Devon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zaman Devon)
Lompat ke: pandu arah, cari

Zaman Devon merupakan era keempat Zaman Paleozoik yang bermula 410 hingga 359 juta tahun dahulu. Peralihan benua dan pergerakan kerak bumi memperluaskan lagi kawasan daratan. Tumbuhan dan haiwan mula menguasai daratan terutama ikan rahang bergerigi. Malah perkembangan populasi hidupan akuatik menyebabkan Zaman Devon dikenali sebagai Zaman Ikan.

Benua Zaman Devon[sunting | sunting sumber]

Pada awal Zaman Devon, benua di utara terpisah dari Gondwana dan bergabung menjadi Laurasia ( kebanyakan komponen Laurasia berbentuk benua himesfera utara kini ). Pada pertengahan Zaman Devon, benua Gondwana dan sebahagian benua besar Laurasia bergerak ke selatan garisan khatulistiwa. Kemudian terbentuklah benua China dan Siberia yang terletak di sebelah utara garisan khatulistiwa.

Apakah jenis hidupan pada Zaman Devon ?[sunting | sunting sumber]

Haiwan vertebrat mewakili Zaman Devon ialah ikan. Terumbu karang serta pelbagai jenis siput bertambah ( walaupun spesies Graptolithina serta beberapa spesies nautilius mengalami kepupusan ). Hanya haiwan atropod kecil ( serangga dan araknid ) seperti hama primitif dan seumpamanya hidup di darat ketika itu.

Peristiwa pada Zaman Devon[sunting | sunting sumber]

Kepupusan pada Zaman Devon[sunting | sunting sumber]

Kepupusan di akhir Zaman Devon adalah antara lima kepupusan besar-besaran dalam sejarah bumi. Kejadian ini mungkin berlaku elama 20 juta tahun menyebabkan 50% genus dan 70% spesies semua pupus.

Pertengahan Givetian Taghanic[sunting | sunting sumber]

Mangsa utama adalah brakiopod, karang rugusa dan ammonoid daripada kawasan latitud rendah dan air cetek.

Kellwasser[sunting | sunting sumber]

Banyak famili brakiopod, trilibot dan konodon pupus. ( order Pentamerida dan Atrypida musnah sama sekali ). Kepupusan ini memusnahkan hampir 60% spesies rugusa. Paling teruk ialah terumbu karang.

Hangenberg[sunting | sunting sumber]

Kepupusan menyeluruh placoderma dan chitinozoan dan ammonoud dan nautilus juga hampir musnah.

Evolusi vertebrat - ikan - haiwan tetrapod ( berkaki empat )[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini, ikan pertama Sarcopterygii mengalami evolusi menjadi haiwan tetrapod kemudian menjadi amfibia pertama.

Orogeni Hercynian[sunting | sunting sumber]

Orogeni meujuk pada proses perbentukan gunung. Ia berlaku pada Zaman Devon, Karbon dan Permian. Keadaan ini menyebabkan kemunculan kepulauan dan volkano serta penuruan paras laut.

Bagaimana ikan pada Zaman Devon menyesuaikan diri di darat ?[sunting | sunting sumber]

Sirip pektoral dan pelvis sesetengah ikan berevolusi menjadi apendej seperti kaki. Kemudian, kehilangan ekor, sirip dorsal bertukar menjadi tulang belakang diikuti tengkorak serta kehilangan tulang yang melindungi insang. Ia juga mempunyai paru-paru hasil penyesuaian evolusi bagi membolehkannya hidup di darat.

Mengapa ikan hidup di atas darat ?[sunting | sunting sumber]

Pada akhir Zaman Devon, perubahan alam sekitar menyebabkan ikan menyesuaikan diri di darat serta menjadi haiwan tetrapod.

Teori mengatakan pada akhir Zaman Devon, pergerakan plat tektonik mengakibatkan perubahan besar pada alam sekitar. Ini bermakna perubahan keadaan laut secara drastik serta timbunan sisa tumbuhan mati juga mencemarkan kawasan cetek dan tahap oksigen berkurang. Oleh itu, ikan yang hidup kawasan tersebut terpaksa berpindah ke daratan kerana habitat si laut berubah dan tidak sesuai.

Haiwan-haiwan pada Zaman Devon[sunting | sunting sumber]