Yayasan Kebajikan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo YKN

Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan dibawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Yayasan ini ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dikawal selia oleh Surat Ikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981. Yayasan ini diperbadankan pada 5 Disember 1981 berdasarkan kelulusan YAB Perdana Menteri Malaysia di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

Yayasan ini dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong VII pada 6 April 1982. Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah Datuk Sayed A. Rahman Syed Mohd yang memegang jawatan itu sejak Januari 2005.

Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Kebajikan Negara adalah bantuan kesihatan (perubatan), kebajikan, pendidikan, badan sukarela, bencana alam dan lain-lain.

Alamat pejabat[sunting | sunting sumber]

Aras 8, Bangunan KPWKM, No.55 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

Pautan luar[sunting | sunting sumber]