Yasothon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yasothon
ยโสธร
frames
Ibu kota Yasothon
Gabernor Amnat Phakarat
(sejak 2005)
Keluasan 4,161.7 km2
Tangga ke-54
Jumlah
Penduduk
561,430 (2000)
Tangga ke-44
Kepadatan
Penduduk
135/km2
Tangga ke-29
ISO 3166-2 TH-35


Yasothon (Bahasa Thai: ยโสธร) ialah salah satu wilayah (changwat) Thailand yang terletak di timur laut negara ini. Wilayah-wilayah berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Mukdahan, Amnat Charoen, Ubon Ratchathani, Sisaket dan Roi Et.

Yasothon termasyhur untuk Perayaan Roket yang diadakan setiap tahun pada bulan Mei. Mula-mulanya merupakan upacara kesuburan, peristiwa ini telah menjadi perayaan tahunan yang utama di kawasan ini. Setiap sekolah di wilayah Yasothon melatih murid-muridnya untuk menari "Peun Muang", sebuah tarian tempatan yang tradisional supaya mereka dapat menyertai perayaan Roket.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Bahagian utara wilayah ini adalah dataran dengan bukit-bukau yang rendah, manakala bahagian selatannya adalah tanah pamah Sungai Chi, dengan banyak kolam dan paya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wilayah Yasothon ditubuhkan pada 1 Mac 1972 ketika wilayh ini dipisahkan daripada Ubon Ratchathani.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor Wilayah Yasothon menampilkan dua ekor singa yang berhadapan dengan chedi Pra A-non di kuil Wat Maha That yang terletak di kota Yasothon. Dua ekor singa ini merujuk kepada legenda pengasasan kota ini — ketika tapak untuk kota ini dipilih, seekor singa keluar daripada hutan. Oleh itu, kota ini digelarkan Ban Ta Singh yang bermaksud "Kota Singa".

Pada bahagian bawah mohor ini terdapat sekuntum bunga teratai. Bunga teratai merupakan bunga untuk kedua-dua wilayah Yasothon serta Ubon Ratchathani yang mana Yasothon merupakan sebahagian sehingga tahun 1972. Pokok Wilayah Yasothon ialah Anisoptera costata.

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Wilayah Yasothon dibahagikan kepada sembilan daerah (Amphoe) yang dibahagikan lagi kepada 78 buah komun (tambon) dan 835 buah desa.

  1. Mueang Yasothon
  2. Sai Mun
  3. Kut Chum
  4. Kham Khuean Kaeo
  5. Pa Tio
  1. Maha Chana Chai
  2. Kho Wang
  3. Loeng Nok Tha
  4. Thai Charoen

Pautan luar[sunting | sunting sumber]