Yingluck Shinawatra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yingluck Shinawatra
ยิ่งลักษณ์ ชินวัตร
Yingluck Shinawatra

Yingluck pada 2011


Mula berkhidmat
5 Ogos 2011
Raja Bhumibol Adulyadej
Menggantikan Abhisit Vejjajiva

Tarikh lahir 21 Jun 1967 (46 tahun)
Tempat lahir San Kamphaeng, Thailand
Parti politik Parti Pheu Thai
Pasangan Anusorn Amornchat
Anak Supasek Amornchat
Alma mater Universiti Chiang Mai
Kentucky State University

Yingluck Shinawatra (Bahasa Thai: ยิ่งลักษณ์ ชินวัตร, RTGS: Yinglak Chinnawat, Sebutan bahasa Thai: [jîŋ.lák tɕʰīn.nā.wát]; lahir 21 Jun 1967) ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik Thailand, ahli Parti Pheu Thai, dan Perdana Menteri Thailand ke-28. Yingluck ialah perdana menteri wanita yang pertama di Thailand.[1]

Anak kelahiran wilayah Chiang Mai meraih ijazah sarjana muda di Universiti Chiang Mai dan ijazah sarjana dari Universiti Negeri Kentucky, kedua-duanya dalam bidang pentadbiran awam.[2] Beliau menjadi seorang eksekutif dalam perniagaan-perniagaan yang diasaskan oleh abangnya, Thaksin Shinawatra, selepas itu menjadi presiden syarikat pemaju hartanah SC Asset dan pengarah pengurusan Advanced Info Service. Sementara itu, abangnya Thaksin menjadi Perdana Menteri, tetapi digulingkan oleh tentera yang merampas kuasa lalu melarikan diri ke luar negara setelah disabitkan oleh tribunal kerana menyalah guna kuasa.

Pada Mei 2011, Parti Pheu Thai yang menjalin pertalian rapat dengan Thaksin, mencalonkan Yingluck sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum.[3][4] Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa Pheu Thai memenangi 265 darpada 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand,[5] oleh itu menjadi kali kedua majoriti parlimen diraih oleh sebuah parti sahaja sepanjang sejarah Thailand.


Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yingluck adalah anak bongsu daripada sembilan anak kepada Lert Shinawatra dan Yindee Shinawatra (anak perempuan Puteri Jantip (Na Chiangmai) Raminkwong). Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dari Fakulti Sains Politik dan Pentadbiran Awam, Universiti Chiang Maipada tahun 1988 dan memperolehi ijazah sarjana dalam Pentadbiran Awam (Pengurusan Sistem Maklumat) dari Kentucky State University , Amerika Syarikat , pada tahun 1991.

Yingluck bekerja di syarikat Shinawatra Direktori Co. Ltd dan merupakan Pengarah Urusan Advanced Info Service PCL atau AIS, pembekal telefon bimbit yang dahulunya dikuasai oleh Thaksin, sebelum dijual kepada pelabur. Dia disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand berhubung jualan saham Shin Corporation kepada Temasek Holdings . Beliau juga pernah menjawat jawatan penting dalam kelab bolasepak Manchester City iaitu sebagai pengarah eksekutif kelab utama Liga Perdana Inggeris itu.

Yingluck juga merupakan ahli jawatankuasa dan Setiausaha Thaicom Foundation. Beliau mempunyai seorang anak lelaki. Suaminya Anusorn Amornchat, seorang peguam dan Pengarah Urusan M Link Asia Corporation PCL. Kakaknya Yaowapa Wongsawat merupakan isteri bekas Perdana Menteri Thailand Somchai Wongsawat.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada 2007 Parti Kuasa Rakyat yang dikaitkan dengan abangnya dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand kerana telah melanggar undang-undang pilihan raya, Thaksin menubuhkan parti lain dan adiknya menjadi pemimpin parti. Ramai penyokong Thaksin tinggal di kawasan pedalaman di utara dan timur laut Thailand. Mulanya Yingluck tidak bersedia memimpin parti dan lebih suka menumpukan bidang perniagaan. Akhirnya dia mengalah selepas menerima surat pelawaan rasmi daripada parti.

Menjelang 2011, ramai ahli Parti Pheu Thai menyokong Mingkwan Sangsuwan melawat Thaksin di Dubai untuk membincangkan keputusannya memilih Yingluck sebagai calon ahli parlimen. Namun Thaksin mengekalkan keputusannya tidak bertanding dan adiknya tidak akan mengkhianatinya.Bukan ahli keluarga tidak semestinya pilihan terbaik. Thaksin menyatakan adiknya itu bukan boneka tetapi klon beliau.Klon bermakna ‘budaya, latar belakang, idea, sikap dan pemikiran yang sama’. Adiknya telah dicalonkan , jadi tidaklah perlu beliau kembali memimpin Thailand.[6] Peluang untuk menang amat cerah kerana memiliki aura kepimpinan seperti Thaksin.

Pada 16 Mei 2011 ahli Parti Pheu Thai memilih Yingluck sebagai calon parti dan secara tradisinya bakal menjadi Perdana Menteri Thailand . Isu kempennya ialah kembalikan perpaduan di kalangan rakyat Thailand.Beliau berjanji tidak akan membalas dendam atas penggulingan abangnya pada 19 September 2006. Taraf hidup rakyat akan diperbaiki dan menamatkan krisis politik berdarah di Thailand. Yingluck turut memberi amaran kepada tentera agar menghormati keputusan pilihan raya dan mengelak melakukan rampasan kuasa. Ketua tentera, Jeneral Prayut Chan-O-Cha berikrar akan mematuhi keputusan pilihan raya dan 18 rampasan kuasa tentera tidak akan berulang .Di Selatan Thailand yang majoritinya orang Islam, beliau dilihat memakai tudung.[7]

Tinjauan oleh Universiti Suan Dusit mendapati Pheu Thai memperolehi 43.16 % undian, diikuti Parti Demokrat (37.45 %), Bhumjaithai (2.64 %), Chartthaipattana (2.64 %) dan Rak Prathetthai (1.43 %). Sebanyak 4.42 % lagi memilih parti-parti lain dan 7.08 % masih belum memikirkan parti pilihan. [8]

Debat Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2011, Parti Demokrat menjemput Yingluck Shinawatra untuk berdebat politik dengan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.Malangnya Parti Pheu Thai menolak jemputan itu kerana merasakan debat politik itu tidak perlu kerana ia hanya digunakan semasa Pilihan raya Presiden.

Yingluck Shinawatra mendapat sokongan besar di Bangkok yang sebelum ini dimenangi oleh Parti Demokrat.Mereka menang 310 daripada 500 kerusi Parlimen Thailand. Penyandang Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengakui kekalahan partinya kepada Parti Pheu Thai.Yingluck telah bersedia untuk menjadi wanita pertama Thailand sebagai perdana menteri. Abangnya Thaksin menelefon dari Dubai untuk mengucapkan tahniah.

Skandal dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Akaun bank Yingluck adalah antara 86 akaun bank yang dituduh membiayai penunjuk perasaan Baju Merah semasa demonstrasi 2010 .Ketika itu,huru-hara berlaku di seluruh negara terutama di kawasan Metropolitan Bangkok. Siasatan Jabatan Siasatan Khas mendapati antara 28 April 2009 - Mei 2010, sekitar 317 juta baht dicurahkan kepada Baju Merah .Pada 28 April, pergaduhan berlaku di daerah Don Mueang dan seorang askar terbunuh. Pada 07-08 Mei, dua anggota polis terbunuh dalam rusuhan di daerah Saladang.Pada 14 Mei, pergaduhan berlaku di banyak tempat di Bangkok yang membawa kepada beberapa kematian . Penunjuk perasaan pernah menawan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi. Seramai 92 orang terkorban pada 2010.[9]

Mengumpul Kekayaan[sunting | sunting sumber]

Yingluck dikatakan telah membantu abangnya, Thaksin Shinawatra dan kemudian kakak dalam menyembunyikan kekayaan mereka. Yingluck diterima 0,68% daripada saham Shin Corp pada 1999. Kononnya Yingluck telah membuat transaksi palsu bagi mengelak cukai pendapatan. Kini sebagai Perdana Menteri Thailand, perkara tersebut akan digugurkan. Bagaimanapun Yingluck mendakwa bahawa keluarganya menjadi mangsa penganiayaan politik.


Rujukan[sunting | sunting sumber]