You're Under Arrest

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

|- ! colspan="2" style="background: #ccf; text-align: center;" | DramaTV: You're Under Arrest: The Drama|- ! style="padding:2px 10px; background: #e6e9ff;" | Diarah oleh | style="padding:2px 10px;" | Kazuhiro Furuhashi, Shougo Kawamoto|- ! style="padding:2px 10px; background: #e6e9ff;" | Rangkaian | style="padding:2px 10px;" | TV Asahi|- ! style="padding:2px 10px; background: #e6e9ff;" | Siaran asal | style="white-space: nowrap; padding:2px 10px;" | 17 Oktober200212 Disember2002|- ! style="padding:2px 10px; background: #e6e9ff;" | Waktu siaran | style="padding:2px 10px;" | {{{slot}}} |- ! style="padding:2px 10px; background: #e6e9ff;" | Bilangan episod | style="padding:2px 10px;" | 9

You're Under Arrest
You're Under Arrest Logo.jpg
You're Under Arrest
逮捕しちゃうぞ
(Taiho Shichauzo)
Genre Komedi, Drama, Polis, Seinen
Manga
Pengarang Kosuke Fujishima
Penerbit Kodansha
Anime
Pengarah Kazuhiro Furuhashi
Studio Bandai Visual
Episod 4
Anime
Pengarah Kazuhiro Furuhashi, Shougo Kawamoto
Studio Studio Deen, Bandai Visual
Penyiaran Asal Jepun TBS
Malaysia NTV7
Dikeluarkan pada 5 October 199627 September 1997
Episod 47
Anime
You're Under Arrest Specials
Pengarah Junji Nishimura
Studio Bandai Visual
Episod 21
Anime
Pengarah Junji Nishimura
Studio Bandai Visual
Dikeluarkan pada 29 April 1999
Anime
You're Under Arrest Second Season
Pengarah Kazuhiro Furuhashi, Shougo Kawamoto
Studio Bandai Visual
Penyiaran Asal TBS
Dikeluarkan pada 7 April 200129 September 2001
Episod 26
Anime
You're Under Arrest: No Mercy
Pengarah Shougo Kawamoto
Studio Bandai Visual
Episod 1
Anime
You're Under Arrest: Full Throttle
Pengarah Koichi Ohata
Studio Studio Deen
Penyiaran Asal Jepun TBS
Dikeluarkan pada October 4, 2007March 27, 2008
Episod 23

You're Under Arrest (逮捕しちゃうぞ Taiho Shichauzo?) ialah tajuk untuk manga dan anime yang dicipta oleh Kosuke Fujishima, terkenal dengan siri popular selepasnya, Oh! My Goddess (juga dikenali sebagai Ah! My Goddess atau Aa! Megami-sama!).

Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan pengembaraan Natsumi Tsujimoto dan Miyuki Kobayakawa, dua anggota wanita Jabatan Polis Bandaraya Tokyo yang bertugas dalam lingkungan Daerah Polis Bokuto yang fiksyen yang terletak di Sumida-ku, Tokyo. Siri ini banyak menumpu kepada interaksi antara watak-watak utama dan and watak-watak sampingan yang penuh sifat humor.

Tema[sunting | sunting sumber]

Hampir keseluruhan siri ini mencerminkan persahabatan utuh antara Miyuki dan Natsumi ketika menangani kehidupan peribadi mereka dengan tugas mereka sebagai anggota polis, dan beberapa episodnya digambarkan sebagai cerita "cebisan hidup". Siri ini juga mencerminkan sifat kemanusiaan para pegawai polis Balai Bokuto dalam tugas mereka dan kehidupan peribadi mereka sewaktu tidak bertugas.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Natsumi Tsujimoto (辻本 夏実 Tsujimoto Natsumi?) ialah watak utama siri animasi ini merupakan seorang yang berperwatakan peramah dan suka bersenang-lenang. Dia sering menunjukkan kekuatan luar biasanya. Natsumi amat meminati motosikal,dan berkebolehan melakukan aksi yang berisiko tinggi di atas motosikal. Natsumi kuat berselera dan minum arak, sehingga sering hadir di tempat kerja dengan kepala yang pening. Selain itu, dia juga kerap tidur lewat. Sungguhpun banyak sangat tabiat buruknya, dia merupakan pegawai polis yang berkemampuan dan menjalankan tugasnya dengan serius apabila diperlukan. Dia menyimpan sebuah mini-moped (basikal berenjin) berjenama Hondo Moto-Compo (JR-2) dalam kereta ronda Miyuki dan menggunakan moped itu jika perlu melalui kawasan sempit.
  • Miyuki Kobayakawa (小早川美幸 Kobayakawa Miyuki?) ialah seorang anggota polis Bokuto dan rakan sekerja Natsumi. Sungguhpun tidak sekuat Natsumi dari segi fizikal, Miyuki lebih pintar dan bersopan santun. Miyuki sebagai seorang mekanik yang mahir juga sering melakukan modifikasi kenderaan bagi orang ramai dalam kawasan Bokuto, serta juga pakar dalam pengkomputeran. Miyuki juga seorang pemandu yang amat hebat dan berani, serta tidak mudah patah hati ketika dalam pengejaran. Dia juga menepati masa, lemah lembut dan tekun – tidak seperti Natsumi yang sering hadir lewat, berkasar dan pemalas. Kereta ronda mininya, sebuah Honda Today, merupakan versi yang banyak dimodifikasi untuk tujuan rondaan.

Pegawai polis Bokuto[sunting | sunting sumber]

  • Ken Nakajima (中嶋剣 Nakajima Ken?) ialah pegawai rondaan bermotosikal yang amat mahir dalam menunggang motosikal sampaikan dia seakan-akan lebih sesuai menceburi bidang perlumbaan motosikal. Ken bersifat kuat, gagah dan tampan tetapi amat pemalu. Dia dan Miyuki banyak mempunyai perasaan terhadap satu sama lain, tetapi amat sukar meluahkan perasaan mereka. Dialah anak tunggal Daimaru Nakajima, pengurus kedai motosikal bernama ZAPPER, dan juga anak tiri seorang remaja bernama Sena Wakabayashi. Tidak banyak yang diketahui mengenai ibu tirinya, tetapi adalah diketahui bahawa bapanya menjadi duda sebelum bermulanya OVA dan siri musim pertamanya. Rakan setugasnya memanggilnya "Helang Putih" kerana kemahirannya sebagai pegawai bermotosikal yang mengejar pelbagai pesalah. Keluarganay berasal dari Wilayah Mie.
  • Yoriko Nikaido (二階堂 頼子 Nikaidō Yoriko?)
  • Aoi Futaba (葵双葉 Aoi Futaba?)
  • Saori Saga (佐賀 沙織 Saga Saori?)
  • Daizaburo Tokumaru (徳丸 大三郎 Tokumaru Daizaburō?)
  • Takao Arizuka (蟻塚 貴男 Arizuka Takaō?)
  • Kaoruko Kinoshita (木下 かおる子 Kinoshita Kaoruko?)
  • Shouji Toukairin (東海林 将司 Tōkairin Shōji?)
  • Inspector Tokuno (徳野警部 Tōkunō Keibu?)

Orang awam[sunting | sunting sumber]

  • Strikeman (ストライク男 Sutoraiku Otoko?) ialah vigilante berkostum yang mengaku dirinya seorang adiwira. Strikeman menggunakan besbol dan benda-benda berkenaan untuk mengukum pesalah seperti pemandu mabuk, pelaku tidak senonoh, dan orang yang meletak kereta di kawasan larangan. Dia menarik perhatian Kawasan Bokuto dalam beberapa peristiwa, maka dia dikenali sebagai pengacau yang tidak siuman di mata awam. Dia kelihatan amat meminati Natsumi dan menganggapnya sebagai musuh dan pembantu dengan gelaran "Home Run Lady." Sehingga musim kedua, masih tidak diketahui identiti sebenar Strikeman.

Fakta[sunting | sunting sumber]

  • Kedudukan yang didirikannya Balai Polis Bokuto mengikut cerita ini tidak wujud di Zon Sumida. Dalam realiti, Hospital Bokuto dibina di situ.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]