YeLLOW Generation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YeLLOW Generation merupakan bekas trio J-pop wanita di bawah label Record DefSTAR Sony Music Japan daripada tahun 2002-2006. Kumpulan tersebut terkenal dengan single mereka iaitu Kitakaze to Taiyo (北風と太陽 Angin utara dan matahari), serta "Tobira no Mukou e" (Jepun: 扉の向こうへ) yang merupakan lagu tema penutup kedua kepada anime Fullmetal Alchemist.

Kumpulan ini terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Yuki (ユキ), Yuko (ユウコ), and Hitomi (ヒトミ). Walaupun kumpulan ini telah mengeluarkan dua buah album dan sembilan buah single, namun selepas setahun mendiamkan diri mereka akhirnya berputus untuk berpisah pada 15 November, 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]