Pleistosen
| Subbahagian zaman Kuaternar | |||
|---|---|---|---|
| Sistem | Siri | Peringkat | Usia (Ma) |
| Kuaternar | Holosen | 0–0.0117 | |
| Pleistosen | Tarantian (Tinggi) | 0.0117–0.126 | |
| Ionian (Tengah) | 0.126–0.781 | ||
| Calabrian (Rendah) | 0.781–1.806 | ||
| Gelasian (Rendah) | 1.806–2.588 | ||
| Neogen | Pliosen | Piacenzian | lebih tua |
| Di Eropah dan Amerika Utara, Holosen dibahagi lagi kepada peringkat-peringkat Praboreal, Boreal, Atlantik, Subboreal dan Subatlantik mengikut skala masa Blytt-Sernander. Terdapat banyak subbahaguan serantau untuk Pleistosen Tinggi atau Akhir, biasanya mewakili zaman-zaman dingin (glasial) dan panas (interglasial) setempat. Zaman glasial terakhir berakhir dengan subperingkat Dryas Muda yang dingin. | |||
Pleistosen ialah epok dari 2.588 juta hingga 12 000 tahun SK yang meliputi zaman pengglasieran berulang-ulang yang paling terkini sepanjang sejarah dunia. Nama pleistosen berasal dari bahasa Yunani, iaitu πλεῖστος (pleistos "paling") dan καινός (kainos "baru").
Epok Pleistosen menyusuli epok Pliosen dan disusuli oleh epok Holosen. Zaman Pleistosen ialah epok pertama dalam zaman Kuaternari atau epok ke-6 era Senozoik.[1] Penghujung epok Pleistosen bersempena dengan peleburan glasier kebenuaan yang terakhir, dan juga alamat berakhirnya zaman Paleolitik yang digunakan dalam bidang arkeologi.
Dalam skala masa ICS, epok Pleistosen terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Gelasian, Calabrian, Ionian dan Tarantian, keempat-empatnya ditakrifkan di Eropah Selatan.
Rujukan [sunting]
- ↑ Gibbard, P. and van Kolfschoten, T. (2004) "The Pleistocene and Holocene Epochs" Chapter 22PDF (2.96 MiB) In Gradstein, F. M., Ogg, James G., and Smith, A. Gilbert (eds.), A Geologic Time Scale 2004 Cambridge University Press, Cambridge, ISBN 0-521-78142-6
- Ogg, Jim; June, 2004, Overview of Global Boundary Stratotype Sections and Points (GSSP's) http://www.stratigraphy.org/gssp.htm Accessed April 30, 2006.
pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pleistosen |
- The SMU-in-Taos Research Publications digital collection of anthropological and archaeological monographs contains Late Pleistocene environments of the southern high plains.
- Pliocene-Pleistocene boundary at Vrica, Italy (Map)
|
|
