Zainal Abidin Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Seri

Zainal Abidin Osman

SMW (WP); DSPN (PP)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Dalam jawatan
2009–2011
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Nibong Tebal, Pulau Pinang
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehGoh Kheng Huat
Digantikan olehTan Tee Beng
Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
2004–2006
Didahului olehAbdul Kadir Sheikh Fadzir
Digantikan olehAhmad Shabery Cheek
Butiran peribadi
Lahir13 Julai 1960
Meninggal dunia27 Ogos 2018(2018-08-27) (umur 58)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal,
Pulau Pinang
Parti politik UMNO
PasanganDatin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin (k. 2012; m. 2018)
Datin Shazarina Shamsuddin (m. 2010)
Anak-anak
  • Nadhir Ashafiq
  • Nabil Ashmawi
  • Najlaa Aina
  • Nafiz Asyrani
Hubungan Yaakob Osman (adik)

Datuk Seri Zainal Abidin Osman adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2009-2011 yang terpilih dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada Mac 2009. Beliau juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang (2011-2018).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Disember 2010, isterinya Datin Shazarina Shamsuddin meninggal dunia di Hospital Selayang akibat barah hati dan paru-paru. Jenazah dikebumikan di Parit Mahang, Kuala Selangor. [1] Anak mereka empat orang iaitu Nadhir Ashafiq, Nabil Ashmawi, Najlaa Aina dan Nafiz Asyrani.

Pada 26 September 2011, ibunya Chick Ismail, 83, meninggal dunia pada 10.50 malam di rumah mereka di Kampung Sungai Setar Kecil, Nibong Tebal kerana sakit tua. Ibunya disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh dan dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan. Ayahnya, Osman Md Isa (90) masih hidup dan 11 anak serta 86 cucu termasuk menantu.[2]

Pada 13 Julai 2012, Zainal Abidin Osman bertemu jodoh dengan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23. Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, lulusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi UKM. Majlis perkahwinan diadakan di Taman Seri Semarak, Parit Buntar dan di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.[3]

Menang pilihan raya 2004[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau bertanding di parlimen P047 Nibong Tebal,Pulau Pinang atas tiket Barisan Nasional/UMNO. Beliau mendapat 18,823 undi sementara penyandang Goh Kheng Huat (Keadilan) mendapat 12,818 undi. Zainal Abidin mendapat majoriti 6,005 undi.

Kalah pilihan raya 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau bertanding di parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang atas tiket Barisan Nasional. Malangnya beliau tewas kepada Tan Tee Beng daripada Parti Keadilan Rakyat. Tan Tee Beng memperolehi 20,210 undi berbanding Zainal memperolehi hanya 17,123 undi dengan majoriti 3,087 undi. Usaha pengundi Melayu melalui UMNO untuk mendapat semula jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang gagal apabila calon Barisan Nasional UMNO tewas kepada calon dari Pakatan Rakyat. Tan Tee Beng ialah anak bekas pemimpin Gerakan Pulau Pinang.

Turut kalah ialah Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Norraesah Mohamad di Balik Pulau; Datuk Pirdaus Ismail (Permatang Pauh; Zabariah Abdul Wahab (DUN Bertam; Ahmad Sahar Shuib (DUN Permatang Pasir); Datuk Mahmud Zakaria (DUN Sungai Acheh); Norman Zahalan (DUN Batu Maung); Datuk Azhar Ibrahim (DUN Penaga); Datuk Roslan Saidin (DUN Pinang Tunggal); Shahbudin Yahaya (DUN Permatang Berangan); Datuk Jasmin Mohamed (DUN Sungai Dua); Datuk Jahara Hamid (DUN Telok Air Tawar); Datuk Ariff Shah Omar Shah (DUN Seberang Jaya); Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (DUN Penanti); Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah (DUN Sungai Bakap); Syed Amerrudin Syed Ahmad (DUN Bayan Lepas) dan Muhamad Farid Saad (DUN Pulau Betong).[4]

Saman Lim Guan Eng[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Oktober 2011, Zainal Abidin Osman menyaman Lim Guan Eng selaku setiausaha DAP ; PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily; akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Mereka disaman berhubung kenyataannya yang didakwa mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang. Pada 30 Disember 2011, Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 2 hingga 6 April 2012 untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta yang difailkan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang. Jahaberdeen Mohamed Yunoos mewakili Zainal Abidin dan peguam Latheefa Koya mewakili defendan.

Pada 3 Julai 2011, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai 2011. Kononnya beliau (ZAO) terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011. Pada 18 Ogos 2011, Lim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama. Kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Zainal Abidin menuntut gantirugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. Ini kerana artikel itu merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.[5]

Pengerusi Kolej Teknologi Pulau[sunting | sunting sumber]

Zainal Abidin Osman adalah pengerusi Anak syarikat Kementerian Kewangan, JKP Sdn. Bhd. JKP mengambilalih pengurusan Island College of Technology (ICT) di Balik Pulau. Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Kolej Teknologi Pulau (ICT) oleh JKP Sdn. Bhd diadakan pada 26 November 2011 di Balik Pulau.[6]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Zainal Abidin meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 2.07 pagi 27 Ogos 2018 akibat kanser darah pada usia 58 tahun.[7] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal pada jam 5.30 petang.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Isteri Zainal Abidin Osman meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-24. Dicapai pada 2011-12-30.
  2. ^ "Ibu Zainal Abidin Osman meninggal akibat sakit tua". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada 2011-12-30.
  3. ^ Pengerusi Umno Pulau Pinang nikah hari ini
  4. ^ Nor Mohamed di T. Gelugor
  5. ^ Bicara kes saman RM30j terhadap LGE 2 April depan
  6. ^ JKP ambil alih Island Kolej of Technology[pautan mati kekal]
  7. ^ Audrey Dermawan (27 Ogos 2018). Tok Non meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  8. ^ Jenazah Tok Non selamat dikebumikan Berita Harian (27 Ogos 2018). Dicapai pada 28 Ogos 2018.