Yazid Sufaat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yazid Sufaat

Yazid Sufaat (lahir: 20 Januari 1964) merupakan rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan Serangan 911 pada 11 September 2001 dan letupan Bali.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Johor, Malaysia dengan kad pengenalan A10472263, Yazid merupakan seorang ahli patologi yang telah belajar mikrobiologi di California State University, Sacramento, Amerika Syarikat. Dia pernah menjadi kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia dan kemudian berhenti untuk menjadi ahli perniagaan.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Yazid dikatakan diminta oleh Hambali Rasimudin, salah seorang pemimpin al-Qaeda Asia Tenggara untuk membina senjata biologi di Indonesia yang berkaitan dengan antraks. Majalah Newsweek menuduh Pertubuhan al Qaeda dipimpin oleh Osama bin Laden, seorang warganegara Arab Saudi.

Operatif Serangan 9/11[sunting | sunting sumber]

Kondominium Yazid di Kajang (Kuala Lumpur) dikatakan menjadi tempat mesyuarat penyerang berani mati al Qaeda sebelum Serangan 911 dilakukan. Sasaran utama ialah Menara Pusat Perdagangan Dunia di New York. Yazid pernah berjumpa dengan 2 suspek pengebom berani mati. Yazid juga menjadi majikan kepada seorang lagi suspek iaitu Zacarias Moussaoui. Yazid Sufaat disyakki menjadi operatif Serangan 9/11 . Dia dipercayai membayar sejumlah wang kepada Zacarias Moussaoui sebanyak US35,000 dalam mesyuarat di Kuala Lumpur pada tahun 2000. Yazid juga bersetuju membayar US2,5000 setiap bulan selepas itu. Yazid turut hadir dalam mesyuarat sebelum Serangan 9/11 . Penyerang pernah memesan 4 tan bahan untuk membuat bom.

Yazid pernah berlatih menggunakan senapang di Afghanistan .

Yazid ditahan[sunting | sunting sumber]

Yazid ditahan oleh kerajaan Malaysia pada 9 Disember 2001. Beliau ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak memerlukan seseorang itu dibuktikan sebagai bersalah atau tidak. Yazid ditahan di Imigresen Bukit Kayu Hitam , sempadan Malaysia-Thailand ketika dalam perjalanan pulang dari Afghanistan dan Bangkok . Kini beliau ditahan di Kem Kamunting, Taiping, Perak. Kem ini biasa menjadi tempat tahanan politik yang ditahan melalui ISA. Beliau ditahan bersama 23 ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang lain yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan dan mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia.

Akta Keselamatan Dalam Negeri[sunting | sunting sumber]

Melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , seseorang tidak perlu dibicarakan sebagaimana Akta Patriot di Amerika Syarikat. Malahan , Akta Patriot di Amerika mengambil iktibar dari Malaysia. Anehnya Yazid Sufaat tidak dihantar ke Amerika Syarikat untuk disiasat . Kerajaan Malaysia hanya membenarkan beberapa pegawai CIA datang membuat soal siasat. Jika tidak, Yazid mungkin ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo , Cuba. Kerajaan Amerika pernah cuba mengektradisi Yazid ke Amerika Syarikat, tapi Malaysia dan Amerika tidak ada perjanjian seumpama itu.

Isteri[sunting | sunting sumber]

Isteri Yazid ialah Sejahratul Dursina @ Chomel Mohamad , telah berkahwin 17 tahun . Sejahratul turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Anak mereka 4 orang. Ibu Sejahratul Dursina bernama Tumina Kasmuri. Berumur 37 tahun pada tahun 2001. Beliau ditahan oleh polis di Ampang , Kuala Lumpur , yang diketuai oleh ASP Mariam Mohd Tahir . Sebuah komputer peribadi dan pelbagai dokumen lain turut dirampas.

Peguam[sunting | sunting sumber]

Peguam keluarga Yazid ialah Saiful Izham Ramli. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pernah merayu mereka dibebaskan kerana tidak ada bukti mereka bersalah dan tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga.

Dibebaskan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 2008, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengumumkan Yazid Sufaat telah dibebaskan pada November 2008. Beberapa tahanan lain turut dibebaskan . Dua warga Thailand yang dituduh anggota kumpulan pemisah iaitu Mohd Faisal dan Ambalan. Mereka dihantar pulang ke Thailand selepas dibebaskan. Tiga rakyat Malaysia iaitu Abdul Rahman dan Tarmizi yang terlibat sebagai agen perisikan asing manakala Murad Sudin pula adalah anggota JI. [1][2]

Tahanan berkurang dari 75 kepada 46 orang sahaja iaitu 16 anggota kumpulan militan JI, 13 orang dari kumpulan Darul Islam, 10 orang kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen kad pengenalan dan pasport, 5 pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan dua individu yang bekerja dengan agensi perisikan asing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]