Zaiton binti Sameon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zaiton Sameon
Latar belakang
Nama lahir Zaiton Sameon
Juga dikenali sebagai Zaiton Sameon
Kelahiran 1957 (umur 56–57)
Berasal dari Malaysia Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi

Zaiton Sameon seorang penyanyi yang mencipta nama apabila menjuarai juara lagu 1987 dengan lagunya Menaruh Harapan ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hasan.

Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Dalam kemalangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah tidak sedarkan diri selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Dalam tempoh tersebut, rakan-rakannya memberi sokongan dengan menghasilkan "album Kami Bersamamu Zaitun Sameon.". Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Lagu lagu nyanyian Zaiton Sameon ialah Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar ciptaan M Nasir dan Berendam Air Mata

Album Kami Bersamamu Zaitun Sameon.jpg

Album Ratu Sensasi[sunting | sunting sumber]

Dirikuyangtersingkir.jpg
  1. Menadah Impian
  2. Kabut Serangkai Mawar
  3. Menaruh Harapan
  4. Kocek Kosong
  5. Engkau Kekasih
  6. Fahamilah Daku
  7. Kisah Pahit
  8. Diriku Tersingkir
  9. Damai
  10. Semalam Satu Cerita

Zaiton Ceritaku[sunting | sunting sumber]

Pada 01 November 2012, filem biografi Zaiton Ceritaku mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem arahan Esma Daniel ini diterajui oleh Nadiah Aqilah yang memegang watak utama dan turut dibintangi oleh Shahronizam Noor, Karl Shafek, Norlia Ghani, Fazlina Ahmad Daud dan Arash Mohamad. filem Zaiton Ceritaku ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pemenang Juara Lagu 1987, Zaiton Sameon.

Anugerah Juara Lagu 1987[sunting | sunting sumber]

  • "Menaruh Harapan" (A. Ali / Habsah Hassan / Zaiton Sameon)

Persembahan terbaik[sunting | sunting sumber]

  • Zaiton Sameon - "Menaruh Harapan"

Lirik terbaik[sunting | sunting sumber]

  • "Menaruh Harapan" - Habsah Hassan

Rujukan[sunting | sunting sumber]