Zeev Suraski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zeev Suraski
Zeev Suraski.jpg
Kelahiran k.k. 1976
Israel
Pekerjaan Pengasas bersama serta Ketua Pegawai Teknologi Zend Technologies [1]
Laman web
Blog Zeev Suraski

Zeev Suraski (disebut Ze-Ev; lahir k.k. 1976) ialah pengatur cara Israel, pembangun perisian PHP, serta pengasas bersama syarikat Zend Technologies. Nama "Zend" ialah kata lakur yang terdiri daripada nama pertama Zeev dan Andi.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Bersama-sama dengan Andi Gutmans, rakan institutnya di Technion (Institut Teknologi Israel), Haifa, Suraski mencipta PHP 3 pada tahun 1997. Versi mereka itu merupakan titik peralihan bagi bahasa pengaturcaraan PHP yang kini digunakan oleh 20 juta laman sesawang dan dikerjakan oleh melebihi 4.5 juta pembangun.

Pada tahun 1999, kedua-dua Suraski dan Gutmans menulis Enjin Zend, teras PHP 4, lalu mengasaskan syarikat Zend Technologies untuk mengendalikan kemajuan PHP. Suraski juga membangunkan sebilangan perluasan PHP yang utama. Antara tahun-tahun 2000 hingga 2005, beliau mengetuai pasukan penyelidikan dan pembangunan Zend dan kini merupakan Ketua Pegawai Teknik kepada Zend Technologies.

Juga pada tahun 1999, Suraski dicalonkan untuk menerima Anugerah FSF bagi Pemajuan Perisian Bebas. Beliau yang juga anggota Yayasan Perisian Apache kini mengetuai pentakrifan keluaran komersil Zend. Selain daripada membantu pelanggan utama dalam penggunaan PHP berskala besar dan maju, beliau juga bekerjasama dengan rakan-rakan utama di Eropah untuk menyebarkan PHP kepada sektor perusahaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Alarm Clock: Zend

Pautan luar[sunting | sunting sumber]