Yuna (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yuna Zarai
Latar belakang
Nama lahir Yunalis Mat Zara'ai
Juga dikenali sebagai Yuna Zarai, Yuna
Genre Rock indie[1]
Pekerjaan Penyanyi, Penulis Lirik, Penggubah
Instrumen Vokal, Gitar,Ukulele
Tahun aktif 2008 - sekarang
Label Verve Music, FADER Label, Yuna Room Record, FMC
Laman web YunaMusic.com

Yunalis Zarai,[2] atau lebih dikenali sebagai Yuna Zarai oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam .[2]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Yuna sejak kecil sudah diberi galakan oleh ibubapanya untuk meminati muzik, tambahan bapanya sendiri adalah seorang ahli muzik. Beliau sering menyertai pertandingan nyanyian sehinggalah ke umur 18 pada tahun 2004, beliau mula menjadi penyanyi latar kepada penyanyi R&B terkenal Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ketika menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi MARA, Yuna bersama beberapa rakannya membentuk sebuah kugiran dan sama-sama berlatih bermain muzik. Dari sinilah Yuna belajar bermain gitar di mana lagu pertama yang dimainkannya adalah lagu daripada kumpulan Peterpan berjudul Ku Katakan Dengan Indah. Lagu ini dimuatnaik ke laman Myspace dan sejak itu Yuna bersama kugirannya sering merakamkan lagu-lagu saduran serta ciptaan mereka sendiri hingga meraih tumpuan umum pada tahun 2008. Akhirnya nama beliau mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Hot.fm Muzik-muzik
2008 "Deeper Conversation" Yuna EP
"Backpacking Around Europe"
"Dan Sebenarnya" 1 1 2
2009 "After Midnight"
"Cinta Sempurna" 1 3 Decorate
2010 "Rocket"
"Gadis Semasa" 1 4
"Decorate"
"Itulah Sayang"
sebagai The Ramlees
P. Ramlee Satu Indiepretasi
2011 "Gelora Jiwa"
"Penakut" 5 3 Decorate
"Super Something"
"Memo" Terukir Di Bintang
MTV Release
"Bulan Ditutup Awan" Single
"Come As You Are" EP Decorate
Pasaran Amerika Syarikat
2012 "Someone Out of Town"
"Terukir di Bintang" 1 1 1 Terukir Di Bintang
"Sparkle"
"Photo of You"
"Live Your Life" Yuna
Pasaran Amerika Syarikat
"Lullabies"
"You're So Fine"
duet bersama Guba Rawantas
Hilang
"KL Kita"
duet bersama Qi Razali
Terukir Di Bintang
OST Kolumpo
2013 "Shine Your Way"
duet bersama Owl City
OST The Croods
"Lelaki" 1 1 Lelaki (Single)
"I Wanna Go" Nocturnal
"Rescue"
2014 "Falling"
"Come Back"
"Langit" 1 1 OST Terbang #flyinghigh
"Lautan" 1 1 OST Lagenda Budak Setan 3: Kasyah

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2009 (AIM17) Artis Baru Terbaik Yuna Yuna EP Menang
Lagu Terbaik Dan Sebenarnya (Yuna / Yuna) Menang
Lagu Pop Terbaik Menang
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Deeper Conversation (Yuna / Yuna) Menang
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu(Wanita) Dan Sebenarnya (Yuna / Yuna) Dicalonkan Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta
2010 (AIM18) Anugerah Kembara Decorate Menang
Kulit Album Tebaik Dicalonkan Aizat - Urusan Aizat Amdan
Lagu Pop Terbaik Penakut (Yuna / Yuna) Dicalonkan Anuar Zain - Sedetik Lebih
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) Menang
Gelora Jiwa Satu Indiepretasi Dicalonkan Yuna - Penakut
2011 (AIM19) Lagu Pop Terbaik Terukir di Bintang (Yuna / Yuna) Terukir di Bintang Dicalonkan Shila Amzah - Patah Seribu
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Memo (Yuna / Yuna) Dicalonkan Jaclyn Victor - Counting Days
Photo of You (Yuna / Yuna) Dicalonkan
Kulit Album Terbaik Dicalonkan Mizz Nina - Take Over
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Terukir di Bintang (Penyusun: AG Coco) Dicalonkan Jaclyn Victor - Counting Days
Video Muzik Terbaik Sparkle (Pengarah: Quek Shio Chuan) Menang
2013 (AIM20) Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu You're So Fine
(duet bersama Guba)
Hilang Dicalonkan Anuar Zain & Dayang Nurfaizah - Sedetik Lebih
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Dicalonkan Goldfish & Blink ft. Altimet & ZE! - In the House
Video Muzik Terbaik Dwihati (duet bersama Aizat Amdan) Dicalonkan Pretty Ugly - #1
Lagu Pop Terbaik Lelaki (Yuna / Yuna) Menang
Lagu Terbaik Menang
2014 (AIM21) Video Muzik Terbaik Falling (Pengarah: Yuna & Zul Luey) Nocturnal Menang

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan Tewas Kepada
2008 Persembahan Vokal Terbaik Artis Baru Wanita Dan Sebenarnya Yuna EP Dicalonkan Ayu Damit - Hanya Di Mercu
2009 Artis Malaysia Paling Popular Dicalonkan Siti Nurhaliza
2011 Artis Serantau Paling Popular Dicalonkan Siti Nurhaliza
2012 Artis Wanita Terbaik Terukir Di Bintang Terukir Di Bintang Dicalonkan Shila Amzah - Patah Seribu
Lagu Terbaik Dicalonkan Alyah - Kisah Hati
Artis Serantau Paling Popular Dicalonkan Taufiq Batisah
Ikon Media Baru Dicalonkan SleeQ
2013 Lagu Serantau Paling Popular Terukir Di Bintang Terukir Di Bintang Dicalonkan Hafiz - Muara Hati (bersama Dato' Siti Nurhaliza)
Artis Serantau Paling Popular Dicalonkan Hafiz

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2009 (AJL 24) Dan Sebenarnya Yuna EP Yuna Yuna Terbuka Menang
Naib Juara Keseluruhan
2010 (AJL 25) Cinta Sempurna Decorate Yuna Yuna Terbuka Dicalonkan
2011 (AJL26) Gadis Semasa Yuna Yuna Terbuka Dicalonkan
Penakut Yuna Yuna Terbuka Dicalonkan
2012 (AJL27) Terukir Di Bintang Terukir Di Bintang Yuna Yuna Terbuka Menang
Juara Keseluruhan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2009 Artis Baru Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2010 Penyanyi Wanita Popular Menang
2011 Penyanyi Wanita Popular Menang
2012 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan

SHOUT! Awards[sunting | sunting sumber]

Shout! Awards
Tahun Kategori Keputusan
2010 Popstar Award Menang
Break Out Award Menang
Mobile Artiste of the Year Dicalonkan
Ultimate Shout! Award Menang
2012 Popstar Award Menang
Power Vocal Award Dicalonkan
Music Video Award Dicalonkan
Fresh TV Series Award Dicalonkan
Wired Celebrity Award Menang
2013 Popstar Award Dicalonkan
Popstar Award (bersama Aizat Amdan) Dicalonkan
Music Video Award (bersama Aizat Amdan) Dicalonkan
Wired Celebrity Award Dicalonkan

Lain-Lain[sunting | sunting sumber]

Nickelodeon Kid's Choice Awards
Tahun Kategori Keputusan
2012 Favorite Asian Act Award Dicalonkan


Anugerah Muzik Eropah MTV
Tahun Kategori Keputusan
2012 Best Asian Act[4] Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Yuna Zarai". AllMusic. Diperoleh pada 2012-07-27. 
  2. 2.0 2.1 Biodata Yuna @ Yunalis Zarai - oleh MyTalento.com. Dicapai pada 2 Jun 2009.
  3. Yuna's notes - EP MAIL ORDER IS BACK! - dari laman blog rasmi Yuna di Facebook. Dicapai pada 2 Jun 2009.
  4. "YUNA (Nominated in Best Asian Act - MTV EMA 2012)". Diperoleh pada 4 Oktober 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]