Zaman Veda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta India Utara pada Zaman Veda Akhir
Sejarah Asia Selatan
Sejarah India
Zaman Batu sebelum 3300 SM
Budaya Mehrgarh 7000–3300 SM
Peradaban Lembah Indus 3300–1700 SM
Budaya Harappan Akhir 700–1300 SM
Peradaban Vedic 2000–600 SM
Empayar Islam • 1206–1707
Kesultanan Delhi • 1206–1526
Kesultanan Deccan • 1490–1596
Kerajaan Ahom 1228–1826
Kesultanan Vijayanagara 1336–1646
Kerajaan Mysore 1399–1947
Empayar Mughal 1526–1707
Kerajaan Madurai Nayak 1559 –1736
Kerajaan Thanjavur Nayak 1572–1918
Empayar Maratha 1674–1818
Empayar Durrani 1747–1823
Empayar Sikh 1799–1849
Pemerintahan syarikat di India 1757–1858
British India 1858–1947
Pembahagian India 1947
Sejarah negara
AfghanistanBangladeshBhutanIndia
MaldivesNepalPakistanSri Lanka
Sejarah wilayah
AssamBiharBalochistanBengal
Himachal PradeshWilayah-wilayah Pakistan
PunjabOrissaIndia SelatanTibet
Sejarah-sejarah khas
SyilingDinastiEkonomi
IndologiBahasaKesusasteraanMaritim
TenteraSains dan TeknologiGaris masa

Zaman Veda ialah zaman sewaktu Veda, iaitu teks yang berkaitan dengan agama Indo-Arya awal, ditulis. Zaman itu berlangsung dari sekitar milenium ke-2 SM hingga pertengahan milenium ke-1 SM.

Budaya yang berkaitan, kadang - kadang digelar Tamadun Veda, berpusat di bahagian utara dan barat laut subbenua India.

Daripada segi kronologi, fasanya yang awal bertindih dengan Zaman Harappa Akhir dan fasanya yang akhir bertindih dengan kemunculan Mahajanapada (kerajaan-kerajaan awal Indo-Arya di India). Setelah tamatnya Zaman Veda, kerajaan Mahajana seterusnya digantikan oleh Empayar Maurya (dari k.k. 320 SM), zaman keemasan sastera Sanskrit klasik.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Rekonstruksi sejarah Veda India berdasarkan perincian dalaman teks. Daripada segi linguistik, teks Veda dapat dikelaskan kepada enam strata kronologi:

  1. Rigveda: Rigveda ialah teks Veda yang paling kuno yang masih dalam keadaan baik. Teks ini mengekalkan banyak unsur Indo-Iran yang umum, baik daripada segi bahasa mahupun daripada segi kandungan, yang tidak wujud dalam mana-mana satu teks Veda yang lain. Penulisannya harus menelan masa beberapa abad dan, selain daripada buku-buku yang terbaharu (bahagian pertama dalam Jilid 1 dan kesemua bahagian dalam Jilid 10), harus siap menjelang 1000 SM. Daripada segi arkeologi, Zaman Rigveda bertepatan dengan Budaya Kubur Gandhara, iaitu budaya Pusara H di Punjab serta budaya Tembikar Warna Oker (OCP) yang lebih jauh di sebelah timur. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang bukti arkeologi atau bukti linguistik yang diterima secara meluas tentang kesinambungan budaya ini dengan tamadun Lembah Indus.
  2. Bahasa Mantera: Zaman ini merangkumi kedua-dua mantera dan bahasa prosa Atharvaveda (Paippalada dan Shaunakiya), Khilani Rigveda, dan Samaveda Samhita (yang mengandungi sekitar 75 mantera yang tidak terdapat dalam Rigveda), serta juga mantera Yajurveda. Banyak teks ini berasal sebahagian besarnya daripada Rigveda tetapi telah mengalami setakat perubahan, baik kerana perubahan linguistik mahupun kerana pentafsiran semula. Perubahan ketara termasuk perubahan vishva, "semua", oleh sarva, dan penyebaran dasar kata kerja kuru- (untuk krno- Rigveda). Zaman ini merupakan zaman awal Zaman Besi di barat laut India yang bertepatan dengan budaya Barang-barang Hitam dan Merah (BRW) dan kerajaan Kuru yang wujud dari kira-kira abad ke-10 SM.
  3. Prosa Samhita: Zaman ini menandakan permulaan pengumpulan dan pengkodifikasian daftar karya Veda. Suatu perubahan linguistik yang penting ialah kehilangan sepenuhnya injunktif. Bahagian Brahmana ('ulasan' bagi mantera dan ritual) di dalam teks Yajurveda Hitam (MS, KS, TS) tergolong dalam zaman ini. Daripada segi arkeologi, budaya Barang-barang Kelabu Berlukis ( PGW) yang berlangsung dari kira-kira 900 SM bertepatan dengan peralihan pusat politik dari kawasan Kuru ke kawasan Panchala di Lembah Ganges.
  4. Prosa Brahmana: Teks Brahmana yang asli dalam empat buah Veda berasal dari zaman ini, bersama-sama dengan teks Aranyaka, teks Upanishad yang tertua (BAU, Chu, Jub) dan teks Shrautasutra yang tertua (BSS, VadhSS).
  5. Bahasa Sutra: Zaman ini merupakaan lapisan terakhir Sanskrit Veda yang berlangsung sehingga kira-kira 500 SM, dan terdiri sebahagian besarnya daripada Sutra Śrauta dan Sutra Grhya, serta juga sesetengah teks Upanishad (misalnya Kathu, dan MaitrU). Kesemua itu, kecuali lima buah prosa Upanishad, merupakan teks pasca-agama Buddha.[1] Videha (N. Bihar) sebagai pusat politik ketiga diasaskan pada zaman ini.
  6. Epik dan Sanskrit Pāṇinian: Bahasa yang digunakan dalam epik Mahabharata dan epik Ramayana, serta juga bahasa Sanskrit Klasik yang diperihalkan oleh Pāṇini dianggap sebagai pasca-Veda dan wujud selepas 500 SM. Daripada segi arkeologi, penyebaran Barang-barang Hitam Berkilat Utara (NBP) yang begitu pantas ke seluruh India utara bertepatan dengan zaman ini. Teks Vedanta terawal, Gautama Buddha, dan dialek Prakrit Pali yang digunakan dalam kitab agama Buddha tergolong dalam zaman ini.

Rekod sejarah bermula hanya selepas akhirnya zaman Veda tetapi masih jarang ditemui pada seluruh Zaman Pertengahan India. Keakhiran India Veda itu ditandakan oleh perubahan linguistik, budaya, dan politik. Tatabahasa Pāṇini pula menandakan puncak terakhir dalam pengkodifikasian teks Sutra. Pada waktu yang sama, Sanskrit Klasik bermula. Serangan Darius I ke atas Lembah Indus pada awal abad ke-6 SM menandakan permulaan pengaruh luar yang berterusan dan mempengaruhi kerajaan-kerajaan Indo-Yunani. Gelombang baharu penghijrahan kasta Ahira dari Empayar Kushan bermula sejak 150 SM dan akhirnya, kesultanan Islam diasaskan. Sumber sejarah geografi India pasca-Veda yang paling penting adalah daripada Arrian, ahli sejarah Yunani abad ke-2, yang menulis berdasarkan laporan Megasthenes, duta ke Patna pada zaman Empayar Maurya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. V.A. Gunasekara, http://www.budsas.org/ebud/ebdha255.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]