Zbtb7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zbtb7, pada awalnya ia diberi nama Pokemon, merupakan suatu gen yang menjadi suis utama untuk pembentukan kanser. Ketua kepada kumpulan penyelidik yang terlibat dalam penemuan ini ialah ahli genetik Pier Paolo Pandolfi dari Memorial Sloav-Kettering Cancer Center (MSKCC) di New York City. Beliau mengatakan bahawa gen ini amat diperlukan supaya onkogen-onkogen lain dapat menghasilkan kanser. ‘’Zbtb7’’ adalah unik (satu-satunya gen) yang mengarahkan onkogen-onkogen lain menghasilkan kanser. Penemuan ini telah diterbitkan dalam majalah sains “Nature” pada bulan Januari 2005.

Kontroversi Pokemon[sunting | sunting sumber]

Pokemon logo.jpg

Nama asal bagi Zbtb7 ialah Pokemon. Ini merupakan singkatan kepada nama saintifiknya iaitu “faktor POK eritroid mieloid ontogenik”. Pokémon ialah suatu media francais yang terkenal dengan anime, manga, permainan kad, siri televisyen, filem dan permainan videonya yang berasal dari negara Jepun.

Pokémon USA iaitu syarikat hak milik Nintendo tidak mahu nama Pokémon dikaitkan dengan gen penyebab kanser. Oleh itu, Pokémon USA telah mengancam Memorial Sloav-Kettering Cancer Center (MSKCC) dengan menggunakan tindakan undang-undang ke atasnya pada bulan Disember 2005. Semenjak itu, Memorial Sloav-Kettering Cancer Center (MSKCC) mengubah nama gen tersebut kepada Zbtb7.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sonic Hedgehog, satu protein yang dinamakan sempena watak permainan video

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Jai A. Dennison [[1]]. “Memadamkan suis gen ‘Pokemon’ mungkin boleh mengelakkan pembentukan kanser”. Daily News Central : 20 Januari 2005.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Takahiro Maeda, Robin M. Hobbs, et al. [[2]]. “Peranan proto-onkogen Pokemon dalam perubahan sel dan penahanan RSF”. Nature : 20 Januari 2005.
  • Brendan Sinclair. [[3]]. “Pokémon USA mendakwa penyelidik-penyelidik kanser”. GameSpot : 19 Disember 2005.