Zetabait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuantiti bait
Awalan SI Kegunaan sejarah Awalan perduaan
Simbol
(nama)
Nilai  Simbol  Nilai Simbol
(nama)
 Nilai 
kB (kilobait) 10001 = 103 KB 10241 = 210  KiB (kibibait) 210
MB (megabait) 10002 = 106 MB 10242 = 220  MiB (mebibait) 220
GB (gigabait) 10003 = 109 GB 10243 = 230  GiB (gibibait) 230
TB (terabait) 10004 = 1012 TB 10244 = 240  TiB (tebibait) 240
PB (petabait) 10005 = 1015 PB 10245 = 250  PiB (pebibait) 250
EB (eksabait) 10006 = 1018 EB 10246 = 260  EiB (eksbibait) 260
ZB (zetabait) 10007 = 1021 ZB 10247 = 270  ZiB (zebibait) 270
YB (yotabait) 10008 = 1024 YB 10248 = 280  YiB (yobibait) 280

Zetabait (diterbitkan daripada awalan SI, zeta-) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu sekstilion (satu triliard skala panjang) bait. Simbolnya ialah ZB. Pada masa ini, tidak terdapat sebarang komputer yang mempunyai storan sebesar satu zetabait.

Apabila digunakan dengan gandaan bait, awalan SI boleh merujuk kepada asas 1000 atau 1024 dan oleh itu, nilainya yang tepat boleh merupakan:

  • 1,000,000,000,000,000,000,000 bait — 10007 atau 1021; atau
  • 1,180,591,620,717,411,303,424 bait — 10247 atau 270.

Istilah zebibait yang menggunakan awalan perduaan telah dicadangkan sebagai rujukan yang tidak kabur kepada nilai kedua yang tersebut di atas.

Pada masa ini, tidak terdapat sebarang komputer yang mempunyai storan sebesar satu zetabait. Menurut International Data Corporation (IDC), jumlah data elektronik yang dicipta dan disimpan di seluruh dunia bertambah sebanyak 10 kali daripada jumlah yang wujud pada tahun 2006 sebanyak 180 eksabait (0.18 zetabait). Ini membayangkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak hampir 60%.[1]   lebih...

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John F. Gantz (2008). "The Expanding Digital Universe: An Updated Forecast of Worldwide Information Growth Through 2011" (PDF). International Data Corporation, ditaja oleh EMC Corporation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-09. Dicapai pada 2008-03-12. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)