Yasmin Ahmad
| Lahir: | 7 Januari 1958 Muar, Johor, Malaysia |
| Meninggal dunia: | 25 Julai 2009 (umur 51) |
| Pekerjaan: | Pengarah filem, Penulis filem |
Yasmin Ahmad (7 Januari 1958 - Julai 25, 2009) merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.
Isi kandungan |
[sunting] Hasil kerja
[sunting] Filem
[sunting] Iklan Televisyen Petronas
[sunting] Merdeka
- Jegang (2006)
- Special Shoes (2005)
- From Madras (2004)
- Param's Bicycle (2003)
- Letchumi & Rokiah (2002)
- Bush (2000)
- Gossip (2000)
- Joke (2000)
- Boat Race (1999 & 2001)
- When I Watch TV (1999 & 2001)
- Local Hero (1998) juga dikenali sebagai Kasut Gombak
- Little Indian Boy (1996 & 1997)
[sunting] Millenium
- New Year Big Sleep (2000)
[sunting] Kongsi Raya
- Different World (1997)
- Lee Yan's Best Friend (1997)
- Friends Again (1996)
[sunting] Deepa Raya
- Dead Heroes (2004)
[sunting] Hari Raya
- Seven Sons (2003) arahan Osman Ali
- Beca Man (2002)
- The Prayer (2001) juga dikenali sebagai Ombak Jahat
- Umbrella (2000)
- No Charge (1999)
- Forgiving (1998)
[sunting] Tahun Baru Cina
- Grandma (2005)
- Once Were Rivals (2003)
- "Brudder" (2002)
- Little Stick (2001)
- Reunion (1999 & 2000)
[sunting] Deepavali
- Boys In The Hood (2003)
- Light (2002)
- I See (2000)
- You Are My Universe (1998 & 2001)
- Duelling Masseurs (1996, 1997 & 1999)
[sunting] Kematian
Pada 23 Julai 2009, Yasmin tiba-tiba pengsan ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3 . Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala. Cecair di kepala dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan disebabkan otaknya yang membengkak. Darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah. Rundingan diadakan dengan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) untuk menghasilkan filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum.[1]
Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.[2] Yasmin mempunyai darah tinggi dan mungkin menjadi punca beliau mendapat serangan angin ahmar.[3]
Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009, pukul 11.25 malam.[4]
Jenazah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada 12.40 tengah hari keesokannya.[5]
[sunting] Kontroversi
Beliau yang satu ketika dilabel sebagai pencermar budaya seringkali dilanda kontroversi. Beliau sering dikritik di dalam negara kerana memaparkan adegan yang dikatakan menyimpang dari hadis dan budaya Islam di Malaysia, seperti mencukur kepala wanita[6][7], sedangkan perbuatan itu bagi wanita dilarang walaupun sebagai ibadah, seperti selesai mengerjakan haji.
[sunting] Saluran Istimewa Astro
Astro memperkenalkan satu saluran istimewa yang di beri nama Yasmin Ahmad Dalam Kenangan melalui saluran 110 mulai 8 Ogos 2009 tepat 08:00 Malam dengan memaparkan hasil kerja allahyarhamah Yasmin Ahmad.
[sunting] Penghargaan Khas
[sunting] In Her Own Words
Kevin Bathman, rakyat Malaysia yang bermastautin di Australia ialah seorang pereka bentuk grafik yang pernah bertemu dengan allahyarhamah Yasmin Ahmad untuk 10 minit pada 1997. Terkesan dengan pertemuan tersebut, beliau yang merupakan peminat hasil kerja Yasmin melancarkan pameran dua puluh poster "In Her Own Words: A Celebration of Humanity and Universal Love". Ia merupakan hasil karya Kevin sendiri, bersandarkan kata-kata bernilai Yasmin yang dipetik dari blog dan media lainnya. Bersempena dengan ulangtahun pertama pemergian Yasmin Ahmad, pameran tersebut dirancang bertempat di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (5-18 Julai), The Arts House, Singapura (27-31 Ogos) dan ACMI (Australian Centre for Moving Image), Melbourne (2-6 Oktober) pada 2010.
[sunting] Rujukan
- ↑ Jenazah Yasmin Ahmad Selamat Dikebumikan
- ↑ "Yasmin Ahmad dikejar ke ICU", malaysiakini.com. 23 Julai 2009.
- ↑ Tiada Sebarang Perubahan Pada Yasmin
- ↑ Li Ee Kee. "Yasmin Ahmad Kembali Ke Rahmatullah", gua.com.my, 26 Julai 2009. Dicapai pada 26 Julai 2009.
- ↑ "Yasmin Ahmad selamat dikebumikan", Berita Harian, 26 Julai 2009.
- ↑ Malaysian filmmaker struggles with hardline Islam.
- ↑ Can a woman shave her head so that it will grow strong again after she had been ill?
[sunting] Pautan luar
- Blog Yasmin Ahmad: Yasmin the Storyteller
- Blog Yasmin Ahmad: Yasmin the Filmmaker
- Laman rasmi: In Her Own Words
|
|||||