Yayasan Basmi Kemiskinan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990 oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Muhammad bin Hj. Muhd. Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu, juga merupakan Pengasas YBK.

YBK diterajui oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, selaku Pengerusi sejak tahun 1990 dan dibantu oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Jemaah pengurusan diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz selaku Pengurus Besar sejak tahun 2018.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan.

Antara program-program YBK pada ketika ini adalah seperti Lindungan Kasih, Desa Kasih, Peningkatan Pendapatan dan pelbagai lagi. Sepanjang pelaksanaan di dekad 90an, ramai keluarga yang dibantu telah berjaya keluar daripada kemiskinan dan kini telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti pembangunan usahawan, dakwah orang asli, Sinar Kasih Ramadhan dan pelbagai lagi.

Misi, Visi dan Matlamat[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan YBK Yayasan Terulung, Mantap dan Berkesan Di Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Membantu membasmi kemiskinan di Malaysia melalui program pembangunan modal insan.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan kesejahteraan hidup kumpulan sasar melalui program-program pembasmian kemiskinan yang bersepadu.
  • Membangun sumber, kapasiti, teknologi, jaringan untuk melaksanakan program.
  • Membangun kepakaran YBK sebagai pusat rujukan NGO dalam membasmi kemiskinan.
  • Memperkasakan rangkaian rakan strategik, agensi kerajaan, dan media untuk mempertingkatkan keberkesanan YBK membasmi kemiskinan.
  • Bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksana program-program pembasmian kemiskinan global.
  • Menerapkan nilai-nilai perpaduan selaras dengan aspirasi pembinaan negara bangsa Malaysia melalui program-program YBK.
  • Merancang, melaksanakan dan memantapkan program sukarelawan YBK.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah[1][sunting | sunting sumber]

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang terkini adalah seperti berikut,

YBhg. Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib (Pengasas)[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato’ Seri Muhammad b. Muhd Taib dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kg. Manggis, Kalumpang. Berkahwin dengan Puan Sri Asbi Rohani Asnan.

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Inggeris Kuala Kubu Bharu (1953- 1959), Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam (1959 - 1964). Maktab Perguruan Harian (1964-1966) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama) Universiti Malaya dalam Bidang Sejarah Dan Pengajian Melayu pada tahun 1979. Pernah bertugas sebagai guru Sekolah Kebangsaan Felda Gedangsa Hulu Selangor (1965), guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (1979), Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan & Perancangan, Kementerian Pendidikan (1980) dan Pegawai Khas Timbalan Menteri Pendidikan (1981). Kemudian menceburi politik dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali (1982-2000), Menteri Besar Negeri Selangor (14/8/1986- 14/4/1997), Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (Mac 2008 - 9/4/2009).

Tan Sri Muhammad b. Muhd Taib adalah Pengasas Yayasan Basmi Kemiskinan sejak penubuhan YBK pada tahun 1990.

YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom (Pengerusi)[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 14 Ogos 1950 di Kg. Gesir Tengah, Hulu Selangor. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam dan Batang Kali, Selangor (1996-2008). Menjadi Pengerusi YBK sejak tahun 1990. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk tempoh dua tahun (2003-2005).

Dato' Zainal Abidin Sakom adalah lulusan Kolej Islam Klang, Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris - UPSI), Universiti Islam Sumatera Utara, dan memiliki Master in Management Science daripada University St. John, Jakarta. Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Besar (1969-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor (1986-1997).

Sekarang aktif memenuhi permintaan agensi kerajaan, swasta serta organisasi luar memberi ceramah agama, politik dan kemasyarakatan.

Encik Zulhairy bin Jalaluddin[sunting | sunting sumber]

Lahir pada tahun 1960 dan berasal dari Gombak. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif YBK dari tahun 2001 sehingga 23 Mac 2018.

Pernah berkhidmat sebagai tutor di Universiti Malaya (1984), sektor swasta (1985), Kementerian Buruh (1986-1990), Jabatan Perangkaan Malaysia (1990-1995) dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor (1995-2000). Selain menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari 2001 hingga bersara, beliau juga merupakan Ketua Jurulatih untuk Program Motivasi Semangat Mendaki YBK dan memiliki pensijilan daripada Akademi NLP Malaysia.

Dr. Abdul Fatah bin Haji Khalid[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Klang, Selangor dan merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran. Pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat (1978-1984), Penolong Pengarah Tanah dan Galian Selangor (1984-1992), Pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara (1993-1994), dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengurus Besar, Yayasan FAS.

Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) daripada University of Edinburgh, Scotland (1988) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Pemasaran Antarabangsa daripada University of New Haven, Connecticut, USA (1985). Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik diperoleh daripada University of Tasmania, Australia (1978) dan pernah belajar di Taylor's College Petaling Jaya (1975), Sekolah La Salle Klang (1974) dan King Edward School, Taiping, Perak (1968).

Encik Zainal bin Mohd Jais[sunting | sunting sumber]

Beliau sangat dikenali dengan pengalaman luas dalam bidang media serta aktif bersama NGO. Berasal daripada Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan bersekolah di SK Kebun Bharu, SMK Telok Panglima Garang, SMV Klang serta menduduki STPM di Institut Hafiz Klang. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Malaya.

Dalam bidang kerjaya, beliau adalah seorang perunding media dan strategi yang sering dijadikan pakar rujuk. Pengalaman beliau yang lain sebelum ini adalah sebagai Pengajar di Universiti Malaya, Perunding Editorial & Penerbitan di Visage Communication, Pengarah Media & Komunikasi di Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia (YKSM), Ketua Pegawai Eksekutif Warkah Untuk PM serta Ketua Pegawai Eksekutif MySuara, sebuah syarikat media yang memiliki saluran TV online, radio serta portal berita.

Di samping itu, beliau juga aktif dalam beberapa NGO dan Persatuan. Beliau pernah menjadi Presiden Ikatan Sasterawan Universiti Malaya (ISUM), Setiausaha dan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Kebudayaan Selangor (MKNS), Setiausaha Sekretariat Melayu Antarabangsa (SMA), Yang Di-Pertua Persatuan Penulis & Kebajikan Selangor (KEMUDI), Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Melayu (MPM), Ahli Jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), dan Panel Pemikir Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

YB Dr. Haim Hilman bin Abdullah[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 4 Februari 1973 di Tanjung Malim, Perak, beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang akademik dan pentadbiran, dan pakar dalam bidang Pengurusan Strategik, Pemasaran Strategik, Perancangan Senario, Kepimpinan, Keusahawanan, dan juga Motivasi.

Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Pengurusan Strategik daripada Universiti Putra Malaysia (2010), beliau juga pernah menimba ilmu di University of Portsmouth, UK di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA, 2000) dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) pada tahun 1998. Juga, memiliki kelulusan Program Pembangunan Perniagaan daripada London School of Economics UK (2019) dan Program Pengurusan Eksekutif, Kellogg School of Management, Northwestern University, USA.

Pernah menjawat jawatan sebagai Naib Canselor[2], Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), dan Profesor Pengurusan Strategik di Universiti Utara Malaysia (UUM). Merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Kedah sejak Ogos 2023, dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi.[3].

Anggota Pengurusan YBK[4][sunting | sunting sumber]

Pengurusan Tertinggi (Ibu Pejabat)[sunting | sunting sumber]

  • PENGURUS BESAR : Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz
  • PENGURUS - JABATAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA : Puan Norleza binti Hambali (memangku)
  • PENGURUS - JABATAN KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN ASET : Puan Rozita binti Arbain
  • PENGURUS - JABATAN PENDIDIKAN : Puan Norleza binti Hambali
  • PENGURUS - JABATAN INOVASI DAN KEUSAHAWANAN : Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz (memangku)
  • PENGURUS - JABATAN MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM : Encik Audi Faliq bin Ibrahim

Ketua-Ketua Outlet[sunting | sunting sumber]

  • PENGETUA - ASRAMA KASIH YBK SERENDAH: Puan Halimaton Saadiah binti Mohd Nawawi
  • PENGETUA - ASRAMA KASIH YBK GESIR: Encik Syaiful Akmal bin Addanan (Ustaz Syaiful)
  • PENGURUS - AKADEMI KEMAHIRAN YBK: Puan Norleza binti Hambali
  • PENGURUS - YBK GLOBAL CAMP: Encik Asuad bin Ismail

YBK Di Media Massa[sunting | sunting sumber]

Kontroversi 2010[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengambil alih Yayasan Basmi Kemiskinan . Sehingga kini YBK diurus tadbir oleh Datuk Zainal Abidin Sakom.

Bekas menteri besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berpendapat bahawa kerajaan Selangor tidak boleh mencampuri urusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana ia bukan di bawah kerajaan negeri itu, tetapi didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).Segala aktivitinya dikawal oleh lembaga pemegang amanah.

Pada 11 Januari 2010, Bersih Bangun Selangor (BEBAS) sebuah NGO di Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mohd Abdul Raof Mokhtar mendedahkan bahawa Khalid mahukan jawatan pengerusi YBK, jika tidak pembinaan kampus UiTM akan dihentikan.Tanah 190 hektar di Serendah, Rawang milik YBK yang dianugerahkan oleh Kerajaan Selangor terdahulu pada 1995.

Pada 1 Februari 2010, Kerajaan negeri Selangor enggan melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah YBK sebanyak RM5.6 juta seluas 526 hektar di Serendah, Rawang.

Yayasan Melaka bantu bayar cukai[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini Yayasan Melaka yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam sedia membayar tunggakan cukai tanah tersebut.[5] Namun Yayasan Melaka boleh membeli keseluruhan tanah tersebut pada harga pasaran semasa dan kemudian membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM). [6] Yayasan Melaka melalui anak syarikatnya Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House telah membuat bayaran sebanyak RM5,439,462.80 yang dimasukkan ke akaun Perbendaharaan Negeri Selangor pada 1 Januari 2010. Ali Rustam berharap Abdul Khalid sedia menerima bayaran itu demi kepentingan orang Melayu.[7]

Yayasan Melaka menyediakan tanah seluas 87.2 hektar di Semujuk, Jasin,Melaka untuk menggantikan tanah di Serendah, Rawang.Kosnya RM300 juta , dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta. Ia dijangka siap pada 2013.Melaka kini mempunyai tiga kampus UiTM iaitu UiTM Lendu di Alor Gajah dan Kampus UiTM Bandar Melaka.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ahli Lembaga Pemegang Amanah - Yayasan Basmi Kemiskinan". Yayasan Basmi Kemiskinan. Dicapai pada 3 Oktober 2023.
  2. ^ "Profesor Dr Haim Hilman dilantik sebagai Naib Canselor UUM". Sinar Harian. 2022-01-19. Dicapai pada 2023-10-03.
  3. ^ "Tanggungjawab berat EXCO muka baharu Kedah". Berita Harian. 21 Ogos 2023. Dicapai pada 3 Oktober 2023.
  4. ^ IBRAHIM, AUDI FALIQ. "Pentadbiran YBK 2020". www.ybk.org.my. Dicapai pada 2023-10-03.
  5. ^ Yayasan Melaka sedia bantu lunas hutang
  6. ^ Selangor enggan lanjut tempoh bayaran cukai tanah YBK
  7. ^ Kerajaan Melaka Mahu Khalid Terima Bayaran Cukai Tanah RM5.439 Juta
  8. ^ Jasin lokasi baru UiTM ganti Rawang