Zakaria Ariffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zakaria Ariffin merupakan aktivis teater era kegemilangan teater dekad 70-an. Beliau pernah menjadi menjadi Ketua Program Penulisan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) Kuala Lumpur.

Teater[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah mementaskan teater Matinya Seorang Pahlawan karya Usman Awang di London . Kemudian mementaskan teater Selampit karya Dr. Anuar Nor Arai di Pesta Teater ASEAN di Manila.

Mulai 1 Julai hingga 11 Julai 2000 beliau mementaskan bangsawan Siti Zubaidah di Istana Budaya. Ia membariskan pelakon-pelakon antaranya Tiara Jacquelina, Halim Othman, Jalil Hamid dan Sulaiman Sarijan.

Teater 'Pentas Opera' mengambil latar pentas bangsawan iaitu kisah manusia mencari kemanusiaan dan perjuangan. Kemudian teater Perempuan Seorang Leftenan Inggeris yang menonjolkan salah satu watak dari Pentas Opera.

Teater 'Raja Lawak' cukup sinikal dan menjadi teater paling popular apabila dibawa ke beberapa bandar utama untuk mendekati masyarakat. Raja Lawak menyingkap hari-hari terakhir seorang pelawak yang ditinggalkan oleh zaman kegemilangannya. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan memasukkan teater 'Raja Lawak' di Matic sebagai salah satu programnya.

Zakaria juga mementaskan Imam iaitu hasil adaptasi dari novel Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Dekad 1970-an merupakan dekad mahasiswa marah-marah . Bahangnya dihamburkan dalam bentuk teater yang bernada protes terhadap sistem sosial serta politik. Penglibatan golongan pelajar juga telah mengangkat teater dekad 70-an. Institusi pengajian tinggi sekarang ini tidak seperti dulu yang kelihatan menjadi pemangkin kepada kebangkitan teater. Antara tokoh yang dilahirkan ketika itu ialah Johan Jaaffar, Dinsman, Dr. Hatta Azad Khan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]