Yusry bin Abdul Halim
| Yusry Abdul Halim | |
|---|---|
| Fail:Yusry AH.jpg | |
| Lahir | 15 Jun 1973 (39 tahun) Negeri Perak |
| Pekerjaan | Pengarah, Penyanyi, Pelakon, Komposer, dan Penerbit |
| Agama | Islam |
| Pasangan | Erra Fazira (2003-2006) Sudah Bercerai Lisa Surihani (2012-kini) |
Yusry bin Abdul Halim merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan KRU. Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1973 di Kuala Lumpur. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992. Pada tahun 2004, beliau menghasilkan sebuah album solo. Beliau juga ialah seorang komposer, produser, direktor dan pelakon.
Isi kandungan |
Perkahwinan [sunting]
Beliau pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 15 Jun 2003. Akad nikah dibuat di Masjid al-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Terdapat dua majlis persandingan yang diadakan selepas itu, satu terbuka kepada peminat, dan satu lagi acara tertutup.
Majlis pertama diadakan pada 21 Jun di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri dan disertai beribu peminat. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat. Majlis kedua pula dilangsungkan pada 22 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur - Acara tertutup bagi para keluarga, sahabat-handai dan tetamu kehormat. Walau bagaimanapun, terdapat 300 orang peminat bertuah diberi masuk.
Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.
Setelah menjalin cinta selama hampir setahun, akhirnya pada 23 Disember 2011 beliau telah bertunang dengan pelakon Lisa Surihani. Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriot, Putrajaya. Manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan lain-lain.
Album solo [sunting]
- Yusry
Lagu-lagu [sunting]
- Dekat Padamu
- Warna Kehidupan
- Jika Kau Tiada (bersama Erra Fazira)
- 3 Minggu
- Bermimpi Lagi
- Hari ini
- Mengapa
- Tamat
- Terbang Tinggi
- Tertewas Lagi
- Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi (Runut bunyi Cicak-Man)
- Dibius Cinta (bersama Melly Goeslow)
Filem lakonan [sunting]
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 1995 | Awas
Medanmas |
Yusry
Watak Utama
|
|
| 1995 | Cinta Metropolitan
Medanmas |
Irwan
Watak Utama
|
|
| 2002 | Gerak Khas The Movie 2
Skop Production |
Fahmi
Watak Pembantu
|
|
| Mr. Cinderella
Skop Production & Kuasatek |
Hakimi
Watak Utama
|
||
| 2003 | Cinta Kolestrol
Metrowealth |
Ahmad Yusri Hj Zaini
Watak Utama
|
|
| Mr. Cinderella 2
Skop Production & Kuasatek |
Hakimi
Watak Utama
|
||
| 2004 | Kuliah Cinta
Metrowealth |
Faramy
Watak Utama
|
|
| Hingga Hujung Nyawa
Metrowealth |
Dr. Aniq Kamil & Kamil
Watak Utama
|
||
| 2005 | Lady Boss
Metrowealth |
Mazlan
Watak Utama
|
|
| 2006 | Cicakman
KRU Studios |
Danny
Watak Utama
|
|
| 2007 | Cintaku Forever
PT Kanta Indah Films |
Joe
Watak Utama
|
|
| 2008 | Cicakman 2- Planet Hitam
KRU Studios |
Danny
Watak Undangan |
|
| 2009 | Rasukan Ablasa
Line Clear MP & Grand Brilliance |
Ishak
Watak Pembantu
|
|
| 2010 | Ratu
Line Clear |
Pengacara Program Realiti Ratu
Watak Pembantu |
|
| Magika
KRU Studios |
Pokok Bersaudara
Watak Utama |
||