Yokohama F. Marinos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yokohama F. Marinos
横浜F・マリノス
logo
Nama penuhYokohama F·Marinos
GelaranMarinos, Tricolore
Diasaskan1972; 52 tahun yang lalu (1972) sebagai Nissan Motors F.C.
StadiumStadium Nissan
(Stadium Antarabangsa Yokohama)
Kohoku-ku, Yokohama
(Kapasiti: 72,327)
PemilikNissan Motor Company (80%)
Kumpulan Bola Sepak City (20%)
PengerusiJepun Ryoji Kurosawa
PengurusAustralia Ange Postecoglou
LigaLiga J. Divisyen 1
2023ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Yokohama F. Marinos (Jepun: 横浜F・マリノス, Hepburn: Yokohama Efu Marinosu) ialah sebuah pasukan bola sepak Jepun yang beraksi dalam Liga J. Divisyen 1. Mereka telah memenangi kejuaraan Liga J. tiga kali dan menduduki tempat kedua dua kali. Kelab ini berpangkalan di Yokohama dan diasaskan sebagai pasukan syarikat untuk Nissan Motors. Kelab ini ditubuhkan dengan penggabungan Yokohama Marinos dan Yokohama Flügels pada tahun 1999. Marinos bermaksud "pelaut" dalam Bahasa Sepanyol.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nissan F.C. Yokohama Marinos

Pada tahun 1972, kelab ini bermula sebagai Nissan Motors F.C. berpangkalan di Yokohama dan dinaikkan ke Japan Soccer League Divisyen 2 pada tahun 1976. Kelab ini mememnangi kejuaraan pada tahun 1988 dan 1989. Pada tahun 1991, ia merupakan ahli pengasas Liga J. Pada tahun 1998, selepas kehilangan salah satu daripada penaja utama mereka, ia telah diumumkan bahawa Yokohama Flügels akan bergabung dengan Marinos. Sejak itu, perkataan F telah ditambah pada nama mewakili Flügels.

Sejak Naoki Matsuda meninggalkan pasukan ini, nombor 3 F.Marinos telah ditamatkan. Naoki Matsuda telah bermain 385 perlawanan untuk F.Marinos. Yokohama F. Marinos memenangi Piala Maharaja pada tahun 2014 buat kali pertama dalam tempoh dua puluh satu tahun. Pada 20 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa Kumpulan Bola Sepak City, syarikat induk Manchester City F.C. telah melabur dalam saham minoriti Yokohama F. Marinos, mewujudkan kerjasama dengan kedua-dua kelab bola sepak dan pengeluar kereta Nissan.[1]

Stadium[sunting | sunting sumber]

Stadium tuan rumah kelab ini adalah Stadium Nissan juga dikenali sebagai Stadium Antarabangsa Yokohama dan Stadium Mitsuzawa. Walau bagaimanapun, skuad ini berlatih di Marinos Town yang terletak di Minato Mirai, Yokohama.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Nissan Motors FC[sunting | sunting sumber]

Domestik

Asia

Yokohama Marinos / Yokohama F.Marinos[sunting | sunting sumber]

Domestik

Asia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Manchester City reveals plan to invest in Yokohama F. Marinos". The Japan Times. AFP-JiJI. May 20, 2014. Dicapai pada 15 December 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]