Yong Teck Lee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Yong Teck Lee

Ketua Menteri Sabah
Tempoh berjawat
Mei 1996 – Mei 1998

Presiden Parti Maju Sabah
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
22 Januari 1994

Ahli Parlimen
bagi kawasan Gaya, Sabah
Tempoh berjawat
1985 – 2002

Ahli DUN
bagi Likas, Sabah
Tempoh berjawat
1999 – 2002

Tarikh lahir 3 Oktober 1958 (55 tahun)
Tempat lahir Borneo Utara Lahad Datu, Borneo Utara
Parti politik SAPP Parti Maju Sabah
Pasangan Datin Stella Kong Yin Kiun

Yong Teck Lee merupakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP). Beliau juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah di bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002. Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London, United Kingdom.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkecimpung dalam politik menerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) sejak tahun 1985.

Meninggalkan PBS, Menubuhkan SAPP[sunting | sunting sumber]

Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan ADUN berbangsa Cina daripada PBS, membentuk Parti Maju Sabah (SAPP). Pada 20 Januari 1994, Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja. Pada 21 Januari 1994, pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru manakala pada 22 Januari 1994, Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.

Hilang Kelayakan ADUN dan Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah. Oleh itu, beliau tidak dibenarkan bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.

Usul Tidak Percaya Kepada PM[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 2008, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau turut menyokong tindakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen. [1]