Zeami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zeami Motokiyo (世阿弥 元清; k.k. 1363– k.k.1443), juga digelarkan Kanze Motokiyo (観世 元清), adalah seorang ahli estetik, pelakon, serta penulis drama Jepun.


Lakonan[sunting | sunting sumber]

Zeami dididik oleh ayahnya, Kan'ami, yang juga merupakan seorang pelakon. Ketika syarikat Kan'ami membuat persembahan untuk Shogun Jepun, Ashikaga Yoshimitsu, beliau meminta pendidikan seni di dalam istana untuk anaknya, dan Shogun itu mengambil Zeami sebagai kendaknya dalam tradisi shudo pada tahun 1374.

Selepas Zeami mewarisi ayahnya, beliau meneruskan usaha-usaha mempersembahkan dan menyesuaikan gayanya untuk menjadi apa yang kini digelarkan Noh, satu campuran pantomin dan akrobatik suara.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Cendekiawan-cendekiawan menganggap bahawa Zeami telah menulis hampir 50 drama. Antaranya ialah Izutsu, Hagoromo (Baju Mantel Bulu Burung), Koi no omoni (Beban Cinta) dan Takasago.

Selain daripada menulis drama, serta karya teorinya yang utama, Fūshi kaden (風姿花伝), [1] — juga dikenali sebagai Kadensho (花伝書) — Zeami juga menulis arahan-arahan praktik untuk pelakon dan mengasaskan teater Noh sebagai bentuk seni yang serius. Buku-bukunya bukan sahaja merupakan ajaran-ajaran tetapi juga merupakan karya estetik, berdasarkan budaya rohaniah Jepun.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Judul buku ini boleh diterjemahkan lebih kurang sebagai "Mesej Bunga: Bagaimanakah Rupanya Angin?" Konotasinya adalah bahawa anda memerlukan kemahiran-kemahiran yang canggih (berbunga-bunga), tetapi tekniknya harus tidak menjolok mata (iaitu, harus nyata)