai sebuah kapal latihan untuk melatih pegawai kadet sementara KD Rahmat dilucutkan tauliah dalam tahun 2004.

Frigat F24 KD Rahmat (ex Hang Jebat) juga adalah kapal yang direka dan dibina oleh syarikat Yarrow Shipbuilders untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. KD Rahmat telah dilucutkan tauliah oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

F29 KD Jebat dan F30 KD Lekiu merupakan frigat terbaru digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, dan dibina oleh Yarrow Shipbuilders menggunakan reka bentuk Frigat Ringan Yarrow FS 2000. Dalam tahun 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Yarrow sekali lagi akan diberikan kontrak untuk membina dua buah frigat baru untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.