Yom Kippur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan oleh Maurycy Gottlieb (1878)

Yom Kippur (Bahasa Ibrani: יום כיפור) merupakan hari yang paling suci dalam agama Yahudi. Hari tersebut juga disebut sebagai Hari Penebusan Dosa. Kitab Taurat menyeru kaum Yahudi melakukan puasa pada hari itu supaya mereka mengakui dosa-dosa mereka dan menunjukkan rasa rendah diri di hadapan Tuhan mereka. Hanya dengan puasa dan taubat, mereka akan dapat memperoleh keredhaan Tuhan. Agama Yahudi ada enam hari puasa wajib dikerjakan dalam setahun. Puasa yang terpenting dan paling suci ialah pada hari tersebut. Puasa ini dilakukan selama 25 jam. Menurut kalendar Yahudi, Yom Kippur jatuh pada hari ke-10 dalam bulan Tisyri.

Star of David2.svg Rencana berkaitan agama Yahudi ini merupakan tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.