Zaman Yayoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satsuma-samurai-during-boshin-war-period.jpg

Sejarah Jepun

Glosari

Zaman Yayoi (弥生時代 yayoi jidai?) adalah salah satu zaman dalam pembahagian ketika waktu sejarah Jepun yang menjurus kepada Jepun (dengan pengecualian Hokkaido) di abad ke-8 sebelum Masihi sehingga abad ke-3 Masihi. Ciri khas pada barang peninggalan berupa tembikar gaya Zaman Yayoi dan penguasaan teknik penanaman padi di sawah. Barang-barang peninggalan dari zaman ini pertama kali ditemukan di tapak penggalian kumpulan kulit kerang di Yayoi-cho (sekarang daerah Bunkyō di Tokyo) sehingga dinamakan zaman Yayoi. Kebudayaan zaman Yayoi berkembang dari pulau Kyushu sampai sebelah timur pulau Honshu.

Sejalan dengan kemajuan dalam bidang pertanian dikenali perbezaan kelas dan perbezaan kaya miskin yang melahirkan pengelompokkan wilayah yang boleh disebut sebagai bentuk awal negara yang dikenali dengan sebutan Kuni (negara-negara kecil).

Perebutan air dan tanah untuk memperluaskan penanaman padi di sawah menumbuhkan permukiman penduduk, wilayah terbentuk sebagai hasil perang antara desa, usaha perluasan wilayah dan penguasaan daerah menimbulkan perang antara negara-negara kecil yang meluas di seluruh kepulauan Jepun. Pada waktu itu berhasil terbentuk negara-negara kecil berdasarkan daerah seperti Kyushu pada bahagian utara, Kibi, San-in, Kinki, Tōkai, dan Kanto. Pertempuran untuk mencari sekutu dan menyatukan wilayah kekuasaan yang terjadi berulang-ulang kali merupakan proses untuk membentuk negara Jepun zaman purba.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]