Zee Avi
| Zee Avi | |
|---|---|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Izyan Alirahman |
| Juga dikenali sebagai | KokoKaina |
| Berasal dari | Miri, Sarawak, |
| Genre | Pop rock, indie rock, folk[1] |
| Pekerjaan | Penulis lagu, Penyanyi, Pemuzik |
| Instrumen | Vokal, gitar akustik, ukulele |
| Label | Monotone Label / Brushfire Records |
| Laman web | http://www.zeeavi.com/ |
Zee Avi (dilahirkan sebagai Izyan Alirahman[2] dan juga dikenali sebagai KokoKaina;[3] lahir pada 1985)[4] merupakan penulis, penyanyi, pemain gitar dan pemain ukelele di Malaysia. Beliau dilahirkan di Miri, Sarawak pada tahun 1986. Beliau berpindah ke Kuala Lumpur semasa berumur 12 tahun.[5] Beliau telah menamatkan pengajian di dalam bidang rekaan fesyen di American InterContinental University di London.[6]
Pada September 2007, beliau menayangkan video tentang lagunya yang pertama di laman YouTube untuk rakan-rakannya yang merindui persembahan pertamanya di Kuala Lumpur. Video tersebut berjalan secara dalam talian dan akhirnya mendapat pandangan yang positif.[6] Selepas videonya diletakkan pada halaman yang utama di YouTube, beliau ditemui oleh Patrick Keeler daripada kumpulan rock Amerika, The Raconteurs yang kemudiannya memberi laman web videonya kepada Ian Montone iaitu pengurus kepada kumpulan The White Stripes, The Shins, The Raconteurs dan lain-lain. Montone pula menyerahkan lagu tersebut kepada Emmett Malloy dan akhirnya beliau menandatangani syarikat Brushfire Records. Syarikat tersebut dimiliki oleh Jack Johnson.[5] Lagu No Christmas For Me telah diletakkan di dalam album Krismas iaitu This Warm December: A Brushfire Holiday yang dikeluarkan oleh Brushfire Records.[7] Seterusnya, single beliau Bitter Heart adalah yang pertama dijual di US iTunes store. Albumnya yang pertama, Zee Avi telah dikeluarkan pada 19 Mei 2009 melalui Brushfire Records dan Monotone Records. Pada hari pengeluaran album pertamanya, beliau diletakkan oleh laman YouTube di halaman depan sebagai Spotlight: Music Tuesday. Dari Jun hingga Ogos tahun 2009, beliau telah menjelajah Amerika Syarikat bersama Pete Yorn. Konsert terakhir jelajah tersebut juga merupakan konsert lawatan pertama ke Amerika Syarikat yang bertempat di Music Box at the Henry Fonda Theater di Hollywood, California pada 27 Ogos 2009.[8] [9]
Lagu beliau iaitu Monte telah diletakkan dalam drama Private Practice yang merupakan musim kedua terakhir penayangan drama tersebut.[10] Manakala lagu Concrete Wall telah disiarkan dalam drama remaja, Gossip Girl pada musim kelima, episod 11.[11]
Beliau telah mengeluarkan EP pertamanya, One More With Colors pada 20 Julai. Keempat-empat lagu di dalam EP tersebut mengandungi lagu baru yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini seperti I Wish I Never. Selain itu, tiga lagu remix telah melengkapkan kandungan lagu di dalam album ini yang diambil daripada albumnya yang terdahulu iaitu Zee Avi.[12]
Isi kandungan |
Diskografi [sunting]
Album kompilasi [sunting]
- This Warm December: A Brushfire Holiday Vol. 1 (2008)
- Chimes of Freedom: Songs of Bob Dylan Honoring 50 Years of Amnesty International (2012)
Album studio [sunting]
Album EP [sunting]
- One More Time With Colors (2010)
Muzik video [sunting]
| Tahun | Tajuk | Artis | Nota |
|---|---|---|---|
| 2009 | "Bitter Heart" | Zee Avi | Pengarah: Emmett Malloy Pengeluar: Mike Sarkissian Pengarah Fotografi: Giles Dunning Editor: Brenden Mendez |
| 2009 | "Slow Hands" | Zee Avi | Pengarah: Tim Wheeler Pengeluar: Josh Nicotra Editor: Brenden Mendez |
| 2009 | "Just You And Me" | Zee Avi | Muzik video ini telah ditayangkan sebagai filem promosi pendek untuk kempen Oliver Peoples' Spring 2010 yang bertajuk "Les enfants s'ennuient le dimanche (The Children Are Bored on Sundays). Filem pendek ini telah diarahkan oleh jurugambar yang diiktiraf iaitu Autumn de Wilde yang membariskan pelakon seperti Elijah Wood dan penyanyi, Shirley Manson. |
| 2011 | "The Book of Morris Johnson" | Zee Avi | Muzik video ini telah ditayangkan di laman YouTube pada 27 Julai 2011. |
Anugerah [sunting]
| Tahun | Anugerah | Nota | Hasil |
|---|---|---|---|
| 2011 | Anugerah Ikon Belia Antarabangsa | Anugerah ini disampaikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bersempena dengan Hari Perhimpunan Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sarawak. Beliau meluahkan rasa syukur melalui video yang dirakam olehnya dan diletakkan di laman YouTube.[13] | Menang |
Rujukan [sunting]
- ↑ http://www.allmusic.com/artist/zee-avi-p1102492
- ↑ Simple Zee
- ↑ last.fm Koko Kaina
- ↑ Zee Avi.com
- ↑ 5.0 5.1 YouTube - Zee Avi- An Introduction
- ↑ 6.0 6.1 Interview: the refreshing Zee Avi
- ↑ Brushfire Records to World-Premiere Their First-Ever Holiday CD Compilation Exclusively... | Reuters
- ↑ KCRW Events schedule
- ↑ Yahoo Events schedule
- ↑ TV Show Music
- ↑ The CW
- ↑ Debut EP
- ↑ [1] Thank You, Sarawak. Thank You, Everyone-Zee Avi's 'Thank You' speech