Yulia Tymoshenko
| Yulia Tymoshenko Юлія Тимошенко |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 18 Disember 2007 – 4 Mac 2010 |
|
| Presiden | Viktor Yushchenko Viktor Yanukovych |
|---|---|
| Didahului oleh | Viktor Yanukovych |
| Digantikan oleh | Oleksandr Turchynov (Pemangku) |
| Tempoh berjawat 24 Januari 2005 – 8 September 2005 Memangku hingga 4 Februari 2005 |
|
| Presiden | Viktor Yushchenko |
| Didahului oleh | Mykola Azarov (Pemangku) |
| Digantikan oleh | Yuriy Yekhanurov |
|
Timbalan Perdana Menteri bagi Bahan Api dan Tenaga[1]
|
|
| Tempoh berjawat 30 Disember 1999 – 19 Januari 2000 |
|
| Perdana Menteri | Viktor Yushchenko |
| Didahului oleh | Aleksey Sheberstov (Tenaga)[2][3] |
| Digantikan oleh | Ivan Plachkov[4] |
|
|
|
| Tarikh lahir | 27 November 1960 (52 tahun)[5] |
| Tempat lahir | Dnipropetrovsk, Kesatuan Soviet (kini Ukraine)[5] |
| Parti politik | Batkivschyna(1999–kini) Blok Yulia Tymoshenko (2001–kini) |
| Pasangan | Oleksandr Tymoshenko (1979–kini) |
| Anak | Yevhenia (Eugenia) |
| Alma mater | Universiti Perlombongan Kebangsaan Ukraine Universiti Kebangsaaan Dnipropetrovsk Universiti Ekonomi Kebangsaan Kiev |
| Agama | Ortodoks Ukraine |
| Laman web | Tapak rasmi |
Yulia Volodymyrivna Tymoshenko (Bahasa Ukraine: Юлія Володимирівна Тимошенко, Templat:IPA-uk), née Grigyan[6][7] (Ukraine: Ґріґян, daripada nama keluarga Latvia "Grigan"),[8] lahir 27 November 1960, adalah seorang ahli politik Ukraine. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Ukraine dari 24 Januari hingga 8 September 2005, dan sekali lagi dari 18 Disember 2007 hingga 4 Mac 2010.[9][10] Beliau mendapat tempat ketiga dalam senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia Forbes 2005.[11] Tymoshenko merupakan ketua parti Batkivschyna dan Blok Yulia Tymoshenko.
Yulia Tymoshenko adalah seorang ahli ekonomi dan akademik. Sebelum kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya walaupun berkontroversi dalam industri gas, menjadi antara jutawan terkaya di Ukraine. Sebelum menjadi Perdana Menteri wanita pertama Ukraine pada 2005,[12] Tymoshenko bersama-sama memimpin Revolusi Jingga.[13]
Tymoshenko bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden Ukraine 2010,[14] namun tewas kepada Viktor Yanukovych (Tymoshenko mendapay 45.47% undi dalam pusingan kedua[15]). Pada mulanya Tymoshenko mencabar keputusan ini, mendakwa ada penipuan undi,[16][17] namun kemudian menarik balik rayuannya pada 20 Februari 2010 kerana merasakan mahkamah tidak berniat mencari kebenaran.[18]
Bermula Mei 2010, beberapa kes jenayah dibuka terhadap Tymoshenko. Pada 11 Oktober 2011, sebuah mahkamah Ukraine menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara kepada Tymoshenko selepas beliau didapati bersalah menyalahgunakan jawatannya semasa menjadi broker urus janji gas 2009 dengan Rusia.[19] Sabitan ini dilihat sebagai "keadilan dilaksanakan secara terpilih di bawah dorongan politik" oleh Kesatuan Eropah dan pertubuhan antarabangsa lain.[20]
Rujukan [sunting]
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanUkraine_on_Its_Meandering_Path_Between_East_and_Westtidak disediakan - ↑ NUCLEAR ENERGY IN UKRAINE, International Nuclear Safety Center (Julai 1997)
- ↑ Senior Experts, IMEPOWER Investment Group
- ↑ PRESIDENT YUSHCHENKO APPOINTS THE NEW PRIME MINISTER AND MEMBERS OF HER CABINET, Parlimen Eropah (4 Februari 2005)
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanBorntidak disediakan - ↑ ""Azeri reporter pesters Yulia Timoshenko about being Armenian". Tapak "Ukrayinska Pravda"". Armeniandiaspora.com. 2004-12-27. http://www.armeniandiaspora.com/showthread.php?15778-Azeri-reporter-pesters-Yulia-Timoshenko-about-being-Armenian. Capaian 2011-10-11.
- ↑ Galina Ivanova (2007-11-12). "Yuliya Tymoshenko". Russianelection2008.blogspot.com. http://russianelection2008.blogspot.com/2007/11/yuliya-tymoshenko.html. Capaian 2011-10-11.
- ↑ An orange revolution: a personal journey through Ukrainian history oleh Askold Krushelnycky, Harvill Secker, 2006, ISBN 978-0436206238 (m/s. 169)
- ↑ Ukraine parliament votes out Tymoshenko's government, Kyiv Post (3 Mac 2010)
- ↑ Press secretary: Tymoshenko vacates premier's post, Kyiv Post (4 Mac 2010)
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanforbes05tidak disediakan - ↑ "Ukraine's First Woman Prime Minister". Archive.newsmax.com. 24 September 2005. http://archive.newsmax.com/archives/articles/2005/9/23/202629.shtml. Capaian 18 Februari 2011.
- ↑ BBC News profile
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanPreztidak disediakan - ↑ Ukrainian PM to face old rival in runoff election, Reuters (18 Januari 2010)
- ↑ "Tymoshenko calls Ukraine vote rigged". (14 Februari 2010)
- ↑ Yulia Tymoshenko's appeal to the people, Tapak rasmi Yulia Tymoshenko (13 Februari 2010)
- ↑ Ukraine Prime Minister Drops Election Challenge, The New York Times (20 Februari 2010)
- ↑ Ukraine ex-PM Yulia Tymoshenko jailed over gas deal, BBC News (11 Oktober 2011)
- ↑ EU feels let down by Ukraine over Tymoshenko, Euronews (11 Oktober 2011)
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Yulia Tymoshenko |
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Mykola Azarov Pemangku |
Perdana Menteri Ukraine 2005 |
Diikuti oleh: Yuriy Yekhanurov |
| Didahului oleh Viktor Yanukovych |
Perdana Menteri Ukraine 2007–2010 |
Diikuti oleh: Oleksandr Turchynov Pemangku |